Thankz 4 being my followers

Sunday, June 15, 2014

Amanah


'Akak'

'Iye dik'

'Akak tahu tak sape punya anak panah (archery) ni?'

'Tah tahu la dik, kenapa?'

'Ada budak patahkan benda ni'

'Awk patahkan ke?'

'Bukan kami, ada budak yang main tadi, lepas tu lagi satu dah hilang'

'Lepas tu awak nk buat ape?'

'Nak cakap dengan acik tu, sebab acik tu kata tadi main elok2, jangan hilangkan'

'Sori la dik akak pun tak kenal sape punya archery tu, adik biar je la kat situ'

'Tak boleh kak, tadi acik tu suruh jaga elok2, AMANAH ni, kami nak mintak maaf kat acik tu'

'Oo ok dik, sori akak x dapat nak tolong adik'

'Takpe kak, terima kasih'


Adik tu around 8-12 tahun. Adoi tersentap dengar bila adik tu cakap tentang 'amanah', tak sangka budak sekecil tu berbicara tentang amanah.

Kata sahabat :
"Bagus mak ayah budak tu, kecil lagi dah ajar anak dia jujur dengan orang. Lain kan tarbiyyah budak2 ni dengan budak2 yang ada sekarang''



AN : Nak lahirkan generasi Al-Fateh??
Jom sama2 kita didik anak2 kita start daripada mereka kecil lagi (macam da kawen je kn.... >_< ).
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.



Friday, June 13, 2014

Sahabat


"Kau ok?"

"Ok je, kenapa?"

"Yela mana tahu stress ke bila timbul macam2 masalah"

"Stress tu perkara biasa dalam dakwah"

" -_- "

"Hehe xde lah.... Ok je"
"Allah sahaja tempat mengadu"


Sahabat. Adakalanya aku tak sekuat kau.

Adakalanya aku sering mengadu domba dekat orang sekitar aku.

Tapi kau.

Kau buat aku terkedu.

Jawapan kau menusuk dalam kalbu.

"Allah sahaja tempat mengadu."

INFIRUUUU!!!



Sekadar persinggahan


Pagi itu

Tet.....tet.....tet.....tet.....

Pesanan ringkas menerjah ke ruangan telefon bimbit

"Subuh di surau ya, kami lambat sikit, ada masalah"

Kaki  terus melangkah ke surau

Ya surau.

Surau yang dah lama tidak aku jejaki.

Disaat dahi bersujud kepada-Nya

Rasa sebak melanda dijiwa

"Aku rindukan suasana ini"

Usai solat, duduk berteleku seketika

"Kenapa kau dah tak macam dulu?"

Jiwa beperang dengan nyata

"Dulu kau rajin turun surau"

"Bercampur dengan teman2"

"Tapi sekarang"

"Berapa kali sangat kau turun ke surau?"

"Berapa kali juga kau sertai majlis2 ilmu yang disediakan oleh sahabat2 kau"

"Kau tak perlu susah2 organize program"

"Kau tinggal bawa diri untuk terima santapan ilmu daripada ustaz2 pilihan"

"Mudah sangat kau leka dengan urusan dunia"

"Mudah. Terlampau mudah."

"Sekarang"

"Allah uji kau dengan kesibukkan dunia"

"Sampai adakalanya kau terleka dengan tujuan hidup untuk mencapai mardhatillah"

"Ni baru berdepan dengan kesibukkan sebagai seorang pelajar"

"Cuba bayangkan bilamana kau sudah berkejaya dan berkeluarga"

"Agak2 kau masih dapat luangkan masa untuk ke majlis2 ilmu atau tidak?"

"Allahurobbi"

"Terima kasih Ya Allah kerana Engkau tetap beri peluang kepada aku untuk tidak terus terleka dengan urusan dunia."

"Moga Allah terus bukakan ruang untuk aku juga sahabat2 aku mencapai mardhatillah."

"Amin"

"Sungguh aku rindukan suasana itu."




AN : Kita hidup dalam zon selesa sampai kita lupa yang kondisi iman kita makin bahaya.