Thankz 4 being my followers

Monday, November 26, 2012

Water Rafting & Cave Expedition Gua Tempurung Perak..


Assalamualaikum w.b.t.

Setelah seminggu berlalu baru hari ni aku berkesempatan nak update cerita pasal ekspidisi T-REC....Sambungan entry before ni..

Ehem2..

Only one word can describe it : Awesome!

Pengalaman yang perlu dicatatkan dalam memori lipatan sejarah aku..*Ceh ayattttt! HEHE*

Ceritanya bermula begini. Pada satu hari, di pagi Sabtu nan indah lagi permai, bertarikh 17 November 2012, kami telah memulakan perjalanan dengan menaiki bas UiTM ke Gopeng, Perak untuk program (baca dengan satu nafas) :


"T-REC Blast Out Expedition Water Rafting Sg Gopeng & Cave Expedition Gua Tempurung, Perak"




Bosan gaya formal so aku cerita dengan gaya tak formal ye. Kiteorang gerak dalam pukul 8 pagi n sampai kat Perak dalam pukul 5 petang. Lama kan? Sebabnya kiteorang stuck kat tol Rawang dalam 3 jam, tayar bas bocor. Nasib2. Tapi takpe, dugaan je tu.

Then, sampai kat campsite Gua Tempurung ada briefing sekejap n masuk khemah masing2, yang best khemah dah siap sedia terpasang, baru plan2 nak tunjukkan skill aku pasang khemah...HAHA


 




Aku satu khemah gn fiza, n lagi 2 orang yang baru kenal Lia & Wani.







Lepas tu masing2 siap2 tok mandi, makan n solat jemaah.

After solat ada program icebreaking. So semua orang kenalkan diri, muka mungkin aku leh cam tapi nama memang kelaut la. Mana nak ingat semua sekali.





Lepas tu, ada games sikit. Buat cheers group, teka lukisan, teka gaya, n game carik partner 'pishang berangan n pishang tanduk'. Memang bantai gelak je la.


Cheers paling best!
Group kami IALAH, cheers kami ADALAHHH...


 Abe 'Pishang'


 Ce teka amenda ni?


 We are number ONE.

 W.A.R.N.A.W.A.R.N.I



Aku terima nikahnya. Ehem..

Abes games, ada pesta makan durian. Aku just makan 2  3 ulas je, buat lepas tekak jadilah.




Pastu tidur.

Pagi Ahad 18 November 2012, seawal 5 pagi dah bangun, excited tak? Ni bukan excited nama'y tapi tak boleh tidur adelah.

Lepas solat subuh, ada senam n breakfast.





Then kumpul kiteorang pecah kepada dua kumpulan. Yang join program ni ada lah lebih kurang 50++.

Team kiteorang kene masuk gua dulu n team lagi 1 pergi water rafting.


B4 masuk gua tempurung


First2 nak masuk gua, serius nervous, dah dapat bayangkan keadaan gelap......tapi bila dah masuk takde la gelap mana, ada je lampu, cuma penat r kene naik tangga yang tinggi gila. Banyak kali nak tergelincir sebab aku pakai kasut crocs, licin, nasib baik wanie tolong back up aku..hehe

Dalam gua tu banyak bentuk yang mempamirkan susuk2 benda *macam scary je kan* Ada bentuk muka orang, gajah, baju, ayam, itik n etc.




Rasa scene yang paling best bila kena 'sliding' dari atas ke bawah. Mati2 aku ingat 'sliding' tu boleh pegang tali. Rupa2nya kita kene gelongsor dari atas ke bawah yang mana tempat tu curam gila! Masa tunggu turn aku dah mengiggil satu badan. Tapi alhamdulillah takde pape.




Part yang lain, kene lompat dari tempat tinggi ke bawah, masa tu dah bayangkan macam2, salah landing konpem injured tapi alhamdulillah dapat landing kat tempat yang betul. Then, kena masuk lubang pun ada.




Lepas tu kene merangkak dalam air, gila sejuk air dia.




Ada satu part dalam gua tu sejuk je, macam ada econ la, aku lupa apa nama tempat tu.





Ala gambar kat pintu keluar takde lak.

Lepas habis teroka gua ni, kiteorang keluar n tunggu turn untuk water rafting lak. Nak g sane kiteorang kena naik lori, kelakar la, kenangan. Kat bawah ni semua aksi2 kat atas lori.







Then, bila sampai kat tempat water rafting, sesi bergambar dulu.




Itu dia itu dia, smart tak?

Kusyuk dengar briefing


Sekarang nak cerita pasal water rafting lak. Sampai kat sungai gopeng aku dah giegil satu badan. Tengok air dia deras semacam. Scary weh. Masa sesi briefing, banyak yang dia terangkan. Bahasa isyarat yang dia guna, 'Jump2' untuk lompat2 bila tersangkut kat batu. 'Boom2' bila kene selamatkan diri kalau lalu kat batu curam.  Ala yang lain lupa laaaaaa... Maklum la short term memory, susah sikit nak ingat lama. Sepanjang water rafting ni 3 kali aku hampir lemas. Ehem2.

First2 dia suruh wat 'Body Confident'. Dia lepaskan kita kat air deras then kita akan berenang ke tepi tapi tok siapa yang tak pandai berenang nanti ada yang tolong kasik tali. Tapi serius masa tu aku hampir lemas, orang tu suruh bukak mata n tutup mulut tapi aku bukak mulut n tutup mata.Rasa macam dah hanyut gak, yela aku dah la pakai spek, dgn tak nampak pape, n kasut tercabut dengan nak selamatkan kasut n spek...hehe.. Mana tak kalang kabut nak selamatkan diri. Tapi Alhamdulillah masa tu selamat.

Lepas tu game start. Errr game ke? Hehe. Best! Kita just dengar arahan guider sama ada nak gerak or berhenti. Best tapi takut. Aku satu group dengan..........nta sape tah nama dak 4 orang tu, lupa la. Muka pun ingat2 lupa.. Hehe.





Kali ke-2 aku hampir lemas bila dia berhenti tepi n semua kena turun n wat body confident dengan group.. Masa dengan group, orang belakang tarik baju pelampung aku tapi masa tu gle banyak aku telan air, mungkin sebab aku pasang baju tu tak ketat. So bila dia tarik baju tu yang ternaik aku tak. Then masa lepas sorang2 n kena ke tepi aku tak leh nak gerak sebab batu licin, pijak batu asik tergelincir je. Hampir2 hanyut dengan partner perempuan aku. At last ada guider lain tolong tarik kiteorang ke tepi. Then, ada budak group aku tolong sekali. Thanks guys! Kalo ko tak tolong aku tak tau jadi ape. Korang bayangkan la dengan air deras n korang nak gerak tak boleh, then terpijak batu licin then tergelincir. Huish seram.

Kali ke-3 masa dah nak abes, kita orang kena turun n kena ke tepi n kejadian sama berulang kembali. Air deras n korang nak gerak tak boleh, then terpijak batu licin then tergelincir. Tapi alhamdulillah, selamat, n masih bernafas sampai sekarang.


Baru habis water rafting n nak balik ke campsite


Then, sampai campsite, terus siap2 mandi2, solat n balik. 

Serius, best! Rasa macam taknak balik je, yang penting pengalaman ni akan tersemat dalam memori lipatan sejarah aku. Sangat awesome. Sampai sekarang masih rasa macam mana sejuk air kat dalam gua. Macam mana rasa nak lemas. Macam mana rasa air kat sungai gopeng perak, n macam2 rasa lagi lah.

Hopefully, next time dapat join program T-REC lagi.


Satu pengalaman. Seribu pengertian.




suka gambar ni...muka bahagia je...HAHA








Credit to Cik Fiqa, Incik Salehan & Incik Azam for da pictures.

Salam n see u again.


AN : We don't remember days, we remember moments ^_^ trimas.



3 263 Contengan Jalanan:

saifudin said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Anda tenggelan bukan karena jatuh ke air, Anda tenggelam karena tinggal di dalamnya.

>Misz Farah..?< said...

fuuuh...jeles habes ni! >.<

eh, kenapa banyak muka pak cik MKA dalam ni? ahah! pak cik giler glamor tu nyebok je. ;p

btw, nak sangat maen water rafting tu. jeleees!

An Najwa said...

ferra : sbb ape muka MKA byk, sebab amek pic ni guna kamera dak laki, so gmbar dak laki je byk, dak pmpuan sikit je...

next time leh r pegi same...huhu