Thankz 4 being my followers

Friday, June 13, 2014

Sekadar persinggahan


Pagi itu

Tet.....tet.....tet.....tet.....

Pesanan ringkas menerjah ke ruangan telefon bimbit

"Subuh di surau ya, kami lambat sikit, ada masalah"

Kaki  terus melangkah ke surau

Ya surau.

Surau yang dah lama tidak aku jejaki.

Disaat dahi bersujud kepada-Nya

Rasa sebak melanda dijiwa

"Aku rindukan suasana ini"

Usai solat, duduk berteleku seketika

"Kenapa kau dah tak macam dulu?"

Jiwa beperang dengan nyata

"Dulu kau rajin turun surau"

"Bercampur dengan teman2"

"Tapi sekarang"

"Berapa kali sangat kau turun ke surau?"

"Berapa kali juga kau sertai majlis2 ilmu yang disediakan oleh sahabat2 kau"

"Kau tak perlu susah2 organize program"

"Kau tinggal bawa diri untuk terima santapan ilmu daripada ustaz2 pilihan"

"Mudah sangat kau leka dengan urusan dunia"

"Mudah. Terlampau mudah."

"Sekarang"

"Allah uji kau dengan kesibukkan dunia"

"Sampai adakalanya kau terleka dengan tujuan hidup untuk mencapai mardhatillah"

"Ni baru berdepan dengan kesibukkan sebagai seorang pelajar"

"Cuba bayangkan bilamana kau sudah berkejaya dan berkeluarga"

"Agak2 kau masih dapat luangkan masa untuk ke majlis2 ilmu atau tidak?"

"Allahurobbi"

"Terima kasih Ya Allah kerana Engkau tetap beri peluang kepada aku untuk tidak terus terleka dengan urusan dunia."

"Moga Allah terus bukakan ruang untuk aku juga sahabat2 aku mencapai mardhatillah."

"Amin"

"Sungguh aku rindukan suasana itu."




AN : Kita hidup dalam zon selesa sampai kita lupa yang kondisi iman kita makin bahaya.



0 263 Contengan Jalanan: