Thankz 4 being my followers

Friday, February 14, 2014

Allahurabbi..


Allahurabbi..

Di kala terdengar berita tentang itu.

Hanya mulut bisa melafazkan Allahurabbi.

Terduduk. Terkaku. Tersentap. Terdiam.

Hanya hembusan nafas yang kedengaran.

Kita merancang. Allah yang menentukan.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya.

Syukur masih diberi ruang untuk bernafas dimuka bumi ini.

Syukur masih diberi peluang untuk muhasabah diri.

Syukur masih diberi peluang untuk mengetahui kesalahan diri.

Syukur masih diberi peluang untuk menginsafi diri.

Terkenang sesi perbualan bersama kekanda tercinta.

"Najwa tak boleh kata pasal orang lain, contoh perbuatan orang tu salah, nanti Najwa mesti kena benda yang sama atau Najwa akan buat benda yang sama, benda yang salah"

"Kau tengok, Allah sayang kat kau"

Allah. Terdiam. Tetapi masih ada persoalan yang bermain di ruangan minda.

"Kak Ejun, nak tanya, kenapa Kak Ejun cakap Allah sayang kat Najwa?"

"Sebab Dia beri kau rasa apa yang orang lain rasa"

Allahurabbi.

Kadang2 kita tak sedar tentang apa yang kita lakukan.

Tapi Allah hadirkan seseorang untuk mengingatkan kita.

Baiknya Allah kat kita.

Tapi kenapa kita masih nak buruk sangka dekat Allah?

Sama2 kita muhasabah diri kita balik.

Sungguh. Baiknya Allah dekat kita.

Kerana Dia tak jemu2 beri peringatan kat kita untuk kita kembali kepada fitrah kita.

Fitrah?

Iye fitrah. Fitrah Islam. Fitrah kehidupan seorang muslim.

Baiknya Allah kat kita.






AN : Let's recharge our iman! Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam. Kahfi jom? ^_^



2 263 Contengan Jalanan:

miya amira said...

Tapi akak..lau time kita buat slh xde org pom nak tegor kita ksalahan lita tu cmne??maaf..sekadar bertanya... :D

An Najwa said...

Emmmm...pndgn akk pekata kita selalu doa Allah hadirkan seseorg utk mengingatkn kita bila kita buat kesilapan..

Then, initiative kita sndri dgn cara kita selalu ingatkan kawan2 rapat kita supaya diaorang tegur kita bila kita buat salah..