Thankz 4 being my followers

Thursday, July 23, 2015

Pakaian = Perisai


Pakaian muslimah itu perisai kepada muslimat itu sendiri.


Suatu petang.


Bergegas menaiki bas seperti yang tercatat di atas helaian tiket bas.


Alhamdulillah. Tarik nafas lega. Tak ada orang duduk di sebelahnya.


Pantas tangannya mengalihkan beg ke arah kerusi yang kosong disebelahnya.


Bas mula bergerak menuju ke hentian yang seterusnya.


Ramai yang menerpa ke arah bas yang baru tiba dihentian tersebut.


Sedang leka menghadam bait2 ayat di dalam buku pilihan hati.


Kelihatan ada seseorang menghampiri.


Gerak pembacaan terganggu seketika.


Pantas gerak langkah seseorang itu duduk di kerusi yang kosong di seberang sana.


5 minit berlalu, penumpang semakin ramai menaiki bas tersebut.


Seseorang itu bangun dan menegur.


"Boleh alihkan beg sekejap? Ni tempat saya. Kalau tak ada orang duduk kat sana saya pindah semula."


Kaku seketika.


Gerak perlahan mengalihkan beg yang ada.


Seketika kemudian. Bas mula bergerak.


"Saya pindah ke sana ya"


"Ok. Terima kasih" Balasnya antara dengar dan tidak.


Tarik nafas lega.



2 263 Contengan Jalanan:

lynndamya said...

Salam, haha sy kalau naik bas, redha je lah siapa yg duk sebelah..smbil doa harap bukan lelaki yg duduk sebelah...klw ramai yg naik, mmg sy xkan letak beg kat kerusi sebelah..rasa bersalah pula..haha

An Najwa said...

haha.. kalau sy naik bas ting tong, memang sy letak beg kat sebelah..then bila nampak org perempuan, nnt sy main eye contact n alihkan beg yg ada..

kalau bas express ni ikut timbang tara sy la..hehe