Thankz 4 being my followers

Saturday, June 2, 2012

Seminggu Berlalu


Assalamualaikum w.b.t.

Lama dah tak update blog. Ada rindu bertandang dihati. *Cehhhh, ayat biasa. HAHA*

Ehem. Hari ni hari Sabtu, pagi2 lagi aku dah terpacak kat bumi Melaka ni. Excited la kau Najwa. Ni bukan excited namanya tapi sukarela terpaksa.

Cuti seminggu semperna hari gawai akan berakhir esok, dan hari Isnin ni akan bermula minggu2 kritikal sebelum final exam. Cepat kan masa berlalu? Rasa baru semalam start sem tapi sekarang tau2 dah nak final.

Cuti kali ni agak best tapi penat.

Starting hari Jumaat minggu lepas aku dah balik Muar jadik bibik penjaga sementara untuk puteri2 Cik Nurul. Dalam 4 hari ada lah. Kali ni memang aku rasa penat gile n buat aku terfikir " Macamana nanti kalau aku dah kawin dengan penat kerja, balik rumah nak kene layan kerenah anak2 then masak untuk suami, nak kene kemas rumah lagi "

Serius penat. Cuba korang bayangkan macamana mak korang jaga korang lagi la kalau korang ada 10 orang adik beradik. Tunggang langgang idup tao. Mungkin sebab aku dah lama tinggalkan dunia suri rumah ni, n sekali start memang collapse abes la.

Tapi dalam masa jadi bibik penjaga tu sempat gak aku berjalan2 kat Melaka, Ahad petang aku gerak p Melaka dengan abg Omar, tunang dia n puteri2 Cik Nurul (dah macam mak orang bawak anak2 berjalan, sekali 3 orang lak tu aku angkut sama).

Memula kiteorang decided nak pergi zoo, tapi sampai2 dah pukul 5.40 petang n orang kaunter tu kata kalau nak masuk gak kene kuar before pukul 6. So tak jadi la nak masuk zoo. Sampai lewat sebab sesat. Perasan aku kalau dari Muar ke Melaka terus je nanti akan jumpa zoo, tapi tak jumpa2. Walaupun aku stay Melaka ni dah setahun lebih tapi kalau suruh aku tujuk jalan konpem sesat. HAHA.

K then decided nak p Menara Taming Sari. Baru first time naik walaupun aku dah lama hidup kat Melaka. Excited abes la, lagi kecoh bila ada budak2 tu. Then kitaorang naik muzium kapal. Then beratur naik river cruise *Dekat satu jam beratur naik pitam aku, tapi dak2 tu cool je. Kecoh la kau Najwa*. Dalam pukul 10.30 baru settle semua then terus balik Muar cari makan, masing2 kelaparan.

Isnin tu still jaga budak2 tu sekejap.

Pagi Selasa aku gerak balik Kulai rumah Kak Ejun, n macam biasa jadi tukang basuh baju kat rumah dia. *Pengsan terus*

Pagi Rabu aku gerak balik Kota. Sampai dalam pukul 11 pagi then Jiha datang rumah, ajak aku buat assignment kat CC. Malam pun sambung buat assignment. (Tapi aku tak rasa yang aku buat assignment, buat benda lain ada r, waste time macam tu je)

Ari Khamis dok melayan adik aku. Dengar dia cakap tak berenti and then tido memanjang, mybe penat sangat.

Pagi Jumaat dah gerak balik Muar sebab adik aku ada trip pergi Langkawi malam tu, so kena anta dia balik Muar.

At last masa aku banyak habis kat atas jalan je.

Hari ni pagi2 lagi aku dah gerak balik Melaka. Plan2 balik Melaka awal nak mengadap assignment, tapi harapan la. Mata pun dah berat semacam ni. Haha.

Ok aku rasa tu je yang aku nak share, ni penangan rindu nak menulis la ni. K c yaaaa. Salam.



AN : Tiga minggu kritikal bakal menjelma hopefully aku dapat tempuh dengan gumbira
Aja2 fightin Najwa. Go! Go! Go! *Cehhh..HAHA..Kbaiii*


5 263 Contengan Jalanan:

Are-Tulk said...

wah~~~ betul bersarang blog akak... hehehehe ;p

farot said...

kak wa if ktwg turun melaka kak wa jd ktwg pnye "pemandupelancong" eak... tapi tak nak la sesat-sesat hehe

An Najwa said...

amir : hehe biasa la, nak kerah idea tu take time 2 3 hari...cehhh...hahaha

farot : boleh aje tapi kat bandar melaka je la, tempat lain taktau...haha

Kuronofu91 said...

takutnya final exam...huhuhu

An Najwa said...

kuro : yup tau takpe...byk lagi tak cover ni..