Thankz 4 being my followers

Saturday, May 30, 2015

After A Month



After a month.


Alhamdulillah.


Allah bagi rezeki.


Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.


Jangan malas untuk doa.


Jangan malu umtuk berdoa.


Luah selagi boleh luah.


Bukan sekadar luah di mukabuku.
Bukan sekadar luah di twitter.
Bukan sekadar luah di instagram.
Bukan sekadar luah di wechat.
Bukan sekadar luah di blog.
Bukan sekadar luah di google plus.


Luah dekat DIA.


DIA merindui rintihan hambanya.


Cari masa untuk bersama denganNya.


Sahabat selalu pesan :
Lepas solat ambil masa untuk bertafakur seketika.
Tak lama mana pun.
Lima minit pun cukup.


Tak pernah buat?
Cuba.
Cuba untuk buat.
Paksa diri.
Bukan untuk orang lain.
Tapi untuk diri sendiri.


There is always a first step in everything.






Monday, May 11, 2015

Taujihad.



Taujihad.


Taujihad daripada Allah, membuatkan aku terasa kerdilnya diri.

Taujihad daripada ustaz membuatkan aku cuba koreksi diri.

Taujihad daripada sahabat-sahabat membuatkan aku tersedar mencari diri.




Tatkala diri ini terkapai-kapai dalam memburu kehidupan duniawi.

Allah hadirkan 'seseorang' untuk menyampaikan pesanan juga memberi peringatan.




The stories. Once upon a time.


"Adik nak tanya something ni"



"Apa dia?"



"Em... Boleh tak kalo kita niat kita taknak g haji tapi kita nak g umrah jeee??"



"Niat lebih besar. InsyaAllah Allah bg setimpal dengannya."
"Kalau kte bg akak pilihan, nak rumah besar yg boleh isi seluruh ahli keluarga akak dengan rumah kecik. Mana satu akak nak?"



"Mestilah uma besar. Selesa."



"Kenapa akak nak pi umrah ja?"



"Sebab rasa tak mampu nak g haji. Kalau daftar pun tak tahu ble dapat g.. Mungkin masa tu dah tua sangat,"



"Akak ni, macam tak yakin je dengan Allah. Peluang pi haji tu tak semestinya melalui tabung haji ja. Banyak lagi cara kak, Ada orang masuk pertandingan tilawah, dapat johan. Hadiahnya pi buat haji. Dia pun tak jangka seawal usia dia dah boleh buat haji."

"Siapa sangka dan dapat menidakkan ketentuan Allah?"
"Pasang impian yang tinggi. Capai langkah demi langkah. InsyaAllah ada hikhmahnya."



"Allahurobbi. Thanks dik. Nta la.. Tak yakin pada diri sendiri sebenarnya."



"Kalau Allah nak bagi, Allah bagi kak. Jangan risau.
"Memang. Nak dapat keyakinan memang susah, Kita pun akuinya."
"Tapi kena ingat Allah bagi ikut apa yang hambanya sangka, 
"Doa banyak2. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan tambahkanlah keyakinanku terhadapMu.



The rest is history.



The other story.


"Dulu akak pengikut tegar geng2 ni, Tapi tu masa tak tahu apa2 tentang benda ni la, Sekarang baru clear sikit tentang benda ni."


"Alhamdulillah akak. Allah lindung akak. Akak kene yakin satu je. Akak ikhlas duduk dalam jalan ni dan ikhlas berjuang dan akak sayang Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Allah akan lindung akak. Akak jangan risau. Yakin. ALLAH sahaja yang benar.. Tiada lain.. Dan dialah Maha Pelindung diri kita yang lemah ni."


The rest is history.



Bersahabat kerana Allah.
Credit : Pakcik Google



Jom sama2 kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik daripada semalam. 
Rasa tak layak?? 
Hidayah milik Allah. 
Siapa kita untuk mempersoalkannya?? 
Yakin. Doa. Usaha. Tawakal.



AN : Jangan pandang KITA yang DULU. Tapi pandang KITA yang AKAN DATANG.