Thankz 4 being my followers

Thursday, August 6, 2015

Cerita Semalam.


..Click..


Handphone berbunyi petanda ada mesej 'wassap' masuk.


"Siapa available pada .......... Jom bantu mereka"


Pantas tangan membalasnya.


"Ok"

............................................................................................................................................

Petang tu, pilihan dibuat, mana kiosk yang perlu dibantu.

Kelihatan seorang tua bersama anaknya sibuk mengemas kiosk yang ada.

"Acik saya nak tolong boleh?"

"Boleh. Meh tolong masukkan nasi impit dalam mangkuk."

Pantas tangan membantu apa yang patut.

...........................................................................................................................................

Seketika kemudian azan maghrib bergema.

"Kita berhenti dulu la. Solat."

"Ok"

Lepas tunaikan kewajipan.

Kelihatan beberapa orang turut sama di kiosk tersebut.

Gerak hati antara dua. Nak tolong ke tak? Dah ramai tu.

Pergi je la.

"Akak saya nak tolong boleh?"

"Eh, boleh je. Nah masukkan nasi impit ni"

"Ok akak"


Jam menganjak ke pukul 8.30 malam.

Allahuakhbar ramainya orang. Tak menang tangan dibuatnya.

Pukul 9.

Kiosk bersebelahan mula tutup.

Kami masih meneruskan tugas.

Kali ni kiosk kami menjadi pilihan utama.

Allah, ramainya yang beratur menunggu giliran.

Jam menganjak ke pukul 10.

Bekalan tinggal penghujungnya.

10.10 malam. Habis kesemuanya.

Ada wajah kecewa terpamer diraut wajah.

Maaf. Rezeki tak memihak kepada awak malam ni.



AN : Selagi ada waktu untuk diri.

 

Sunday, August 2, 2015

Peribadi.


Satu petang.


Duduk sebentar di surau berhampiran sementara menanti bas kunjung tiba.


Ada beberapa orang turut menanti sama.


Sedang leka membaca buku yang ada.


Ada satu susuk tubuh menghampiri.


Manis wajahnya beserta dengan baju pink yang dipakainya.


Tangan dihulur, salam disambut bersama senyuman terlakar.


Semua yang ada disitu turut disalaminya.


Gerak hati berbicara.


"Allahu bagusnya budak ni, boleh ke aku jadi macam dia?"


Masih kekok pabila berhadapan dengan 'public'.


Peribadinya diselami.




AN : Jangan dinilai pandangan manusia. Tetapi, nilailah pandangan Allah.



Thursday, July 23, 2015

Pakaian = Perisai


Pakaian muslimah itu perisai kepada muslimat itu sendiri.


Suatu petang.


Bergegas menaiki bas seperti yang tercatat di atas helaian tiket bas.


Alhamdulillah. Tarik nafas lega. Tak ada orang duduk di sebelahnya.


Pantas tangannya mengalihkan beg ke arah kerusi yang kosong disebelahnya.


Bas mula bergerak menuju ke hentian yang seterusnya.


Ramai yang menerpa ke arah bas yang baru tiba dihentian tersebut.


Sedang leka menghadam bait2 ayat di dalam buku pilihan hati.


Kelihatan ada seseorang menghampiri.


Gerak pembacaan terganggu seketika.


Pantas gerak langkah seseorang itu duduk di kerusi yang kosong di seberang sana.


5 minit berlalu, penumpang semakin ramai menaiki bas tersebut.


Seseorang itu bangun dan menegur.


"Boleh alihkan beg sekejap? Ni tempat saya. Kalau tak ada orang duduk kat sana saya pindah semula."


Kaku seketika.


Gerak perlahan mengalihkan beg yang ada.


Seketika kemudian. Bas mula bergerak.


"Saya pindah ke sana ya"


"Ok. Terima kasih" Balasnya antara dengar dan tidak.


Tarik nafas lega.



Tuesday, June 2, 2015

Masa.



Masa.


Berlalu begitu pantas.


Rasanya macam baru semalam habis zaman kampus.


Hakikatnya da 4 bulan berlalu.


Tapi ntalah.


Em. Selalu orang mengadu tentang masa.
Aku pun sama.


Tak sempat nak buat tu la.
Tak sempat nak buat ni la.


Sedangkan masa yang setiap orang ada, adalah sama.


Satu hari 24 jam.
Satu jam 60 minit.
Satu minit 60 saat.


Tapi kenapa orang lain ada masa untuk tuntut ilmu, pergi ngaji, pergi buat kerja Islam, tapi kita? Kita tak ada masa untuk buat semua tu?


Tepuk dada tanya hati la sis & bro.


Ustaz pesan :
Jangan tunggu masa lapang baru kita nak tuntut ilmu, pergi kuliah, pergi masjid, turun ke lapangan.
Kita yang kene cari masa untuk buat semua tu.


Mula2 aku tak faham apa yang ustaz cuba sampaikan.


Tapi at last baru aku faham.


Kita selalu cakap :
Aku bz kerja la, aku bz belajar la, Tak sempat nak g kuliah, tak sempat nak g usrah, tak sempat nak turun ke lapangan.


Tapi hakikatnya kita ada masa untuk usha FB/twitter/blog/instagram/segala media sosial yang ada la,


Sekali ngadap berjam lak tu.



Berapa mahal jam yang kita pakai pun tapi kalo tak pandai hargai masa, baik buang je jam yang kita ada tu.



Teringat perbualan dengan seorang sahabat :


Aku : Tak penat ke? Keje, belajar, turun lapangan lagi.


Dia senyum.


Dia : Kalau kita tak buat, ada orang lain akan buat kan?


Aku : Err tak faham.


Dia : Ye la kalau kita tak buat kerja tu, akan ada orang lain yang akan buatkan. Maksudnya Allah tak bagi kita buat kerja tu. Allah bagi orang lain yang buat.




Allahu. Tersentap.



Sahabat. Pergilah. Pergilah cari masa untuk tuntut ilmu. Selagi kita hidup. Selagi masih ada masa untuk kita. Hidup kita bukan lama mana pun. Tah esok lusa kita mati kan.



"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)"
(Surah Al-Jumu'ah : 10)




.S.E.L,A,G.I. .A.D.A. .W.A.K.T.U. .U.N.T.U.K. .K.I.T.A.



Saturday, May 30, 2015

After A Month



After a month.


Alhamdulillah.


Allah bagi rezeki.


Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.


Jangan malas untuk doa.


Jangan malu umtuk berdoa.


Luah selagi boleh luah.


Bukan sekadar luah di mukabuku.
Bukan sekadar luah di twitter.
Bukan sekadar luah di instagram.
Bukan sekadar luah di wechat.
Bukan sekadar luah di blog.
Bukan sekadar luah di google plus.


Luah dekat DIA.


DIA merindui rintihan hambanya.


Cari masa untuk bersama denganNya.


Sahabat selalu pesan :
Lepas solat ambil masa untuk bertafakur seketika.
Tak lama mana pun.
Lima minit pun cukup.


Tak pernah buat?
Cuba.
Cuba untuk buat.
Paksa diri.
Bukan untuk orang lain.
Tapi untuk diri sendiri.


There is always a first step in everything.






Monday, May 11, 2015

Taujihad.



Taujihad.


Taujihad daripada Allah, membuatkan aku terasa kerdilnya diri.

Taujihad daripada ustaz membuatkan aku cuba koreksi diri.

Taujihad daripada sahabat-sahabat membuatkan aku tersedar mencari diri.




Tatkala diri ini terkapai-kapai dalam memburu kehidupan duniawi.

Allah hadirkan 'seseorang' untuk menyampaikan pesanan juga memberi peringatan.




The stories. Once upon a time.


"Adik nak tanya something ni"



"Apa dia?"



"Em... Boleh tak kalo kita niat kita taknak g haji tapi kita nak g umrah jeee??"



"Niat lebih besar. InsyaAllah Allah bg setimpal dengannya."
"Kalau kte bg akak pilihan, nak rumah besar yg boleh isi seluruh ahli keluarga akak dengan rumah kecik. Mana satu akak nak?"



"Mestilah uma besar. Selesa."



"Kenapa akak nak pi umrah ja?"



"Sebab rasa tak mampu nak g haji. Kalau daftar pun tak tahu ble dapat g.. Mungkin masa tu dah tua sangat,"



"Akak ni, macam tak yakin je dengan Allah. Peluang pi haji tu tak semestinya melalui tabung haji ja. Banyak lagi cara kak, Ada orang masuk pertandingan tilawah, dapat johan. Hadiahnya pi buat haji. Dia pun tak jangka seawal usia dia dah boleh buat haji."

"Siapa sangka dan dapat menidakkan ketentuan Allah?"
"Pasang impian yang tinggi. Capai langkah demi langkah. InsyaAllah ada hikhmahnya."



"Allahurobbi. Thanks dik. Nta la.. Tak yakin pada diri sendiri sebenarnya."



"Kalau Allah nak bagi, Allah bagi kak. Jangan risau.
"Memang. Nak dapat keyakinan memang susah, Kita pun akuinya."
"Tapi kena ingat Allah bagi ikut apa yang hambanya sangka, 
"Doa banyak2. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan tambahkanlah keyakinanku terhadapMu.



The rest is history.



The other story.


"Dulu akak pengikut tegar geng2 ni, Tapi tu masa tak tahu apa2 tentang benda ni la, Sekarang baru clear sikit tentang benda ni."


"Alhamdulillah akak. Allah lindung akak. Akak kene yakin satu je. Akak ikhlas duduk dalam jalan ni dan ikhlas berjuang dan akak sayang Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Allah akan lindung akak. Akak jangan risau. Yakin. ALLAH sahaja yang benar.. Tiada lain.. Dan dialah Maha Pelindung diri kita yang lemah ni."


The rest is history.



Bersahabat kerana Allah.
Credit : Pakcik Google



Jom sama2 kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik daripada semalam. 
Rasa tak layak?? 
Hidayah milik Allah. 
Siapa kita untuk mempersoalkannya?? 
Yakin. Doa. Usaha. Tawakal.



AN : Jangan pandang KITA yang DULU. Tapi pandang KITA yang AKAN DATANG.


Thursday, April 16, 2015

#TintaHati


Judgemental

Don't judge a book by each cover.

Seringkali tertipu dengan apa yang ada di depan mata.

Maghrib itu.


"Soleh solehah dah. Pakai songkok. Serban. Tudung labuh. Tapi bukan itu ukurannya."


"Ukurannya pada hati!"


"Adakah kita benar2 ikhlas dengan pakaian kita? Dengan amalan kita? Atau kita hanya mahukan orang lain pandang kita soleh & solehah?"


Allahurobbi. Ayat tu cukup2 menyentak jiwa!


"Ikhlaskah aku?"


Jiwa berperang dengan nyata.


Nama itu terlintas di kepala. Pantas tangan mencapai telefon bimbit.


"Assalamualaikum adikk.. Sihat?? Ada tips macam mana nak jaga hati daripada asik fikir tentang dunia je??"


"Wsalam. Alhamdulillah sihat. Akak tanya salah orang ni."


"Oh my naqibahhh.."


"Jap eh tengah design."


"Orait."


Jam melewati pukul 12.10 pagi.


"Tips nya adalahhh fikir mati. Ia penamat sgla kenikmatan dunia."


Allahurobbi.







Teringat kata2 Dr Anwar Fazal dalam buku Diagnosis2 :
"Untuk berjaya, jadikan MATI sebagai slogan/motto hidup kita. Itulah MOTIVASI terhebat sepanjang zaman yang sering kita lupa."







MUDA bukan syarat untuk HIDUP.
TUA bukan syarat untuk MATI.



"Masihkah ada esok untuk aku?"




Sunday, February 15, 2015

Hilangnya Permata Syurga, Murabbi Ummah.


Sedih. Sayu. Sebak. Hiba.

Sebelum program bermula, sekilas wajah mengintai ruangan telefon bimbit.

"Doakan tok guru, tengah tenat sekarang"

Bicara hati.

"InsyaAllah tak ada apa2"

Sedang leka memerhatikan sahabat mengendalikan program.

Tiba2 sahabat berbicara.

"Kita berhenti sekejap. Mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat TGNA. Beliau telah kembali ke rahmatullah pukul 9.45 malam tadi."

Tersentap seketika.

Pantas tangan mengambil telefon bimbit.

Berderu2 wassap menerpa masuk ke ruangan telefon bimbit.

Allahurabbi.

Tak tertahan segalanya maka terluah segalanya.

Akhirnya ayahanda tercinta yang juga murabbi ummah meninggalkan kita.

"Bukan politik yang kita perjuangkan tapi Islam yang kita perjuangkan" (TGNA)

Semoga kau, aku, kita, dia, mereka, tetap istiqamah di jalan ini.

Tajdid niat sahabat.

Al-Fatihah buat Ayahanda Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.






AN : Hilangnya permata syurga...