Thankz 4 being my followers

Thursday, October 17, 2013

Adakalanya


.R.A.N.D.O.M.

Adakalanya aku leka dengan arus dunia

Adakalanya aku alpa dengan kemewahan dunia

Adakalanya aku tamak dengan segala rezeki yang ada

Adakalanya aku tak bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan

Adakalanya aku sering merungut bila didatangi ujian dan dugaan

Adakalanya aku hipokrit dengan orang sekeliling aku

Adakalanya aku tak ambil peduli perasaan orang sekeliling aku

Adakalanya aku hipokrit dengan diri aku sendiri

Adakalanya aku rasa aku hidup sendiri di muka bumi ini

Adakalanya aku tak mahu tersalah erti

Adakalanya aku perlukan masa

Adakalanya aku tak mahu tersalah tafsir

Adakala aku rasa diri aku hina

Adakalanya aku perlukan masa untuk bertaubat kepadaNya

Adakalanya aku perlukan masa untuk muhasabah diri aku

Adakalanya aku perlukan masa untuk bersendirian

Adakalanya aku ingin berubah

Tapi aku tak sangka perubahan itu menghiris hati sahabat aku

Maafkan aku duhai teman jika adakalanya aku tak hiraukan perasaan kau

Maafkan aku jika aku yang sekarang bukan lagi aku yang dulu

Maafkan aku atas kelemahan aku ini

Maafkan aku kerana ia berpunca daripada aku sendiri bukan berpunca daripada orang sekitar aku

Aku tak pandai menyusun kata

Aku tak pandai menyusun bicara

Aku tak pandai bermadah pujangga

Hanya satu pinta aku.

Maafkan aku.

Adakalanya aku perlukan seorang sahabat untuk menegur kesalahan aku.

Aku perlukan seorang sahabat untuk membimbing aku.

Tegurlah aku selagi aku tak menyimpang jauh dari landasan yang sebenar.

.M.A.A.F.K.A.N. .A.K.U.