Thankz 4 being my followers

Saturday, June 30, 2012

Unexpected Questions...


" Bila habis belajar? Nak anta minang ni.. "

Whoa...unexpected questions.

But, no answers.

Takut bila mengatakan tentang jodoh.

Hey, dah sampai masa la..

Ehem2, belum lagi bila kita rasa banyak lagi tanggungjawab yang belum terlaksana.

Tapi sampai bila?

Bila sampai masanya.


AN : ada suara berkata " Aku tak sabar nak jadi fairy untuk kau " HAHA Tebiat ~~~~



Thursday, June 28, 2012

Adakalanya..


Adakalanya aku sibuk dengan urusan dunia

Adakalanya aku leka dengan arus dunia

Adakalanya aku alpha dengan kemewahan dunia

Tanpa memikirkan akhirat yang bakal menjelang tiba...



AN : Sepatah kata. Seuntai rasa. Serangkap perkataan.



Monday, June 25, 2012

Final exam


Assalamualaikum pembuka bicara. Entry ini ditujukan khas buat tatapan teman2 yang jauh dimata dekat dihati. *Sudahlah kau, Najwa, usah berpuitis di pagi hari. Kah3.*

Hoyeah gua rasa dah lama gua tak hupdate blog ni. Rindu nak menaip beb. *Err..bukan selalu menaip asssignment ke? Assignment tu lain, blog ni lain*

Kadang2 every single thing yang berlaku pada kita, semua kita nak share dekat public kan.

Tapi ada benda yang kita tak boleh nak share.

Anyway. Alhamdulillah aku berjaya menempuh 3 minggu yang kritikal sebelum final exam. Walaupun adakalanya rasa macam hopeless sangat nak belajar. Penat. Sangat. Sangat penat. Penat belajar n penat nak melayan kerenah orang sekitar. Rilex la Najwa..

"The root of education is bitter but the fruit is sweet"

Tak baik merungut. Sabar.

Ehem2. Ok2 itu aje muqaddimah aku untuk hari ni. HEHE.

Update terbaru. Just nak say "Final is around da corner"

Aku start paper hari rabu ni. Study pun macam tak study je.

Time orang tidur, aku dok berjaga, time aku tidur orang lain berjaga.

Dah macam kupu2 malam laks! Opsss! Not like dat. Aku berjaga sebab study k. *Cehhh..study la sangat, banyak buat benda lagha ada la! Biasa la Kak Wa kan ~ayat housemate aku~ weeeee~~~*

Adoi. Emosi tengah tak stabil, rindu pada mereka2......... Rindu kat abi, umi, kakak, kak ejun, abg omar, adik ain, kawan2 sekolah, kawan2 kat segamat, n kawan kawan kawan la.............

Rasa nak pergi jumpa semua orang, tapi......................................

Takde ayat sambungan.

Ok dah merepek ntah pape.

Sekarang jam menunjukkan pukul 5:33:18, aku nak tido, pukul 8 nanti ada bengkel FAR400.

Syabas Najwa.

Wish me luck k guys? Pray for me. Thank you.

See ya. Salam.







AN : Kedengaran mereka bersorak "GOLLL!!"! Frust tak dapat tengok game pagi ni. Kbai.


Saturday, June 16, 2012

Miss


Miss my mom so much!

No words can describe it!

Al-fatihah.
  
"Puan Misrah binti Mohd Jani"

You are the number one for me.






Wednesday, June 13, 2012

Study with FB






Result : Study 10%, FACEBOOK 90%

Keep it up Najwa!


AN : Sedarlah wahai diri. ^_^



Saturday, June 2, 2012

Seminggu Berlalu


Assalamualaikum w.b.t.

Lama dah tak update blog. Ada rindu bertandang dihati. *Cehhhh, ayat biasa. HAHA*

Ehem. Hari ni hari Sabtu, pagi2 lagi aku dah terpacak kat bumi Melaka ni. Excited la kau Najwa. Ni bukan excited namanya tapi sukarela terpaksa.

Cuti seminggu semperna hari gawai akan berakhir esok, dan hari Isnin ni akan bermula minggu2 kritikal sebelum final exam. Cepat kan masa berlalu? Rasa baru semalam start sem tapi sekarang tau2 dah nak final.

Cuti kali ni agak best tapi penat.

Starting hari Jumaat minggu lepas aku dah balik Muar jadik bibik penjaga sementara untuk puteri2 Cik Nurul. Dalam 4 hari ada lah. Kali ni memang aku rasa penat gile n buat aku terfikir " Macamana nanti kalau aku dah kawin dengan penat kerja, balik rumah nak kene layan kerenah anak2 then masak untuk suami, nak kene kemas rumah lagi "

Serius penat. Cuba korang bayangkan macamana mak korang jaga korang lagi la kalau korang ada 10 orang adik beradik. Tunggang langgang idup tao. Mungkin sebab aku dah lama tinggalkan dunia suri rumah ni, n sekali start memang collapse abes la.

Tapi dalam masa jadi bibik penjaga tu sempat gak aku berjalan2 kat Melaka, Ahad petang aku gerak p Melaka dengan abg Omar, tunang dia n puteri2 Cik Nurul (dah macam mak orang bawak anak2 berjalan, sekali 3 orang lak tu aku angkut sama).

Memula kiteorang decided nak pergi zoo, tapi sampai2 dah pukul 5.40 petang n orang kaunter tu kata kalau nak masuk gak kene kuar before pukul 6. So tak jadi la nak masuk zoo. Sampai lewat sebab sesat. Perasan aku kalau dari Muar ke Melaka terus je nanti akan jumpa zoo, tapi tak jumpa2. Walaupun aku stay Melaka ni dah setahun lebih tapi kalau suruh aku tujuk jalan konpem sesat. HAHA.

K then decided nak p Menara Taming Sari. Baru first time naik walaupun aku dah lama hidup kat Melaka. Excited abes la, lagi kecoh bila ada budak2 tu. Then kitaorang naik muzium kapal. Then beratur naik river cruise *Dekat satu jam beratur naik pitam aku, tapi dak2 tu cool je. Kecoh la kau Najwa*. Dalam pukul 10.30 baru settle semua then terus balik Muar cari makan, masing2 kelaparan.

Isnin tu still jaga budak2 tu sekejap.

Pagi Selasa aku gerak balik Kulai rumah Kak Ejun, n macam biasa jadi tukang basuh baju kat rumah dia. *Pengsan terus*

Pagi Rabu aku gerak balik Kota. Sampai dalam pukul 11 pagi then Jiha datang rumah, ajak aku buat assignment kat CC. Malam pun sambung buat assignment. (Tapi aku tak rasa yang aku buat assignment, buat benda lain ada r, waste time macam tu je)

Ari Khamis dok melayan adik aku. Dengar dia cakap tak berenti and then tido memanjang, mybe penat sangat.

Pagi Jumaat dah gerak balik Muar sebab adik aku ada trip pergi Langkawi malam tu, so kena anta dia balik Muar.

At last masa aku banyak habis kat atas jalan je.

Hari ni pagi2 lagi aku dah gerak balik Melaka. Plan2 balik Melaka awal nak mengadap assignment, tapi harapan la. Mata pun dah berat semacam ni. Haha.

Ok aku rasa tu je yang aku nak share, ni penangan rindu nak menulis la ni. K c yaaaa. Salam.



AN : Tiga minggu kritikal bakal menjelma hopefully aku dapat tempuh dengan gumbira
Aja2 fightin Najwa. Go! Go! Go! *Cehhh..HAHA..Kbaiii*