Thankz 4 being my followers

Wednesday, July 31, 2013

Hidayah Milik Allah..



Hidayah tu milik Allah.

Surah Al-An'am : ayat 125
"Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman."



Tugas kita sebagai seorang dai'e adalah memberi peringatan dan menyebarkan dakwah Islamiyah. Jangan kecewa dan putus asa jika usaha kita tidak membuahkan hasil kerana tugas kita hanya pemberi peringatan, Allah jualah yang memberi hidayah.

Surah Al-Qasas : ayat 56
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)"




Perkongsian kata2 daripada seorang sahabat :
Kalau hari ini, Allah beri hidayah kepada kita, tapi kita tolak. 
Kita tak dapat jamin, lain kali Allah akan beri hidayah kepada kita lagi atau tidak.



Kehilangan


Salam.

Hari ni dikejutkan dengan berita kematian sorang sahabat dan ayah kepada seorang sahabat.

Terkedu seketika.

Nak minta sahabat2 sedekahkan fatihah kepada kawan saya AIN ALIAS dan kepada AYAH kepada AFIQ NGASRI yang telah pulang ke rahmatullah semalam.

Doakan juga sahabat saya Afiq Ngasri kuat dalam menempuhi dugaan hidup ni sebab dia baru kehilangan ibu dia pada 2 Ramadhan lalu dan semalam ayah dia pula kembali ke rahmatullah.

Perancangan Allah kita tak tahu, entah esok lusa mungkin kita pula. Sama2 kita tingkatkan amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ni.

Al-fatihah.



Random talk..


Satu pagi..

"Apa kau rasa bila dapat tau dia dah tunang"

"Ntah. Takde rasa kecewa pun cuma rasa sakit hati je. Sakit hati sebab dia tak pernah terus terang. Tapi rasa tu sekejap je."

"Eh kenapa? Bukan kau sayang kat dia ke?"

"Entah la. Mungkin berkat doa"

"Kau doa apa?"

"Ya Allah Ya Tuhanku, kalau dia bukan tercipta untukku janganlah Engkau biarkan kekecewaan menguasai diriku, jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta. Jadikanlah kekagumanku seperti orang lain kagum padanya."

"Yup, mugkin berkat doa. Apa2 yang berlaku dalam hidup kita jangan sesekali kita hilangkan kebergantungan kita kepada-Nya."
"Macam tu jugak dalam kehidupan rumah tangga, ada pasang surutnya. Tapi besar mana pun masalah yang dihadapi, jangan cepat melatah, bila sorang jadi API sorang lagi kena jadi AIR."
"Istighfar banyak2 time berdepan dengan masalah tu"



AN : Pecutan 10 Ramadhan terakhir, semoga kita mendapat keredhaan daripadaNya.



Monday, July 22, 2013

Sepintas lalu


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi di muka bumi ini..

Hari ni hari ke-13 Ramadhan.. Semoga kita terus istiqamah dalam melakukan amalan harian..

Jari kaku untuk menaip..

Lidah kelu untuk berbicara..

K salam semua..