Thankz 4 being my followers

Thursday, October 17, 2013

Adakalanya


.R.A.N.D.O.M.

Adakalanya aku leka dengan arus dunia

Adakalanya aku alpa dengan kemewahan dunia

Adakalanya aku tamak dengan segala rezeki yang ada

Adakalanya aku tak bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan

Adakalanya aku sering merungut bila didatangi ujian dan dugaan

Adakalanya aku hipokrit dengan orang sekeliling aku

Adakalanya aku tak ambil peduli perasaan orang sekeliling aku

Adakalanya aku hipokrit dengan diri aku sendiri

Adakalanya aku rasa aku hidup sendiri di muka bumi ini

Adakalanya aku tak mahu tersalah erti

Adakalanya aku perlukan masa

Adakalanya aku tak mahu tersalah tafsir

Adakala aku rasa diri aku hina

Adakalanya aku perlukan masa untuk bertaubat kepadaNya

Adakalanya aku perlukan masa untuk muhasabah diri aku

Adakalanya aku perlukan masa untuk bersendirian

Adakalanya aku ingin berubah

Tapi aku tak sangka perubahan itu menghiris hati sahabat aku

Maafkan aku duhai teman jika adakalanya aku tak hiraukan perasaan kau

Maafkan aku jika aku yang sekarang bukan lagi aku yang dulu

Maafkan aku atas kelemahan aku ini

Maafkan aku kerana ia berpunca daripada aku sendiri bukan berpunca daripada orang sekitar aku

Aku tak pandai menyusun kata

Aku tak pandai menyusun bicara

Aku tak pandai bermadah pujangga

Hanya satu pinta aku.

Maafkan aku.

Adakalanya aku perlukan seorang sahabat untuk menegur kesalahan aku.

Aku perlukan seorang sahabat untuk membimbing aku.

Tegurlah aku selagi aku tak menyimpang jauh dari landasan yang sebenar.

.M.A.A.F.K.A.N. .A.K.U.


Wednesday, July 31, 2013

Hidayah Milik Allah..



Hidayah tu milik Allah.

Surah Al-An'am : ayat 125
"Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-olah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman."



Tugas kita sebagai seorang dai'e adalah memberi peringatan dan menyebarkan dakwah Islamiyah. Jangan kecewa dan putus asa jika usaha kita tidak membuahkan hasil kerana tugas kita hanya pemberi peringatan, Allah jualah yang memberi hidayah.

Surah Al-Qasas : ayat 56
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)"




Perkongsian kata2 daripada seorang sahabat :
Kalau hari ini, Allah beri hidayah kepada kita, tapi kita tolak. 
Kita tak dapat jamin, lain kali Allah akan beri hidayah kepada kita lagi atau tidak.



Kehilangan


Salam.

Hari ni dikejutkan dengan berita kematian sorang sahabat dan ayah kepada seorang sahabat.

Terkedu seketika.

Nak minta sahabat2 sedekahkan fatihah kepada kawan saya AIN ALIAS dan kepada AYAH kepada AFIQ NGASRI yang telah pulang ke rahmatullah semalam.

Doakan juga sahabat saya Afiq Ngasri kuat dalam menempuhi dugaan hidup ni sebab dia baru kehilangan ibu dia pada 2 Ramadhan lalu dan semalam ayah dia pula kembali ke rahmatullah.

Perancangan Allah kita tak tahu, entah esok lusa mungkin kita pula. Sama2 kita tingkatkan amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia ni.

Al-fatihah.



Random talk..


Satu pagi..

"Apa kau rasa bila dapat tau dia dah tunang"

"Ntah. Takde rasa kecewa pun cuma rasa sakit hati je. Sakit hati sebab dia tak pernah terus terang. Tapi rasa tu sekejap je."

"Eh kenapa? Bukan kau sayang kat dia ke?"

"Entah la. Mungkin berkat doa"

"Kau doa apa?"

"Ya Allah Ya Tuhanku, kalau dia bukan tercipta untukku janganlah Engkau biarkan kekecewaan menguasai diriku, jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta. Jadikanlah kekagumanku seperti orang lain kagum padanya."

"Yup, mugkin berkat doa. Apa2 yang berlaku dalam hidup kita jangan sesekali kita hilangkan kebergantungan kita kepada-Nya."
"Macam tu jugak dalam kehidupan rumah tangga, ada pasang surutnya. Tapi besar mana pun masalah yang dihadapi, jangan cepat melatah, bila sorang jadi API sorang lagi kena jadi AIR."
"Istighfar banyak2 time berdepan dengan masalah tu"



AN : Pecutan 10 Ramadhan terakhir, semoga kita mendapat keredhaan daripadaNya.



Monday, July 22, 2013

Sepintas lalu


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas lagi di muka bumi ini..

Hari ni hari ke-13 Ramadhan.. Semoga kita terus istiqamah dalam melakukan amalan harian..

Jari kaku untuk menaip..

Lidah kelu untuk berbicara..

K salam semua..


Tuesday, May 28, 2013

Taman Negara Pahang "Back To Green Nature"


Assalammualaikum w.b.t.

Hello geng! Lama x jumpa! Lama tak update belog! Kesian kan ko belog, diabaikan oleh tuannya...

K la malas nak bebel panjang, kali ni ak nak cite event yg aku join geng TRECKERS iaitu......................

TAMAN NEGARA
"BACK TO GREEN NATURE"
Anjuran T-Rec Club




Sabtu (18/05/2013)

Kami gerak dalam kul 7.30 pagi, ada la dlm 29 orang yg join,  bangun tido bangun tido, tp x sampai2 ... Melaka ke Pahang, jauhhhhhhhhhhhh sangat....At last dalam pukul 2 baru sampai sana.. Then kteorg solat n makan then check-in bilik... yg best'y kali ni dpt tido bilik biasanya kene tido kat khemah.. Campsite semua penuh, sebab tu kena tidur bilik.. Rate bilik 1 malam RM 5.00, gila murah tu..

Lepas siap sume, kena kumpul, ada briefing drp abg Amin pasal aktiviti yg nak dijalankan petang tu.

Then, gerak p tepi sungai, utk program first, RAPID SHOOTING.. Naik boat  sepanjang sungai pahang, mmg best. Menikmati keindahan alam. Subahanallah sangat cantik keindahan alam ni. Sepanjang naik boat tu ada sesi bergambar n sesi simbah air dari satu boat ke boat yang lain. Abes basah lencun semuanya..




Kami berhenti kat PERKAMPUNGAN ORANG ASLI kaum BATEK, tengok gaya kehidupan diaorang. Sangat daif, kata tourist guide tu, orang asli ni mmg x nak perubahan, diaorang pernah dihantar ke sekolah tp bertahan selama seminggu je, lepas tu diaorang tak nak g sekolah lagi.

Banyak la yg tourist guide tu explain kat kitaorg pasal kehidupan orang asli ni. Kalau dulu diaorang x reti guna duit tp sekarang ni dah pandai dah guna duit. Ape yang menarik, kalau diaorang nak kawen diaorang kena lepas ujian hidupkan api cara tradisional dulu, kalau x lepas so diaorang tak boleh kawen.




Belajar cara2 buat sumpit


Cara hidupkan api, kena buat dgn romantik/lembut kalau x nnt x hidup



 Belajar cara menyumpit











Lepas habis melawat orang asli kami pun balik naik boat tu. Sekali lagi menikmati keindahan alam di petang hari. Sungguh cantik.

Sesi malam lak, ada jungle trekking, mati2 aku ingat jungle trekking masuk hutan n dia lepaskan sorang2, rupa2'y bkn... kteorang mmg masuk hutan-taman negara, tp lalu trek yg dia dah sediakan sambil mengenali binatang2 yang aktif pd waktu malam. Macam2 ada la, tarantula pun ada tau..




Habis jungle trekking, kitaorang pun balik, tp sebelum sampai bilik sempat lg layan bola Kelantan vs Selangor lw tak silap. Then habis bola g lepak gn geng treckers minum air, makan biskut n main chesss... Then tidooo... 



Ahad (19/05/2013)

Seawal jam 7.30 pg kitaorang dah kumpul tok makan, warming-up, n ice breaking. Then kul 9 gerak p Taman Negara naik boat, cehhh mcm jauh sangat je kannn... x la jauh mana cuma kene seberang sungai jeee...






Then lepas kumpul semua, kitaorang pun gerak. First2 pecah kepada 3 group. Sambil ber'junggle trekking' sambil tu kteoang mengenal tumbuhan2 yang ada kat taman negara tu. 


Bergambar sebelum start jungle trekking


Trek jungle trekking kami..

Mula2 memang best, lama2 pancit. Mana tak nya, kitaorang kena naik TANGGA sejauh 2 KM untuk sampai ke puncak BUKIT TERISEK! Serius pancit habis, penat, semput, nak pitam pun ada. Masa tu aku dah rasa peluh dah sejuk je, n bila pejam then bukak mata, aku rasa nak tumbang, tapi still teruskan sebab ada membe aku yang support dr belakang, Dia pegang aku n tolak aku dari belakang. Thanks EKIN. Jasamu dikenang! 

Bilamana kita dah penat n tengok atas banyakkkkkk lagi tangga kena daki, serious rasa nak surrender jek. Tapi bila tengok member2 yang lain tetap teruskan, so kita pun teruskan, abes tu x kan nak patah balik sengsorang, gila ape...




Masing2 kepenatan sudahhh...


Sampai puncak bukit terisek sesi bergambar dimulakan..


Nampak x? Kat seberang sana tu puncak gunung tahan, tah bile dapat daki ke sana lak...








 






Habis bergambar semua kteorang mendaki turun untuk menuju ke CANOPY WALK. Mula2 nak start memang takot, tapi lama2 ok je. Seriau gak la bila tengok bawah, dah lah tinggi, kalau jatuh sia2 jek..




Lagi seriau bila tengah jalan, n membe kita yang kat belakang pun tengah berjalan atas canopy walk yang sama, berhayun-hayun jadinya, elak tercampak ke bawah je...huhu..

Then bila semua dah habis lalu canopy walk, kitaorang pun siap sedia utk turun daripada bukit terisik tu..walaupun perjalanan turun tu sangat laju tapi still terasa jauhhhh sangat. Lama gila nak amek masa untuk turun dari bukit terisik..




Then balik bilik n siap2 untuk balik..




Kitaorang gerak balik lebih kurang pukul 4.00 petang, sampai Melaka lebih kurang pukul 11.30 malam. Lama tu, tapi Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan balik. Kenangan tu sangat berharga. Nak pergi sendiri tah bila dapat pergi, so pekata kita grab opportunity untuk join apa2 aktiviti yang orang  lain anjurkan..

Cuti gawai kali ni geng treckers pergi Pulau Perhentian, tapi sayangnya x dapat join sebab lambat daftar, so dahhhh penuh... Tapi x pe lah x dapat g Pulau Perhentian tapi aku dapat g Pulau Besar. Best!

K geng out dulu... Next time aku update lagi.. Salam..


AN: Jauh perjalanan luas pemandangan.


Monday, April 29, 2013

Salam PRU13..


Assalamualaikum w.b.t.

Bahang PRU kian terasa

Perang politik sudah bermula

Pesta bendera telah kunjung tiba

Kempen sudah sampai di kemuncaknya

Hanya menghitung hari untuk sampai ke penghujungnya...

Adakalanya terasa seronok nak menjelang pilihan raya, yela masing2 sibuk berkempen sakan..

tapi

Adakalanya terasa takut bila tengok perang politik yang makin menggila..

Aku memang minat politik...

Minat nak amik tahu apa yang berlaku kat sekitar aku

Tapi adakalanya hanya mampu menggeleng kepala

Bagi aku, setiap orang ada pegangan & pandangan masing2

Kalau kau pilih BN konpem la kau akan sokong gila2, bagi hujah segalanya untuk menangkan BN

Kalau kau pilih PAS, benda yang sama gak yang kau akan buat

Begitu jugak bila kau sokong DAP, PKR, MIC, MCA, ABIM, BEBAS, BERJASA, dll..

Tak salah nak sokong apa pun, tapi yang penting tak perlu saling kutuk mengutuk pihak lawan

Just stay with your stand!

Kemukakan hujah berdasarkan fakta..

Aku tak pandai nak berdebat sana sini..

Tapi aku hanya memerhati n buat perbandingan..

Baca daripada segala sumber yang ada

Paham

Nilai

Pilih

Keputusan di tangan ada..

Selamat mengundi semua!


Photo: JOM KENALI PEMIMPIN KITA DENGAN 6 CIRI INI!

Checklist untuk memilih.

Jangan lupa 5 MEI 2013~
SELAMAT MENGUNDI!


Salam PRU13..


AN : Time mengundi nanti dapat jumpa membe2 lama, adoi x sabau'y..


Monday, April 22, 2013

Fiqh Wanita oleh Ustazah Fatimah Syarha..


Assalammualaikum w.b.t.

Fiqh Wanita. Bila wanita mula berbicara, eh tak2 tu tajuk rancangan kat astro ^_^  Kali ni aku nak share pasal talkshow yang diadakan bersama Ustazah Fatimah Syarha dengan tajuknya "Fiqh Wanita". Walaupun program ni telah berlalu dalam dua minggu yang lepas, tapi takpe aku nak share jgk. Ilmu kan tak luput ditelan zaman. 

Ehem2 talkshow ni bermula dengannnn................

Orangnya bertubuh kecil, sopan tingkah lakunya, tersusun tutur bicaranya tapi sentiasa ada ketegasan dalam setiap butir bicaranya.

Sedikit perkongsian, mungkin ada manfaat kepada semua.




Soalan 1 :
Apakah adab dalam berpakaian bagi wanita?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
1. Tutup
2. Sederhana
3. Diiktiraf oleh masyarakat Islam
4. Bukan pakaian yang menyerupai lelaki
5. Bukan pakaian yang menyerupai wanita kafir

Soalan 2 :
Apakah perkara yang tidak boleh dibuat oleh wanita ketika sedang haid?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Empat perkara yang disepakati oleh para ulama
1. Solat
2. Puasa
3. Tawaf
4. Bersama dengan suami

Soalan 3 :
Adakah keputihan yang dialami oleh seorang wanita itu dipanggil najis? Sah tak solat?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
1. Keputihan disebabkan penat dikenali sebagai 'Wadi', ia tidak dikenali sebagai najis. Cukup sekadar membersihkannya ketika nak solat. Lagi senang kalau pakai pentiliner.
2.  Keputihan disebabkan 'air Mazi' dikenali sebagai najis.

Soalan 4 :
Kalau kita ragu2 samaada sah tak mandi wajib kita, jadi sah ke tak mandi wajib tu?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Kita ni jangan terlampau ragu2 dengan sesuatu benda. Yakin akan setiap perkara yang kita lakukan. Kalau ragu2 kita kena mandi balik sehingga kita yakin kita dah benar2 suci.

Soalan 5 :
Bahagian bawah dagu tu aurat ke tak?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Menurut kata Yusuf Al-Qardawi, bahagian bawah dagu tu bukan aurat.

Soalan 6 :
Kalau masa solat kita ternampak aurat kawan kita, sah tak solat?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
1st tolong tutupkan. 2nd tegur.
Then, kalau kita yakin aurat kita terdedah ketika sedang solat, kita perlu ulang semula solat kita.

Soalan 7 :
Boleh ke kita pakai celak?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Kalau celak kalis air diharuskan. Sebab tu sunnah nabi.
Kalau celak yang tak kalis air, boleh pakai tapi lepas amek air sembahyang.

Soalan 8 :
Boleh ke pakai inai bercorak?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Boleh dan diharuskan. Tapi kalau boleh biarlah corak yang berunsurkan tumbuh2an.

Soalan 9 :
Hukum cukur kening?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Bergantung kepada niat. Kalau untuk suami dibolehkan. So kita jangan buruk sangka dengan orang. Tapi kalau untuk kecantikan dan untuk ditunjukkan kepada orang. Haram.

Soalan 10 :
Hukum potong kuku ketika haid?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Dibolehkan sebab tak ada state dalam mana2 hadis yang potong kuku tu tak dibenarkan. Tapi kalau boleh jangan la buang bersepah.

Soalan 11 :
Hukum merancang keluarga?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
1. Tanzim An-Nasal
2. Tanzim An-Nasal
3. 'Azal
Nak penerangan lebih lanjut boleh klik link ni.

Soalan 12 :
Hukum letak gambar dekat FB?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Pendapat 1: Muka tu aurat, so tak boleh letak.
Pendapat 2: Tak digalakkan, sebab tanggungjawab kita sebagai perkerja meyebabkan kita perlu sorok identiti. Contoh as a police, takut ada orang khianat.
Pendapat 3: Boleh tapi bergantung kepada niat. Kalau niat tak elok so kita akan terima balasannya.

Soalan 13 :
Nikah gantung atau nikah khitbah tu dibolehkan ke?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Boleh klik kat link ni (agak panjang explanation dia tapi kalau nak tau boleh baca sampai habis ye).

Soalan 14 :
Saya pernah dengar riwayat muslim "Sebaik2 saff lelaki adalah di hadapan dan seburuk2nya adalah yang paling belakang. Sebaik2 saff perempuan adalah yang paling belakang dan seburuk2nya adalah yang paling hadapan". apa maksud dia?
Jawapan Ustazah Fatimah Syarha :
Dalam hal ini Rasulullah telah menjelaskan bahawa saff di hadapan yang utama adalah untuk lelaki. Manakala saff perempuan yang lebih utama adalah di belakang. Maksudnya penuhkan saff pertama dahulu kemudian baru diikuti saff kedua dan seterusnya untuk lelaki. dan untuk perempuan terus sahaja ke saff paling belakang (tempat khas solat wanita), jangan berada sebaris dengan saff lelaki.

Kesimpulan daripada Ustazah Fatimah Syarha :
Islam adalah agama fitrah, sporting, tak mengongkong dan agama yang terbaik untuk kita. Jadi sama2 kita amalkan agama Islam. Akhir sekali, pakaian taqwa itu adalah pakaian terbaik untuk kita.

Banyak lagi persoalan yang hendak ditanyakan tetapi kerana masa mencemburui, so tak dapat nak teruskan talkshow kali ni. Bertubi2 soalan daripada para sahabat tapi ustazah tetap tenang menjawabnya. Mungkin ada cemburu dihati melihat kegigihan ustazah menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang penulis dan juga seorang pendakwah.

Hope entry kali ni dapat membantu merungkai segala persoalan yang terdapat di minda sahabat2. Kbai. Salam.


AN : Kalo nak baca pasal talkshow yang aku pernah join before ni, korang boleh klik link ni Indahnya Cinta Hingga ke Syurga.


Saturday, April 13, 2013

Contengan VS Coretan



Contengan itu bermula
dari
sebuah lakaran..


*Credit to pokcik google*



Coretan itu bermula
dari
sebuah persoalan..


*Credit to pokcik google*


AN : Belajar dari sebuah kehidupan.


Saturday, March 16, 2013

Anjakan Paradigma..


Anjakan Paradigma itu bermula

pabila hati

sudah bersedia untuk menerima perubahan..




Mentarbiah diri. Mungkin mudah. Tapi memerlukan masa.

Mentarbiah rakan. Mungkin sukar. Tapi InsyaAllah akan ada hasilnya.



AN : Dekatkanlah diri dengan majlis ilmu, nescaya kita akan merasai satu ketenangan yang tak tergambar oleh kata2..Jom berubah ke arah yang lebih baik!


Monday, March 4, 2013

Seuntai kata untuk dirasa..


Assalamualaikum w.b.t.

Hello guys! Long time no see laaa..

Setelah berminggu2 cuti, so hari ni dengan rasminya cuti sem telah pun berakhir. So telah bermula kembali kehidupan sebagai seorang pelajar.

Satu pengharapan. Hopefully sem baru ni bawa sirna baru dalam kehidupan aku. Kesan daripada sem 5 yang mana aku kurang 'berfoya2' ketika belajar. Alhamdulillah ada peningkatan dalam pointer aku. Cuma ada sedikit dugaan untuk aku. Tapi takpe, dah muhasabah diri balik n ada beberapa ayat daripada kawan aku yang buat aku tersedar daripada mimpi di siang hari :

" Bukan semua ujian itu musibah. Mungkin rahmat. Sebab. Allah nak kita sentiasa mengingatiNya. Ketentuan Allah lebih baik. "

Lagi satu,

" Sentiasa rasa Allah itu ada dekat dengan kita. Memerhatikan kita. Allah dah bagi apa yang kita nak, tapi apa yang kita bagi untuk Allah? "

Aku bersyukur sangat dikurniakan keluarga n kawan2 yang selalu support aku walau kat mana aku berada. Tapi. Aku manusia biasa, kadang2 leka dengan arus dunia. Tapi dikala aku leka, ada kawan yang menasihati aku. Ada keluarga yang sentiasa amik berat pasal aku. Allah sayang dekat kau Najwa. Sebab tu Dia kasik ujian.

Permulaan hari, agak bersemangat. Jadual pun best sebab tak ada kelas malam.

Tiada perasa. Tiada perisa. Tiada rasa. Kaku berbicara.

Welcome back to school guys!

Salam.



AN : Semoga semua dilimpahi rahmat dalam kehidupan seharian. Amin.



Monday, January 21, 2013

Setelah seminggu bercuti


Assalamualaikum w.b.t.

Haaaaaa.... Nak tau tak ni dia aktiviti aku sepanjang seminggu bercuti..





Amende ni?

Ehem! Saja nak gtw tetiba aku bertukar jadi CIKGU AKAUN tak bertauliah sekejap..

Sebabnya makcik aku mintak tolong betulkan folio student dia, budak2 form 4...

Sekali pandang folio tu, memang lost habis ape yang pernah aku belajar masa sekolah dulu..




At last ter'revised balik segala benda yang pernah belajar dulu..

Invois Asal refer pada belian secara kredit
Invois Salinan refer pada jualan secara kredit
Lepas tu kene transfer dalam journal, buku tunai n ledger..

Huish terimbau kembali kenangan masa kegemilangan belajar dekat sekolah menengah.

Sekejap je masa berlalu, baru sedar tahun ni masuk tahun ke-5 tinggalkan zaman persekolahan.

Lama tu.....

Emmmm..... Aku rasa kerja kusus kiteorang dulu lagi senang berbanding yang sekarang punya. Kalau dulu, cikgu dah siap2 kasik dokumen n kita just isi kat mana yang patut je. Tapi sekarang, cikgu just kasik nama perniagaan n bentuk dokumen apa yang dia nak. Then, student kene create sendiri dokumen yang diperlukan. Hebat lah. Aku yang tukang menanda pun pening kepala, ape lagi budak2 yang kene buat tu. Kesian korang...





Walaupun aku berkesempatan jadik cikgu tak bertauliah seketika, tapi aku tetap tak berhasrat nak jadi cikgu @ pensyarah.

Kalo aku jadik cikgu @ pensyarah abes lunyai student aku kerjakan... Habis folio budak2 ni aku conteng sana sini...hehe... Nasib korang la...




Tapi kerja ni just untuk seminggu je..

Start minggu ni aku bertukar jadik babysitter lak, sebelum cuti lagi aku dah tau jadual untuk aku masa cuti ni.

Siap kene booking awal2 lagi tao..hehe..

Ape2 je lah, aku okey je dengan semua ni..

Tapi esok aku kena pergi kem dulu selama 4 hari lepas tu bermulalah rutin harian aku sebagai suri rumah sepenuh masa..

Btw, happy holidays geng!

Jumpa lagi. Salam.



AN : Jangan terus menerima sesuatu yang baru. Tapi ambil, pertimbangkan, buat penilaian, then baru boleh terima atau tolak.



Friday, January 18, 2013

Aktiviti Semester ke-5


Assalamualaikum w.b.t.

Ini hari aku nak cerita aktiviti/program aku sepanjang tahun ke-2 iaitu semester ke-5 belajar di UiTM KBM. *Tahun ni masuk tahun ke-3 yaw*

Al-kisahnya bermula dengan program "Malam Mesra MEBA", kira macam malam ragging budak2 baru Akaun. Best! Rangging cukup2. Aku handle bab hadiah plus denda untuk budak2 ni je, Mizat si master mind siap sediakan "jemput2 PERIA" untuk budak2 ni, sedap sangatttt. Lupa lak nak gtw, MEBA tu stand for "Members of Bachelor Accountancy Club".


  




Aktiviti seterusnya adalah OPKIM MEBA @ MEBA Attack ataupun lebih dikenali sebagai Operasi Khidmat Masyarakat MEBA. Program ni kiteorang buat kat salah satu sekolah kat Melaka. Aku lupa apa nama sekolah tu. Best. Kiteorang jadi FC, then masa program tu divided into beberapa group yang terdiri daripada FC n budak sekolah, lepas tu main explorace pusing satu sekolah plus mandi air hujan, ye la starting explorace hujan selebat2 tidak, so nak tak nak kene proceed je la, pape pun memang best sampaikan masing2 pancit + nak pengsan.




Seterusnya celebrate besday aku. Surprise  Terkejut. Terkedu. Terharu. HEHE. Tak expect lak budak2 ni nak sambut. Btw thanks korang.


Typing error.12 only.  ;p






Next. Outing with Jiha & Niza. Tak sangka diaorang turun Melaka. N for da first time, setelah DUA tahun aku stay Melaka baru first time aku jejak kaki kat A Famosa Melaka. Aku rasa kalau diaorang tak turun Melaka entah tahun bila aku dapat jejak kaki kat situ, padahal dari tempat aku ke A Famosa tu 10 minit dah sampai dah.




Next. Farewell party Miss Maliza with class 5E. BBQ with 5D ada gak, tapi takde gambar lak.




Then. IBM exhibition.


  






Next. Outing with adik2 MiCost. Comel2 belaka la. Maklum la baru habis SPM. *Terasa macam dah tua je....hehe....umur je tp still awet muda....hahaha*






 Tekan gambar kalau nak tau cerita.


Next. Shooting video arab. Dah macam retis gitewww. Haha. Ni dia teman sehati berdansa selama ni.


  




Program lain "Talk Show bersama Hilal Asyraf : Jati Diri Bina Personaliti". Dia tua setahun je dari aku tapi bila dengar pengalaman dia n kerjaya dia. Hmmm. Rezeki masing2 kan. Antara ayat2 dia yang aku ingat @ catit (mungkin ustaz lain pernah sebut ayat ni, tapi aku pernah dengar dari dia) :
-. Perbaiki diri dan ajak orang lain bersama kamu.
-. Kefahaman yang salah menghasilkan tindakan yang salah.
-. Asas yang rapuh menghasilkan binaan yang rapuh.
-. Bergerak membina kematangan.
-. Jangan rasa DIRI kita BUKAN sesiapa.


Penutup sem ni disambut dengan filem "The Tower". Best! Sampai meleleh air mata. Habis paper terus shoot pergi tengok wayang. 



Malam tu ada game Man Utd lawan Liverpool, excited gila nak p tengok tapi tup2 kedai semua penuh. Sodeh. *Ceh poyo! Kwn aku cakap 'boleh tengok ulangan'. Dush! Ulangan mana ada feel macam tgk live. Xpe2 cuti ni boleh tengok bola puas2, liga super pun aku layan sekali*


So sebagai kesimpulannya, sem ni banyak gak program2 yang aku join. Takde la pasif sangat macam sem2 lepas. Ada benda yang tak dapat dilaksanakan sem ni. Derma darah. Tak lepas, sebab hemoglobin rendah. Adoi. Program yang aku join macam biasa, ceramah Rakan Intelek, tapi aku rasa sem ni kurang sikit join sebab kekangan masa n banyak kelas malam.

Pape pun aku rasa sem ni aku banyak belajar benda baru. Sem ni aku rasa lebih mematangkan aku dalam berdepan dengan masalah. Sem ni aku rasa aku tak banyak main2 macam sem2 sebelum ni. Sem ni aku rasa aku lebih fikir pasal masa depan. Sem ni aku rasa aku lebih pandai kawal emosi daripada sem2 sebelum ni. Sem ni aku rasa pengurusan masa lebih teratur. Sem ni  aku rasa aku tak banyak berfoya2 dengan mukabuku. Sem ni aku rasa aku tak banyak outing, karoke, n seangkatan dengannya tak macam sem2 sebelum ni.

Semua tu apa yang aku rasa la. Orang lain punya rasa aku tak tau.

Rasa'y sampai sini saje coretan aku untuk kali ni.

Salam.



AN : Tahun ni makin bertambah usia, makin bertambah angka, makin dekat dengan segala benda, makin bertambah dosa dan semakin hampir ajal menjemput tiba. Semoga dipertingkatkan amalan. Sedarlah Najwa!