Thankz 4 being my followers

Wednesday, July 23, 2014

Secebis pengalaman untuk dikongsi bersama..



.R.A.N.D.O.M.T.A.L.K.


#HakikatHidup

Adakalanya kita rasa diri kita ni dah cukup susah.
Seringkali diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.
Tapi adakah kita sedar, segala ujian itu hanyalah sekadar cuma?
Jika dinilaikan balik, sedikit sangat nikmat yang kita syukuri berbanding dengan ujian yang kita hadapi.
Waktu senang kau lupa Allah.
Waktu susah baru kau meratap ingat Allah.
Allahu.

Kadangkala perlunya kita menyelami kehidupan orang yang lebih susah.
Supaya kita berpijak di bumi yang nyata.
Kenapa manusia terlalu mengejar harta dunia?
Tanpa menghiraukan orang sekeliling?
Sedangkan akhirat itu yang kekal nyata.
Aku juga tak terlepas daripada sandiwara dunia ini....

Pengalaman itu diselami....
Ramai lagi orang yang susah rupanya.
Tapi kita?
Sentiasa bermewah dengan kekayaan yang ada.
Tanpa sedikit pun kita mengingati mereka.


#PrayForGaza

Bilamana berdiskusi bersama kekanda
Aku bagaikan terjaga daripada lena yang panjang.

"Kau cuba bayangkan, tatkala anak kecil bermain di luar rumah bersama dengan gelak tawanya, ketika itu bom yang entah datang dari mana jatuh di depan anak2 kecil itu, tiada lagi kedengaran gelak tawa anak kecil itu.... Yang ada hanyalah darah yang mengalir membasahi bumi"

Allahu. Tiada kata yang dapat membidas kata2 itu.


#MH17

Kenapa bilamana aku tengok cerita transfomers aku terasa ia berkait rapat dengan isu MH17 & Gaza Under Attack?
Ahhh... Imaginasi kau sahaja.
Imaginasi bilamana digabungkan dengan realiti adakah ia menjadi fantasi?
Perancangan mereka tersusun rapi sampaikan kau tak dapat membezakan mana satu fantasi dan mana satu realiti.


Mari sama2 kita doakan saudara2 kita yang ditindas oleh kekejaman manusia.
Moga Allah kurniakan kekuatan untuk mereka berdepan dengan musuh dan tempatkan mereka dikalangan para syuhada.


#Bridged Al Qassam
Allah adalah tujuan kami.
Rasulullah tauladan kami.
Al-Quran pedoman hidup kami/
Jihad adalah jalan juang kami.
Mati di jalan Allah adalah..
Cita2 kami tertinggi..



AN : Aku punyai impian. Impian aku nak sertai misi kemanusiaan ke Gaza. Moga impian ini tercapai. Amin.



1 263 Contengan Jalanan:

Amy Love said...

alhamdulillah .. let's togetherJIHAD.. visit my blog at loveamynah928.blogspot.com