Thankz 4 being my followers

Monday, April 29, 2013

Salam PRU13..


Assalamualaikum w.b.t.

Bahang PRU kian terasa

Perang politik sudah bermula

Pesta bendera telah kunjung tiba

Kempen sudah sampai di kemuncaknya

Hanya menghitung hari untuk sampai ke penghujungnya...

Adakalanya terasa seronok nak menjelang pilihan raya, yela masing2 sibuk berkempen sakan..

tapi

Adakalanya terasa takut bila tengok perang politik yang makin menggila..

Aku memang minat politik...

Minat nak amik tahu apa yang berlaku kat sekitar aku

Tapi adakalanya hanya mampu menggeleng kepala

Bagi aku, setiap orang ada pegangan & pandangan masing2

Kalau kau pilih BN konpem la kau akan sokong gila2, bagi hujah segalanya untuk menangkan BN

Kalau kau pilih PAS, benda yang sama gak yang kau akan buat

Begitu jugak bila kau sokong DAP, PKR, MIC, MCA, ABIM, BEBAS, BERJASA, dll..

Tak salah nak sokong apa pun, tapi yang penting tak perlu saling kutuk mengutuk pihak lawan

Just stay with your stand!

Kemukakan hujah berdasarkan fakta..

Aku tak pandai nak berdebat sana sini..

Tapi aku hanya memerhati n buat perbandingan..

Baca daripada segala sumber yang ada

Paham

Nilai

Pilih

Keputusan di tangan ada..

Selamat mengundi semua!


Photo: JOM KENALI PEMIMPIN KITA DENGAN 6 CIRI INI!

Checklist untuk memilih.

Jangan lupa 5 MEI 2013~
SELAMAT MENGUNDI!


Salam PRU13..


AN : Time mengundi nanti dapat jumpa membe2 lama, adoi x sabau'y..


Monday, April 22, 2013

Fiqh Wanita oleh Ustazah Fatimah Syarha..


Assalammualaikum w.b.t.

Fiqh Wanita. Bila wanita mula berbicara, eh tak2 tu tajuk rancangan kat astro ^_^  Kali ni aku nak share pasal talkshow yang diadakan bersama Ustazah Fatimah Syarha dengan tajuknya "Fiqh Wanita". Walaupun program ni telah berlalu dalam dua minggu yang lepas, tapi takpe aku nak share jgk. Ilmu kan tak luput ditelan zaman. 

Ehem2 talkshow ni bermula dengannnn................

Orangnya bertubuh kecil, sopan tingkah lakunya, tersusun tutur bicaranya tapi sentiasa ada ketegasan dalam setiap butir bicaranya.

Sedikit perkongsian, mungkin ada manfaat kepada semua.




Soalan 1 :
Apakah adab dalam berpakaian bagi wanita?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
1. Tutup
2. Sederhana
3. Diiktiraf oleh masyarakat Islam
4. Bukan pakaian yang menyerupai lelaki
5. Bukan pakaian yang menyerupai wanita kafir

Soalan 2 :
Apakah perkara yang tidak boleh dibuat oleh wanita ketika sedang haid?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Empat perkara yang disepakati oleh para ulama
1. Solat
2. Puasa
3. Tawaf
4. Bersama dengan suami

Soalan 3 :
Adakah keputihan yang dialami oleh seorang wanita itu dipanggil najis? Sah tak solat?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
1. Keputihan disebabkan penat dikenali sebagai 'Wadi', ia tidak dikenali sebagai najis. Cukup sekadar membersihkannya ketika nak solat. Lagi senang kalau pakai pentiliner.
2.  Keputihan disebabkan 'air Mazi' dikenali sebagai najis.

Soalan 4 :
Kalau kita ragu2 samaada sah tak mandi wajib kita, jadi sah ke tak mandi wajib tu?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Kita ni jangan terlampau ragu2 dengan sesuatu benda. Yakin akan setiap perkara yang kita lakukan. Kalau ragu2 kita kena mandi balik sehingga kita yakin kita dah benar2 suci.

Soalan 5 :
Bahagian bawah dagu tu aurat ke tak?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Menurut kata Yusuf Al-Qardawi, bahagian bawah dagu tu bukan aurat.

Soalan 6 :
Kalau masa solat kita ternampak aurat kawan kita, sah tak solat?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
1st tolong tutupkan. 2nd tegur.
Then, kalau kita yakin aurat kita terdedah ketika sedang solat, kita perlu ulang semula solat kita.

Soalan 7 :
Boleh ke kita pakai celak?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Kalau celak kalis air diharuskan. Sebab tu sunnah nabi.
Kalau celak yang tak kalis air, boleh pakai tapi lepas amek air sembahyang.

Soalan 8 :
Boleh ke pakai inai bercorak?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Boleh dan diharuskan. Tapi kalau boleh biarlah corak yang berunsurkan tumbuh2an.

Soalan 9 :
Hukum cukur kening?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Bergantung kepada niat. Kalau untuk suami dibolehkan. So kita jangan buruk sangka dengan orang. Tapi kalau untuk kecantikan dan untuk ditunjukkan kepada orang. Haram.

Soalan 10 :
Hukum potong kuku ketika haid?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Dibolehkan sebab tak ada state dalam mana2 hadis yang potong kuku tu tak dibenarkan. Tapi kalau boleh jangan la buang bersepah.

Soalan 11 :
Hukum merancang keluarga?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
1. Tanzim An-Nasal
2. Tanzim An-Nasal
3. 'Azal
Nak penerangan lebih lanjut boleh klik link ni.

Soalan 12 :
Hukum letak gambar dekat FB?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Pendapat 1: Muka tu aurat, so tak boleh letak.
Pendapat 2: Tak digalakkan, sebab tanggungjawab kita sebagai perkerja meyebabkan kita perlu sorok identiti. Contoh as a police, takut ada orang khianat.
Pendapat 3: Boleh tapi bergantung kepada niat. Kalau niat tak elok so kita akan terima balasannya.

Soalan 13 :
Nikah gantung atau nikah khitbah tu dibolehkan ke?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Boleh klik kat link ni (agak panjang explanation dia tapi kalau nak tau boleh baca sampai habis ye).

Soalan 14 :
Saya pernah dengar riwayat muslim "Sebaik2 saff lelaki adalah di hadapan dan seburuk2nya adalah yang paling belakang. Sebaik2 saff perempuan adalah yang paling belakang dan seburuk2nya adalah yang paling hadapan". apa maksud dia?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Dalam hal ini Rasulullah telah menjelaskan bahawa saff di hadapan yang utama adalah untuk lelaki. Manakala saff perempuan yang lebih utama adalah di belakang. Maksudnya penuhkan saff pertama dahulu kemudian baru diikuti saff kedua dan seterusnya untuk lelaki. dan untuk perempuan terus sahaja ke saff paling belakang (tempat khas solat wanita), jangan berada sebaris dengan saff lelaki.

Kesimpulan daripada Ustazah Fatimah Syarha :
Islam adalah agama fitrah, sporting, tak mengongkong dan agama yang terbaik untuk kita. Jadi sama2 kita amalkan agama Islam. Akhir sekali, pakaian taqwa itu adalah pakaian terbaik untuk kita.

Banyak lagi persoalan yang hendak ditanyakan tetapi kerana masa mencemburui, so tak dapat nak teruskan talkshow kali ni. Bertubi2 soalan daripada para sahabat tapi ustazah tetap tenang menjawabnya. Mungkin ada cemburu dihati melihat kegigihan ustazah menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang penulis dan juga seorang pendakwah.

Hope entry kali ni dapat membantu merungkai segala persoalan yang terdapat di minda sahabat2. Kbai. Salam.


AN : Kalo nak baca pasal talkshow yang aku pernah join before ni, korang boleh klik link ni Indahnya Cinta Hingga ke Syurga.


Saturday, April 13, 2013

Contengan VS Coretan



Contengan itu bermula
dari
sebuah lakaran..


*Credit to pokcik google*



Coretan itu bermula
dari
sebuah persoalan..


*Credit to pokcik google*


AN : Belajar dari sebuah kehidupan.