Thankz 4 being my followers

Sunday, November 9, 2014

Kalam Tarbiyah


Kalam tarbiyah mengetuk ruangan hati

Menerokai ruangan mimpi

Menjadikan kau jaga mengenal diri..

Dipersimpangan ini,

Perlunya kau membuat pilihan

Pilihan yang lurus atau berliku

Tekadkan hati duhai diri

Walaupun pilihan menghadkan pergerakkan ini

Walaupun banyak mehna dan tribulasi perlu kau tempuhi

Walaupun ramai yang tak menyukai

Bertahanlah sedikit lagi..

Ingat!

Janji Allah itu pasti

Manisnya syurga yang dijanjikan ini..



AN : Bertahanlah duhai sahabat



Sunday, October 19, 2014

Bicara Ini...


Bicara ini

Terkadang meluahkan apa yang terpendam di dalam jiwa

Bicara ini

Terkadang tak terkawal apa yang keluar darinya

Bicara ini

Terkadang membuatkan orang sekitar tak senang akannya

Bicara ini

Terkadang tanpa kata hikmah bersama dengannya

Bicara ini

Terkadang tak sehebat bicara yang lain

Kerana apa?

Kerana aku manusia.


Notakaki : "Soft skills" , tak semua orang mudah untuk memilikinya.



Friday, July 25, 2014

Sahabat Versi 2


Saat bersalaman dengan sahabat.

Rasa sayu dan sebak melanda jiwa.

Tak tertahan segalanya, maka terluah segalanya.

Tiba2 ada bisikan lembut menyapa...

"Akk bergantung pada Allah, bukan pada manusia"

Allahu.

Sahabat...

Tiba saatnya kau pergi.

Itulah hari yang taknak aku hadapi.

Tapi. Masa ni amat mencemburui.

Kaki kau tetap melangkah pergi.

Sahabat...

Moga kau dan aku tetap istiqamah di jalanNya.

Lepas ni, jalan kita berbeza.

Moga kita berjumpa di penghujungnya.

Jannatul Firdaus.



AN : Manisnya ukuwah ini sampaikan tak dapat diluahkan oleh kata2.



Wednesday, July 23, 2014

Secebis pengalaman untuk dikongsi bersama..



.R.A.N.D.O.M.T.A.L.K.


#HakikatHidup

Adakalanya kita rasa diri kita ni dah cukup susah.
Seringkali diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.
Tapi adakah kita sedar, segala ujian itu hanyalah sekadar cuma?
Jika dinilaikan balik, sedikit sangat nikmat yang kita syukuri berbanding dengan ujian yang kita hadapi.
Waktu senang kau lupa Allah.
Waktu susah baru kau meratap ingat Allah.
Allahu.

Kadangkala perlunya kita menyelami kehidupan orang yang lebih susah.
Supaya kita berpijak di bumi yang nyata.
Kenapa manusia terlalu mengejar harta dunia?
Tanpa menghiraukan orang sekeliling?
Sedangkan akhirat itu yang kekal nyata.
Aku juga tak terlepas daripada sandiwara dunia ini....

Pengalaman itu diselami....
Ramai lagi orang yang susah rupanya.
Tapi kita?
Sentiasa bermewah dengan kekayaan yang ada.
Tanpa sedikit pun kita mengingati mereka.


#PrayForGaza

Bilamana berdiskusi bersama kekanda
Aku bagaikan terjaga daripada lena yang panjang.

"Kau cuba bayangkan, tatkala anak kecil bermain di luar rumah bersama dengan gelak tawanya, ketika itu bom yang entah datang dari mana jatuh di depan anak2 kecil itu, tiada lagi kedengaran gelak tawa anak kecil itu.... Yang ada hanyalah darah yang mengalir membasahi bumi"

Allahu. Tiada kata yang dapat membidas kata2 itu.


#MH17

Kenapa bilamana aku tengok cerita transfomers aku terasa ia berkait rapat dengan isu MH17 & Gaza Under Attack?
Ahhh... Imaginasi kau sahaja.
Imaginasi bilamana digabungkan dengan realiti adakah ia menjadi fantasi?
Perancangan mereka tersusun rapi sampaikan kau tak dapat membezakan mana satu fantasi dan mana satu realiti.


Mari sama2 kita doakan saudara2 kita yang ditindas oleh kekejaman manusia.
Moga Allah kurniakan kekuatan untuk mereka berdepan dengan musuh dan tempatkan mereka dikalangan para syuhada.


#Bridged Al Qassam
Allah adalah tujuan kami.
Rasulullah tauladan kami.
Al-Quran pedoman hidup kami/
Jihad adalah jalan juang kami.
Mati di jalan Allah adalah..
Cita2 kami tertinggi..



AN : Aku punyai impian. Impian aku nak sertai misi kemanusiaan ke Gaza. Moga impian ini tercapai. Amin.



Sunday, June 15, 2014

Amanah


'Akak'

'Iye dik'

'Akak tahu tak sape punya anak panah (archery) ni?'

'Tah tahu la dik, kenapa?'

'Ada budak patahkan benda ni'

'Awk patahkan ke?'

'Bukan kami, ada budak yang main tadi, lepas tu lagi satu dah hilang'

'Lepas tu awak nk buat ape?'

'Nak cakap dengan acik tu, sebab acik tu kata tadi main elok2, jangan hilangkan'

'Sori la dik akak pun tak kenal sape punya archery tu, adik biar je la kat situ'

'Tak boleh kak, tadi acik tu suruh jaga elok2, AMANAH ni, kami nak mintak maaf kat acik tu'

'Oo ok dik, sori akak x dapat nak tolong adik'

'Takpe kak, terima kasih'


Adik tu around 8-12 tahun. Adoi tersentap dengar bila adik tu cakap tentang 'amanah', tak sangka budak sekecil tu berbicara tentang amanah.

Kata sahabat :
"Bagus mak ayah budak tu, kecil lagi dah ajar anak dia jujur dengan orang. Lain kan tarbiyyah budak2 ni dengan budak2 yang ada sekarang''



AN : Nak lahirkan generasi Al-Fateh??
Jom sama2 kita didik anak2 kita start daripada mereka kecil lagi (macam da kawen je kn.... >_< ).
Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.



Friday, June 13, 2014

Sahabat


"Kau ok?"

"Ok je, kenapa?"

"Yela mana tahu stress ke bila timbul macam2 masalah"

"Stress tu perkara biasa dalam dakwah"

" -_- "

"Hehe xde lah.... Ok je"
"Allah sahaja tempat mengadu"


Sahabat. Adakalanya aku tak sekuat kau.

Adakalanya aku sering mengadu domba dekat orang sekitar aku.

Tapi kau.

Kau buat aku terkedu.

Jawapan kau menusuk dalam kalbu.

"Allah sahaja tempat mengadu."

INFIRUUUU!!!



Sekadar persinggahan


Pagi itu

Tet.....tet.....tet.....tet.....

Pesanan ringkas menerjah ke ruangan telefon bimbit

"Subuh di surau ya, kami lambat sikit, ada masalah"

Kaki  terus melangkah ke surau

Ya surau.

Surau yang dah lama tidak aku jejaki.

Disaat dahi bersujud kepada-Nya

Rasa sebak melanda dijiwa

"Aku rindukan suasana ini"

Usai solat, duduk berteleku seketika

"Kenapa kau dah tak macam dulu?"

Jiwa beperang dengan nyata

"Dulu kau rajin turun surau"

"Bercampur dengan teman2"

"Tapi sekarang"

"Berapa kali sangat kau turun ke surau?"

"Berapa kali juga kau sertai majlis2 ilmu yang disediakan oleh sahabat2 kau"

"Kau tak perlu susah2 organize program"

"Kau tinggal bawa diri untuk terima santapan ilmu daripada ustaz2 pilihan"

"Mudah sangat kau leka dengan urusan dunia"

"Mudah. Terlampau mudah."

"Sekarang"

"Allah uji kau dengan kesibukkan dunia"

"Sampai adakalanya kau terleka dengan tujuan hidup untuk mencapai mardhatillah"

"Ni baru berdepan dengan kesibukkan sebagai seorang pelajar"

"Cuba bayangkan bilamana kau sudah berkejaya dan berkeluarga"

"Agak2 kau masih dapat luangkan masa untuk ke majlis2 ilmu atau tidak?"

"Allahurobbi"

"Terima kasih Ya Allah kerana Engkau tetap beri peluang kepada aku untuk tidak terus terleka dengan urusan dunia."

"Moga Allah terus bukakan ruang untuk aku juga sahabat2 aku mencapai mardhatillah."

"Amin"

"Sungguh aku rindukan suasana itu."




AN : Kita hidup dalam zon selesa sampai kita lupa yang kondisi iman kita makin bahaya.



Friday, February 14, 2014

Allahurabbi..


Allahurabbi..

Di kala terdengar berita tentang itu.

Hanya mulut bisa melafazkan Allahurabbi.

Terduduk. Terkaku. Tersentap. Terdiam.

Hanya hembusan nafas yang kedengaran.

Kita merancang. Allah yang menentukan.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya.

Syukur masih diberi ruang untuk bernafas dimuka bumi ini.

Syukur masih diberi peluang untuk muhasabah diri.

Syukur masih diberi peluang untuk mengetahui kesalahan diri.

Syukur masih diberi peluang untuk menginsafi diri.

Terkenang sesi perbualan bersama kekanda tercinta.

"Najwa tak boleh kata pasal orang lain, contoh perbuatan orang tu salah, nanti Najwa mesti kena benda yang sama atau Najwa akan buat benda yang sama, benda yang salah"

"Kau tengok, Allah sayang kat kau"

Allah. Terdiam. Tetapi masih ada persoalan yang bermain di ruangan minda.

"Kak Ejun, nak tanya, kenapa Kak Ejun cakap Allah sayang kat Najwa?"

"Sebab Dia beri kau rasa apa yang orang lain rasa"

Allahurabbi.

Kadang2 kita tak sedar tentang apa yang kita lakukan.

Tapi Allah hadirkan seseorang untuk mengingatkan kita.

Baiknya Allah kat kita.

Tapi kenapa kita masih nak buruk sangka dekat Allah?

Sama2 kita muhasabah diri kita balik.

Sungguh. Baiknya Allah dekat kita.

Kerana Dia tak jemu2 beri peringatan kat kita untuk kita kembali kepada fitrah kita.

Fitrah?

Iye fitrah. Fitrah Islam. Fitrah kehidupan seorang muslim.

Baiknya Allah kat kita.






AN : Let's recharge our iman! Yaumul Jum'ah Sayyidul Ayyam. Kahfi jom? ^_^



Thursday, February 13, 2014

Aktiviti Masa Lapang


Hello guys!

Long time no see maaaa...

Kelu lidah untuk berbicara..

Kaku jari untuk menari atas keybord seperti dahulu kala..

Aicehcehcehhhhhhhh. ..

Hermmmm... I wanna share something wif u guys! ~random...random...random~

Aktiviti masa lapang ketika cuti sem.

Layan Detective Conan kat astro ceria...

Tabiat yang tak boleh ditinggalkan sejak zaman dulu kala lagi.

Aku bukan la peminat tegar sampai sanggup carik teddy bear conan >_<

Cuma kata orang, setakat ada full movies of detective conan jadi laaa..

Kalau bosan aku bukak conan, walaupun dah berpuluh kali aku tengok cite yang sama.

Sebab apa aku suka conan? Sebab dia comel + bijak + cerita tak berat sangat tapi agak menguji minda la.

Conan....conan....and....conan...dah lama tak layan naruto & bleach...kerja download men'download' pun dah lama dihentikan..

Kenapa? Mungkin kerana faktor usia? Hermmm mungkin.

K adios.






AN : Dunia...dunia juga...akhirat jangan lupa guys! >_<