Thankz 4 being my followers

Tuesday, July 24, 2012

5 tahun


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni tanggal 24 Julai 2012, genap lima tahun umi pergi.

Sebak, sayu, sedih, semua ada la.

Lagi sayu bila tiba bulan Ramadhan.

Tipu kalau aku kata aku tak rindu.

Tipu kalau aku kata aku tak jeles bila tengok membe2 aku hangout dengan mak diaorang, pergi jalan sama2, sahur n buka sama2, terawih sesama, n buat kuih raya sama2...

Tipu kalau aku kata aku 'ok' bila kawan2 aku tanya 'kau ok tak ni?'

Be strong Najwa! Ko kan kuat. *Cehhh...HAHA*


Lima tahun.

Aku banyak belajar sendiri.

Belajar untuk berdikari, belajar untuk berpijak di bumi yang nyata. *Ayatttt....HEH*


Al-Fatihah untuk umi tersayang ' Puan Misrah binti Mohd Jani '

Pesanan daripada umi (tercoret di belakang gambar lama) :


" Sembahyang jangan tinggal. Semoga anak2 umi menjadi anak2 yang soleh dan solehah, dikurniakan dengan suami yang soleh dan isteri yang solehah. Berjasa kepada kedua orang tua. Selalu jenguk orang tua dekat kampung. Dikurniakan pekerjaan yang baik dan halal, yang memberi kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat. Jangan sombong, Allah tak suka kepada hambaNya yang sombong. "


InsyaAllah umi. Amin. Salam.


AN : Miss her so much!



4 263 Contengan Jalanan:

puteri farah said...

Kak Wa sangat tabah dan kuat. kita yang jeles dengan ketabahn dan kekuatan kak wa. Akak pasti boleh berjaya kelak ! Dunia, juga akhirat. InsyaAllah . :) Al Fatihah buat ummi kak wa. ♥

An Najwa said...

Faeah : Thanks dear! Amin. InsyaAllah. ^_^

fara aieda said...

kak wawa..tabah eh..
=)

An Najwa said...

orait..thanks dear! ^_^