Thankz 4 being my followers

Monday, January 21, 2013

Setelah seminggu bercuti


Assalamualaikum w.b.t.

Haaaaaa.... Nak tau tak ni dia aktiviti aku sepanjang seminggu bercuti..





Amende ni?

Ehem! Saja nak gtw tetiba aku bertukar jadi CIKGU AKAUN tak bertauliah sekejap..

Sebabnya makcik aku mintak tolong betulkan folio student dia, budak2 form 4...

Sekali pandang folio tu, memang lost habis ape yang pernah aku belajar masa sekolah dulu..




At last ter'revised balik segala benda yang pernah belajar dulu..

Invois Asal refer pada belian secara kredit
Invois Salinan refer pada jualan secara kredit
Lepas tu kene transfer dalam journal, buku tunai n ledger..

Huish terimbau kembali kenangan masa kegemilangan belajar dekat sekolah menengah.

Sekejap je masa berlalu, baru sedar tahun ni masuk tahun ke-5 tinggalkan zaman persekolahan.

Lama tu.....

Emmmm..... Aku rasa kerja kusus kiteorang dulu lagi senang berbanding yang sekarang punya. Kalau dulu, cikgu dah siap2 kasik dokumen n kita just isi kat mana yang patut je. Tapi sekarang, cikgu just kasik nama perniagaan n bentuk dokumen apa yang dia nak. Then, student kene create sendiri dokumen yang diperlukan. Hebat lah. Aku yang tukang menanda pun pening kepala, ape lagi budak2 yang kene buat tu. Kesian korang...





Walaupun aku berkesempatan jadik cikgu tak bertauliah seketika, tapi aku tetap tak berhasrat nak jadi cikgu @ pensyarah.

Kalo aku jadik cikgu @ pensyarah abes lunyai student aku kerjakan... Habis folio budak2 ni aku conteng sana sini...hehe... Nasib korang la...




Tapi kerja ni just untuk seminggu je..

Start minggu ni aku bertukar jadik babysitter lak, sebelum cuti lagi aku dah tau jadual untuk aku masa cuti ni.

Siap kene booking awal2 lagi tao..hehe..

Ape2 je lah, aku okey je dengan semua ni..

Tapi esok aku kena pergi kem dulu selama 4 hari lepas tu bermulalah rutin harian aku sebagai suri rumah sepenuh masa..

Btw, happy holidays geng!

Jumpa lagi. Salam.



AN : Jangan terus menerima sesuatu yang baru. Tapi ambil, pertimbangkan, buat penilaian, then baru boleh terima atau tolak.



Friday, January 18, 2013

Aktiviti Semester ke-5


Assalamualaikum w.b.t.

Ini hari aku nak cerita aktiviti/program aku sepanjang tahun ke-2 iaitu semester ke-5 belajar di UiTM KBM. *Tahun ni masuk tahun ke-3 yaw*

Al-kisahnya bermula dengan program "Malam Mesra MEBA", kira macam malam ragging budak2 baru Akaun. Best! Rangging cukup2. Aku handle bab hadiah plus denda untuk budak2 ni je, Mizat si master mind siap sediakan "jemput2 PERIA" untuk budak2 ni, sedap sangatttt. Lupa lak nak gtw, MEBA tu stand for "Members of Bachelor Accountancy Club".


  




Aktiviti seterusnya adalah OPKIM MEBA @ MEBA Attack ataupun lebih dikenali sebagai Operasi Khidmat Masyarakat MEBA. Program ni kiteorang buat kat salah satu sekolah kat Melaka. Aku lupa apa nama sekolah tu. Best. Kiteorang jadi FC, then masa program tu divided into beberapa group yang terdiri daripada FC n budak sekolah, lepas tu main explorace pusing satu sekolah plus mandi air hujan, ye la starting explorace hujan selebat2 tidak, so nak tak nak kene proceed je la, pape pun memang best sampaikan masing2 pancit + nak pengsan.




Seterusnya celebrate besday aku. Surprise  Terkejut. Terkedu. Terharu. HEHE. Tak expect lak budak2 ni nak sambut. Btw thanks korang.


Typing error.12 only.  ;p






Next. Outing with Jiha & Niza. Tak sangka diaorang turun Melaka. N for da first time, setelah DUA tahun aku stay Melaka baru first time aku jejak kaki kat A Famosa Melaka. Aku rasa kalau diaorang tak turun Melaka entah tahun bila aku dapat jejak kaki kat situ, padahal dari tempat aku ke A Famosa tu 10 minit dah sampai dah.




Next. Farewell party Miss Maliza with class 5E. BBQ with 5D ada gak, tapi takde gambar lak.




Then. IBM exhibition.


  






Next. Outing with adik2 MiCost. Comel2 belaka la. Maklum la baru habis SPM. *Terasa macam dah tua je....hehe....umur je tp still awet muda....hahaha*






 Tekan gambar kalau nak tau cerita.


Next. Shooting video arab. Dah macam retis gitewww. Haha. Ni dia teman sehati berdansa selama ni.


  




Program lain "Talk Show bersama Hilal Asyraf : Jati Diri Bina Personaliti". Dia tua setahun je dari aku tapi bila dengar pengalaman dia n kerjaya dia. Hmmm. Rezeki masing2 kan. Antara ayat2 dia yang aku ingat @ catit (mungkin ustaz lain pernah sebut ayat ni, tapi aku pernah dengar dari dia) :
-. Perbaiki diri dan ajak orang lain bersama kamu.
-. Kefahaman yang salah menghasilkan tindakan yang salah.
-. Asas yang rapuh menghasilkan binaan yang rapuh.
-. Bergerak membina kematangan.
-. Jangan rasa DIRI kita BUKAN sesiapa.


Penutup sem ni disambut dengan filem "The Tower". Best! Sampai meleleh air mata. Habis paper terus shoot pergi tengok wayang. 



Malam tu ada game Man Utd lawan Liverpool, excited gila nak p tengok tapi tup2 kedai semua penuh. Sodeh. *Ceh poyo! Kwn aku cakap 'boleh tengok ulangan'. Dush! Ulangan mana ada feel macam tgk live. Xpe2 cuti ni boleh tengok bola puas2, liga super pun aku layan sekali*


So sebagai kesimpulannya, sem ni banyak gak program2 yang aku join. Takde la pasif sangat macam sem2 lepas. Ada benda yang tak dapat dilaksanakan sem ni. Derma darah. Tak lepas, sebab hemoglobin rendah. Adoi. Program yang aku join macam biasa, ceramah Rakan Intelek, tapi aku rasa sem ni kurang sikit join sebab kekangan masa n banyak kelas malam.

Pape pun aku rasa sem ni aku banyak belajar benda baru. Sem ni aku rasa lebih mematangkan aku dalam berdepan dengan masalah. Sem ni aku rasa aku tak banyak main2 macam sem2 sebelum ni. Sem ni aku rasa aku lebih fikir pasal masa depan. Sem ni aku rasa aku lebih pandai kawal emosi daripada sem2 sebelum ni. Sem ni aku rasa pengurusan masa lebih teratur. Sem ni  aku rasa aku tak banyak berfoya2 dengan mukabuku. Sem ni aku rasa aku tak banyak outing, karoke, n seangkatan dengannya tak macam sem2 sebelum ni.

Semua tu apa yang aku rasa la. Orang lain punya rasa aku tak tau.

Rasa'y sampai sini saje coretan aku untuk kali ni.

Salam.



AN : Tahun ni makin bertambah usia, makin bertambah angka, makin dekat dengan segala benda, makin bertambah dosa dan semakin hampir ajal menjemput tiba. Semoga dipertingkatkan amalan. Sedarlah Najwa!



Tuesday, January 15, 2013

Habis exam dah....


Assalammualaikum w.b.t.

Setelah sekian lama tak hupdate belog,, so hari ni baru ada kesempatan nak hupdate sebab dah abes exam n dah start cuti sem..

Alhamdulillah LEGA sangat2..

Aku rasa final kali ni agak gila sebab jadual macam gantung diri je..

Tapi dari segi pengurusan masa untuk study Alhamdulillah lebih teratur..

Final kali ni, baru aku kenal ape tu library..HAHA..mane tak'y..awal pagi dah keluar pergi library, malam time library nak tutup baru la balik..

Lagi satu aku baru tau ape erti study kat bilik jawapan'y tidur...HAHA

So nak taknak kene kentalkan jiwa keluar dari bilik n study kat library..

Lagi satu baru rasa nikmat solat berjemaah. Before ni memang jarang turun surau, kalau turun pun sebab ada kuliah + ceramah. Kalau tak memang tak nampak bayang jejak kat surau tu. Tapi kali ni, kalau ada kesempatan masa aku n membe2 aku turun surau. Kusyuk dia lain macam, tak macam solat kat bilik.

Pape pun aku nak ucapkan selamat study kepada mereka2 yang belum habis paper, diharap bersabar n semoga diberi kekuatan untuk mengulang kaji pelajaran. Semoga dapat jawap exam dengan tenang. Amin.

Doa untuk aku n kawan2 aku, semoga keputusan exam kali ni lebih cemerlang daripada sebelum ni, n semoga kami lulus dengan cemerlang bagi semua paper yang kami amek sem ni. Amin.

Salam.


AN : Baru aku sedar..