Thankz 4 being my followers

Tuesday, July 24, 2012

5 tahun


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni tanggal 24 Julai 2012, genap lima tahun umi pergi.

Sebak, sayu, sedih, semua ada la.

Lagi sayu bila tiba bulan Ramadhan.

Tipu kalau aku kata aku tak rindu.

Tipu kalau aku kata aku tak jeles bila tengok membe2 aku hangout dengan mak diaorang, pergi jalan sama2, sahur n buka sama2, terawih sesama, n buat kuih raya sama2...

Tipu kalau aku kata aku 'ok' bila kawan2 aku tanya 'kau ok tak ni?'

Be strong Najwa! Ko kan kuat. *Cehhh...HAHA*


Lima tahun.

Aku banyak belajar sendiri.

Belajar untuk berdikari, belajar untuk berpijak di bumi yang nyata. *Ayatttt....HEH*


Al-Fatihah untuk umi tersayang ' Puan Misrah binti Mohd Jani '

Pesanan daripada umi (tercoret di belakang gambar lama) :


" Sembahyang jangan tinggal. Semoga anak2 umi menjadi anak2 yang soleh dan solehah, dikurniakan dengan suami yang soleh dan isteri yang solehah. Berjasa kepada kedua orang tua. Selalu jenguk orang tua dekat kampung. Dikurniakan pekerjaan yang baik dan halal, yang memberi kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat. Jangan sombong, Allah tak suka kepada hambaNya yang sombong. "


InsyaAllah umi. Amin. Salam.


AN : Miss her so much!



Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk bertemu kembali di hari ke-2 bulan Ramadhan.

Baru hari ni sempat online, so dikesempatan ni nak wish :


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan




Tingkatkan amalan dan kurangkan makan  ^_^


Jumpa lagi. Salam.


AN : Sampai satu masa.



Tuesday, July 17, 2012

Filem Melayu Sekarang


Entry lepas geram..

Haisshhhh. Aku tak paham betul la, kenapa filem melayu sekarang suka sangat ketengahkan unsur seks, prono n yang seangkatan dengannya lah. Kalau tak unsur berat, yang ringan2 pun mesti ada.

Sakit mata, hati n jiwa aku tengokkan.

Adakah ni salah satu cara untuk tarik penonton?

Ada pengarah kata "Nak kasik pengajaran kepada penonton". 

Kalau untuk penonton yang umur 18 tahun ke atas mungkin boleh jadikan pengajaran tapi untuk yang 18 tahun ke bawah macammana?

Benda2 macam ni jadi panduan untuk diaorang buat. "Owh macam ni cara nak jual dadah. Owh macam ni cara nak jual badan. Owh macam ni cara nak lari rumah. Owh macam ni cara nak gugurkan anak luar nikah". What the heck wey!

Serius beb aku hangin gila bila tengok cita2 melayu sekarang ni. Asik dok tambah dosa je menyumpah cite2 yang ada ni. Mungkin ada yang kata "Kalau tak suka apesal kau tengok".

Aku tengok cerita melayu sebab aku nak support filem melayu *cehhh ayattt*. Betul la beb. Tapi hasilnya sangat menghampakan.

Kadang2 cerita yang ada, awal2 kita nampak flow dia, tapi bila hujung2 dah merapu tah pape. Aku rasa cerita katon lagi banyak kasik moral berbanding filem melayu. Cuba korang tengok cite wonder pets, even benda tu katon tapi ada moral tersendiri " Apa yang penting?? Kerjasama!! "

Sekarang kan zaman MODEN, kau kena paham tu Najwa. Moden tak moden, filem2 dulu boleh je laku walaupun takde unsur2 macam ni?

Tepuk dada tanya hati.

Ok bai.


AN : Detective Conan gak tetap di hati. Heh.



Monday, July 16, 2012

Celoteh petang2 kala..


Assalamualaikum w.b.t.

Hello guys! Long time no see la..

Ada banyak nak kata, ada banyak nak cerita, ada benda nak bicara, n ada rindu bertandang dijiwa. *cehhh!! hahahaha*

Semalam 15.07.2012 tepat pukul 5.15 petang, maka berakhirlah sem 4 aku kat KBM ni. Abes paper muka masing2 sedih gila sebab paper susah. Pape pun hopefully lulus la semua paper yang aku amek sem ni. Amin. Doakan aku k. Tq guys!

Betul kata senior, sem 4 sem paling mencabar sepanjang amek degree ni. Tapi takpe benda dah lepas, yang penting semua dah settle.

Kita tutup cite pasal belajar, n sekarang just nak say :


YEAHHHH!!! CUTI SEM DAH TIBA!!!
Excited! Sebab ni la masa yang kiteorang nanti2kan..
Lupakan hal dunia sekejap..hehe


Kurang lebih ada dalam dua bulan gak aku cuti. Plan2 nak kerja tapi taktau lagi kat mana. Kalau tak kerja pun mybe duduk kat uma jela, tunggu orang masuk minang.. Keh3.. Opsss! Lebih sudah..hehe


HAPPY HOLIDAYS GUY!


Cite lain, di kesempatan ni aku nak ucapkan TAHNIAH kat member2 UiTM Segamat yang dapat further degree, dengar2 ramai yang dapat kat utara. Merantau la korang kat negeri orang. Yang sodeh xde pun yang dapat kat Melaka, saje sabotaj aku la tu. HEHE.


TAHNIAH...TAHNIAHHH.....TAHNIAHHHHH....!!!





Rindu kat semuaaaaa.......



Walau kat mana pun korang tercampak, jangan sedih yep, niat tu penting, niat kita nak belajar, so belajar betul2 jangan terpedaya dengan arus dunia. Ada kehidupan yang lebih mencabar tengah menanti korang. Pandai2 jaga diri kat tempat orang, pandai2 bawa diri tapi jangan sampai ubah diri.

Cite lain : Aku dah boleh mengundi. Tak sabar ni. kekekeke!

Cite lain : Hari Sabtu ni dah start puasa Tak sabar nak puasa dengan family. Tapi agak2 tercapai tak hasrat tu? Hmm.. Biarlah masa yang tentukan.


Hope Ramadhan kali ni memberi seribu pengertian kepada diri kita.

Let's recharge our IMAN.


Sekarang jam menunjukkkan pukul 7.31 petang, aku still ada kat A.Y.A.M lagi, membe2 aku sume dah balik ke rumah masing2, nampak sangat aku sayang ayam lebih kan?HAHA

K la guys, dah maghrib ni, see yaaa.

Salam.


AN : Attitude and personality are two different things.


Friday, July 13, 2012

Mantera Beradu (M.Nasir feat Malique)


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni aku rasa aku nak share pasal lagu. Aku rasa korang mesti familiar dengan lagu ni kan. Lagu yang penuh dengan maksud yang tersurat dengan tersirat. Lagu ni puitis habis sampai aku sendiri tak dapat nak tafsir maksud dia secara penuh. 

Sape rasa die terror meh explain maksud penuh lagu ni.... Lai... Lai... Lai........ ^_^




Masih belum sempurna

Bismillah!

(M.Nasir)
Gerakkan Hati Hati gerakkan Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang peta dah hilang bangau dah pulang suara sumbang..

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

(Suara Latar)
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique + M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu

Puisi hati mu hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna.
__________



Tuesday, July 3, 2012

Marah


Marah tanda amarah.

Marah bertanding dengan sabar.

Sabar bukan kelemahan amarah.

Tapi itulah kekuatan yang sebenar.



Sunday, July 1, 2012

Dapat lagi...


Assalammualaikum w.b.t.

Ehem2 dengan ini secara rasminya saya ingin mengatakan bahawa

saya dapat lagi benda ni..

hardisk seagate..




Thanks to kak ejun for giving this to me.

You are my beautiful...*ayat bodek! HAHA*



AN : Untung jadi anak bongsu.....kan.... ^_^