Thankz 4 being my followers

Saturday, September 29, 2012

"Budget 2013"


Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni rasa nak kongsi pasal pembentangan "Budget 2013". 

Sedikit pertikaian dengan penghujahan.

Seperti biasa, perbalahan tetap berlaku di setiap "rangkaian sosial".

Aku hanya mampu senyum dan gelak.

Ehem.

Ada yang tersenyum riang.

Ada yang bersorak girang.

Dan ada yang terdiam.

Bagi kerajaan satu kemenangan.

Bagi pembangkang satu penindasan.

Aku sendiri ada pertikaian.

Tapi ada yang kata 'Bersyukur dengan apa yang kita terima'.

Diam.



AN : Rasional?



Saturday, September 15, 2012

Sem baru..


Assalammualaikum w.b.t.

Setelah sekian lama tak hupdate belog, tetiba hari ni terasa nak hupdate lak. Before ni hilang kata2 n hilang idea untuk menulis lagi. Baru hari ni muncul 'kata2' dan 'idea' tu semula.

Hari ni 15 September 2012, bersamaan dengan hari Sabtu. So ni bermakna dah seminggu aku start sem baru.

So far, sem ni agak mencabar sebab subjek yang aku amek sem ni banyak subjek membaca. Kena hafal fakta, kena hafal seksyen dan semestinya aku bukan jenis yang kaki goreng ayat. Biasanya subjek2 membaca ni aku akan hafal sebijik2 ayat dalam buku teks. Tak reti nak olah sendiri. Najwa2 bila la nak berubah.

Jadual pulak boleh aku kata jadual sem ni agak gila sebab satu hari aku ada 5 kelas n ada yang 4 kelas. Balik kelas konpem pengsan.

Jangan mengeluh. Nama pun 'belajar'. So rilex je la. Ikhlaskan hati. Tenangkan jiwa. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya. Amin.

Sepanjang seminggu ni, aku rasa ada sedikit perubahan yang aku lakukan.

Dari segi pengurusan masa, kini lebih teratur. Tak banyak 'berfoya2' macam sem sebelum ni.

Dari segi pengurusan nota, kini lebih kemas dan teratur.

Dari segi pengurusan duit, lebih teratur, lebih berjimat, tak macam sebelum ni, aku terkenal dengan sikap boros, kalau boleh semua benda aku nak beli. Mungkin kerana lebih memikirkan masa depan. *Agak skema ayat di situ... HAHA*. 

Omongan kosong tapi bermakna :
"Habis belajar insyaAllah dalam umur 24 tahun, dah la fresh graduate, takde pape asset langsung. Membe2 lain semua dah ada kete n rumah sendiri. Aku? Baru bertatih untuk mulakan hidup baru". Haaaaa.... Tak ke fikir pasal masa depan tu. ^_^

Kakak aku selalu bersyarah kat aku :
"Najwa, cuba kalau belanja tu beringat sikit, setiap duit yang ko keluarkan tu ko kena bayar balik tao, semua tu hutang tao''. Sentap beb dengar. Haha.

Hmm. Tu la sedikit sebanyak cerita pasal sem baru ni. Ape yang penting, baru first week dah ada kerja yang menanti. Ehem! Normal tu. Haha.

Ehem. Nasihat tok korang2 yang baru start sem : Semangat yang ada jangan biar ia pudar ditelan zaman.





AN : Jumpa lagi. Salam.



Sunday, September 2, 2012

Janji ditepati


Janji ditepati.

Kita mesti balas budi.

Haish bosan lak dengar.

Bila nak PRU ni, tak sabar nak ngundi.

First time woo.

Heh.


AN : Cukup2lah kutuk sana sini. Makin menyampah lak dengar. Haish dunia2.



Selamat Hari Raya


Assalammualaikum w.b.t.

Hye! Long time no see.

Btw dikesempatan ni nak ucapkan :

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin.

Kepada semua yang mengenali diri ni.

Salah silap harap dimaafi.

Raya lebih bermakna bila dapat berkumpul dengan keluarga tersayang.

Satu benda yang sukar untuk dilaksanakan. Tapi raya kali ni menyatukan kami semula.



 Adik beradik


Bersama sepupu


Keluarga besar MakNah



AN : Ada rezeki kita jumpa lagi.