Thankz 4 being my followers

Tuesday, June 2, 2015

Masa.



Masa.


Berlalu begitu pantas.


Rasanya macam baru semalam habis zaman kampus.


Hakikatnya da 4 bulan berlalu.


Tapi ntalah.


Em. Selalu orang mengadu tentang masa.
Aku pun sama.


Tak sempat nak buat tu la.
Tak sempat nak buat ni la.


Sedangkan masa yang setiap orang ada, adalah sama.


Satu hari 24 jam.
Satu jam 60 minit.
Satu minit 60 saat.


Tapi kenapa orang lain ada masa untuk tuntut ilmu, pergi ngaji, pergi buat kerja Islam, tapi kita? Kita tak ada masa untuk buat semua tu?


Tepuk dada tanya hati la sis & bro.


Ustaz pesan :
Jangan tunggu masa lapang baru kita nak tuntut ilmu, pergi kuliah, pergi masjid, turun ke lapangan.
Kita yang kene cari masa untuk buat semua tu.


Mula2 aku tak faham apa yang ustaz cuba sampaikan.


Tapi at last baru aku faham.


Kita selalu cakap :
Aku bz kerja la, aku bz belajar la, Tak sempat nak g kuliah, tak sempat nak g usrah, tak sempat nak turun ke lapangan.


Tapi hakikatnya kita ada masa untuk usha FB/twitter/blog/instagram/segala media sosial yang ada la,


Sekali ngadap berjam lak tu.



Berapa mahal jam yang kita pakai pun tapi kalo tak pandai hargai masa, baik buang je jam yang kita ada tu.



Teringat perbualan dengan seorang sahabat :


Aku : Tak penat ke? Keje, belajar, turun lapangan lagi.


Dia senyum.


Dia : Kalau kita tak buat, ada orang lain akan buat kan?


Aku : Err tak faham.


Dia : Ye la kalau kita tak buat kerja tu, akan ada orang lain yang akan buatkan. Maksudnya Allah tak bagi kita buat kerja tu. Allah bagi orang lain yang buat.




Allahu. Tersentap.



Sahabat. Pergilah. Pergilah cari masa untuk tuntut ilmu. Selagi kita hidup. Selagi masih ada masa untuk kita. Hidup kita bukan lama mana pun. Tah esok lusa kita mati kan.



"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"
(Surah Al-Jumu'ah : 10)




.S.E.L,A,G.I. .A.D.A. .W.A.K.T.U. .U.N.T.U.K. .K.I.T.A.