Thankz 4 being my followers

Tuesday, July 17, 2012

Filem Melayu Sekarang


Entry lepas geram..

Haisshhhh. Aku tak paham betul la, kenapa filem melayu sekarang suka sangat ketengahkan unsur seks, prono n yang seangkatan dengannya lah. Kalau tak unsur berat, yang ringan2 pun mesti ada.

Sakit mata, hati n jiwa aku tengokkan.

Adakah ni salah satu cara untuk tarik penonton?

Ada pengarah kata "Nak kasik pengajaran kepada penonton". 

Kalau untuk penonton yang umur 18 tahun ke atas mungkin boleh jadikan pengajaran tapi untuk yang 18 tahun ke bawah macammana?

Benda2 macam ni jadi panduan untuk diaorang buat. "Owh macam ni cara nak jual dadah. Owh macam ni cara nak jual badan. Owh macam ni cara nak lari rumah. Owh macam ni cara nak gugurkan anak luar nikah". What the heck wey!

Serius beb aku hangin gila bila tengok cita2 melayu sekarang ni. Asik dok tambah dosa je menyumpah cite2 yang ada ni. Mungkin ada yang kata "Kalau tak suka apesal kau tengok".

Aku tengok cerita melayu sebab aku nak support filem melayu *cehhh ayattt*. Betul la beb. Tapi hasilnya sangat menghampakan.

Kadang2 cerita yang ada, awal2 kita nampak flow dia, tapi bila hujung2 dah merapu tah pape. Aku rasa cerita katon lagi banyak kasik moral berbanding filem melayu. Cuba korang tengok cite wonder pets, even benda tu katon tapi ada moral tersendiri " Apa yang penting?? Kerjasama!! "

Sekarang kan zaman MODEN, kau kena paham tu Najwa. Moden tak moden, filem2 dulu boleh je laku walaupun takde unsur2 macam ni?

Tepuk dada tanya hati.

Ok bai.


AN : Detective Conan gak tetap di hati. Heh.



9 263 Contengan Jalanan:

MEOR ! said...

filem melayu sekarang memang lah,kalau ikut ranking kita dengan negara jiran seperti indonesia dan thailand kita jauh ketinggalam dalam bidang perfileman.

bukan apa,filem-filem negara luar sibuk paparkan kehebatan dan kelebihan bangsa dan agama masing masing,tapi filem malaysia menunjukkan kebodohan.
tunjuk runtuhnya sosial masyarakat,ajar masyarakat memilih jalan hitam.

tapi kita tak boleh salahkan pengarah dan penerbit semata mata,kita kena kaji kenapa jaid macam ni?
senang je,sebab filem yang memaparkan kebodohan masyarakat je laku,bila penagrah dan penerbit hasilkan filem berkualiti dan luar daripada kotak,maka takkan ada orang pandang,lepas tu pengkritik bsing cakap tak dapat sambutan.
dan dorang terus menghasilkan filem yang memaparkan kebodohan masyarakat kita sebab filem macam ni je yang dapat sambutan daripada rakyat malaysia..;)

fara aieda said...

betul tu kak wa!...seriusly, org sokong gile2....
cite melayu zaman sekarang ni, ntahhape2..itu nk tunjuk, ini nk tunjuk.org yg pompuan ni pon malu nak tgk..lelaki yg idung belang tu sume suke la...isyhhhh..peluk2 sgale bagai...sengal ubi la...

An Najwa said...

meor : haha. betul ape yg ko cakap tu. "filem yang memaparkan kebodohan masyarakat je laku".

benda ni la yg menunjukkan melayu rendah di mata dunia.

fara : yappp betul tu, malu gile la, sampai terfikir "ape perasaan suami n family pelokon tu bila dyorg berlakon mcm ni".

kalau tgk wayang akk lebih prefer tgk cite katun drp cite lain. baru lepas tgk iceage, best n comel! hehe

Anonymous said...

filem indon lebih memberi impac.. suka sangat dengan filem2 islamic diorang, seperti SANG PENCERAH dan DIBAWAH LINDUNGAN KABAH. two thumbs up!

An Najwa said...

anon : betul tu...cite di bawah lindungan kaabah memang best...byk pengajaran...cite sang pencerah x tengok lg la...

eri karinih said...

wah senang dan bangga rasanya film2 Indonesia di apresiasi oleh orang malaysia.fyi..trend perfilman Indonesia saat ini yaitu film2 idealis.film2 sampah seperti horor berbau sex sudah hampir tidak ada.fyi pula,drama tv (sinetron)Indonesia sebagian besar di kuasai oleh producer keturunan India,dan maaf bukan bermaksud rasis,tapi producer2 India inilah yang suka membuat drama sampah.Lain halnya dengan producer lokal(pribumi)yang selalu membuat drama berkualitas karena memiliki nilai2 luhur budaya dan moral di dalamnya.

eri karinih said...

wah senang dan bangga rasanya film2 Indonesia di apresiasi oleh orang malaysia.fyi..trend perfilman Indonesia sekarang yaitu film2 bertema idealis dan banyak mengangkat budaya kearifan lokal.Film2 sampah seperti horor berbau sex sudah hampir tidak ada di sini.jika Anda sempat silakan cari info film2 di bawah ini DI you tube,ini film2 recomended terbaru :
5 CM
ATAMBUA 39 DERAJAT CELCIUS
BELENGGU
TANAH SURGA KATANYA
CITA-CITAKU SETINGGI TANAH
HASDUK BERPOLA
MODUS ANOMALI
NEGERI 5 MENARA
LOVELY MAN
HABIBIE AINUN
DEMI UCOK
PERAHU KERTAS
CINTA TAPI BEDA
3SUM
RAYYA'CAHAYA DIATAS CAHAYA'
BERANDAL-BERANDAL CILIWUNG
SOEGIJA
MATA TERTUTUP
RUMAH DI SERIBU OMBAK
TESP PACK YOU'RE MY BABY
HELLO GOODBYE
JAKARTA MAGHRIB
SANUBARI JAKARTA
HISTERIA
RECTOVERSO
MADRE


An Najwa said...

thanks eri karinih atas komen yg diberikan...salam ukuwah... ^_^

Syam said...

Nambahin bro diatas

Soekarno: indonesia merdeka
Sokola rimba
Haji backpacker
Sang pemimpi

Apalagi ya? Salan ukhuwah
Visit my Blog
mrsyamriiz.blogspot.com