Thankz 4 being my followers

Thursday, August 6, 2015

Cerita Semalam.


..Click..


Handphone berbunyi petanda ada mesej 'wassap' masuk.


"Siapa available pada .......... Jom bantu mereka"


Pantas tangan membalasnya.


"Ok"

............................................................................................................................................

Petang tu, pilihan dibuat, mana kiosk yang perlu dibantu.

Kelihatan seorang tua bersama anaknya sibuk mengemas kiosk yang ada.

"Acik saya nak tolong boleh?"

"Boleh. Meh tolong masukkan nasi impit dalam mangkuk."

Pantas tangan membantu apa yang patut.

...........................................................................................................................................

Seketika kemudian azan maghrib bergema.

"Kita berhenti dulu la. Solat."

"Ok"

Lepas tunaikan kewajipan.

Kelihatan beberapa orang turut sama di kiosk tersebut.

Gerak hati antara dua. Nak tolong ke tak? Dah ramai tu.

Pergi je la.

"Akak saya nak tolong boleh?"

"Eh, boleh je. Nah masukkan nasi impit ni"

"Ok akak"


Jam menganjak ke pukul 8.30 malam.

Allahuakhbar ramainya orang. Tak menang tangan dibuatnya.

Pukul 9.

Kiosk bersebelahan mula tutup.

Kami masih meneruskan tugas.

Kali ni kiosk kami menjadi pilihan utama.

Allah, ramainya yang beratur menunggu giliran.

Jam menganjak ke pukul 10.

Bekalan tinggal penghujungnya.

10.10 malam. Habis kesemuanya.

Ada wajah kecewa terpamer diraut wajah.

Maaf. Rezeki tak memihak kepada awak malam ni.



AN : Selagi ada waktu untuk diri.

 

2 263 Contengan Jalanan:

lynndamya said...

Salam, hai najwa (n_n) lamanyaaa sy xsinggah blog awak, rasa mcm lost contact gitu..hihi..btw, sy dah masukkan blog awk dlm bloglist..lepas ni boleh singgah awk selalu (n_n)...btw, jual apa kat kiosk tu? ramainya org beratur...hihi

An Najwa said...

Sama la... dah lama tak singgah blog awk gk.. tp awk still sama mcm dulu.. aktif lg drp dulu smpai skrg.. sy ni da mcm biskut chipsmore.. sekejap ada sekejap tak ada..hihi


Jual lontong johor..sedapp..