Thankz 4 being my followers

Wednesday, October 24, 2012

Cuti


Cuti lagi

Kemana arah dituju?

Biar kaki melangkah mengikut gerak kaki dihayun.

Btw...

Selamat Hari Raya Aidiladha.


AN : Hari ni dan semalam adalah hari yang berbeza.. Memanglahhhh ~ ~ ~ ^_^



Sunday, October 21, 2012

Bola


Cerita tentang bola.

Yeay! Kelantan menang! Puas sorak.

Bola boleh buat aku sakit jantung + hati + limpa.

Sentiasa berdebar bila diaorang main depan gawang gol. Macam aku je yang nak shoot bola tu. Over excited la ko Najwa! Hehe.

Rilex la, saje release tension lepas puas berchenta dengan buku.

Sorak sorang2 kat rumah sampai housemate aku kata "eh, tak sangka Kak Wa minat bola".

Hey3x, jangan pandang sebelah mata k. Euwww. Haha.

Bola bola bola.

Satu hasrat + impian aku *Ceh..hehe* aku nak tengok live bola kat stadium. Tapi bukan kat Stadium Hang Tuah, bosan dah tengok kat situ. Haha.

Paling cikai dapat tengok kat Old Trafford pun ok what. Haha. Lagi cun bila dapat tengok Manchester United yang main. ^_ 6

Kbai, nak tido, esok ada program then hari Rabu dah start cuti. Yeay lagi!

Salam.


AN : Majulah Najwa untuk negara. Erkkk..  ^_6



Saturday, October 20, 2012

Doa


Assalamualaikum w.b.t.

Bicara tentang doa. Tadi aku ada baca satu komik tentang doa.

Komik ni cerita pasal, sorang student nama dia Bahar. Satu hari tu, kawan2 dia ajak dia pergi makan, tapi dia taknak sebab dia kenyang. Then, dia tertidur. Dalam tengah tidur, tetiba ada sorang lelaki yang sangat tua datang kejut dia.

Lelaki tua : Assalamualaikum

Bahar : Wa'alaikumusalam

Lelaki tua : Anak, pakcik lapar, anak boleh bagi pakcik makanan tak?

Bahar : Pakcik nak makan apa?

Lelaki tua : Pakcik taknak air, atau apa2 jenis makanan lain. Pakcik cuma nak makanan rohani.

Bahar : Makanan rohani? Pakcik ni siapa?

Lelaki tua : Anak tak kenal pakcik? Pakcik adalah jiwa anak, pakcik jadi tua kerana tidak lagi diberi makan dengan DOA2 anak yang IKHLAS. Lalu kulit yang tegang menjadi kecut, rambut yang hitam menjadi putih, tubuh yang lincah menjadi perlahan, tubuh yang sihat menjadi sakit.

Bahar : Sekiranya pakcik jiwa saya, mengapa pakcik tidak berdoa sahaja? Mengapa pakcik mengarahkan saya untuk berdoa untuk jiwa saya?

Lelaki tua : Seperti yang pakcik beritahu, pakcik adalah JIWA anak yang LELAH, LAPAR dan sudah TUA. 

Anak MEMANG ada berdoa, namun anak berdoa TIDAK MELALUI jiwa. Hanya pada LIDAH. 
Anak hanya MENGARAHKAN lidah untuk berdoa. 
Tidak MENGARAHKAN JIWA. Tidak berdoa MENERUSI JIWA. 
Doa anak SOMBONG dan KOSONG. 
TIDAK ada RINTIHAN, KESUNGGUHAN, TIDAK IKHLAS.
Pakcik POHON anak berdoa MELALUI JIWA. Memohon JIWA yang BERDOA kepada Tuhan.
Jadi, tolong ARAHKAN saya, JIWA KAMU ini berdoa sesuatu berkenaan DIRI KAMU.
Jika tidak. Pasti pakcik akan MATI.
JANGAN hanya berdoa melalui LIDAH. Pakcik sudah tidak mampu bertahan lagi. Pakcik sudah TENAT, Pakcik ingin TERUS HIDUP. Tolong PAKCIK!

Then, Bahar pun tersedar dan termangu seketika.
" Aku bermimpi ke tadi? Atau hanya khayalan semata2? Mungkin ini satu petanda untuk aku baiki diri? "

Habis dah.

Walaupun ia hanya komik tapi tetap buat aku sentap, sentap yang sama bila baca novel Hlovate.

Sekadar renungan bersama.

Di-adaptasi dari "Komik tebal dari Syurga". Di-olah mengikut kesesuaian.




AN : Setiap hari kita belajar. Kita belajar benda baru.



Wednesday, October 10, 2012

Bangkit..



Bilamana semangat itu kian luntur dari hari ke hari...


Meh dengar lagu Bangkit DJ Fuzz & Altimate..


Biar semangat tu bangkit semula..



AN : Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur.



Monday, October 8, 2012

...


Kadang2 kita perlu berbohong demi satu kebenaran.



AN : Gua tak berhajat tapi berhasrat... Err... Sori geng!