Thankz 4 being my followers

Wednesday, April 11, 2012

Politik


Assalammualaikum w.b.t.

Mari kita berbicara tentang politik. Ehem.

Kerana politik kita berbalah

Kerana politik kita bergaduh

Kerana politik kita bermasam muka

Kerana politik kita saling menipu

Kerana politik kita alpa dan leka

Kerana politik kita saling mengaibkan antara satu sama lain

Kerana politik kita keliru

Semua kerana politik

Semua kerana PRU yang akan diadakan tak lama lagi. Ehem lagi.

Setiap orang ada hak untuk barcakap tentang politik

Apa salahnya semua parti kat Malaysia ni bergabung dan memerintah berlandaskan syariat Islam. Tapi. Itu mustahil.

Aku tak suka bilamana kita pergi satu progam WAJIB tu and then ada isu politik dibangkitkan, ada yang boleh terima apa yang penceramah cuba sampaikan tapi ada yang tak boleh terima. Lagi bengang kalau tiba time 'mengaib2kan' satu pihak.

Aku tau isu ni dibangkitkan sebab nak 'brainwash' otak2 mahasiswa/i yang ada.

Tapi masing2 dah boleh fikir apa yang terbaik untuk mereka.

Cerita lain :

Minggu lepas aku ada discussion dengan membe2 aku pasal politik, perbincangan umum tanpa menyebelahkan mana2 pihak.

At last kesimpulan yang kami dapat : 

Bagi yang dah boleh mengundi apa kata kita buat SOLAT ISTIKHARAH untuk PRU kali ni, itulah jalan yang terbaik.

Memula aku agak terkedu bila kawan aku cakap macam tu, yela biasanya kita solat istikharah ni untuk kita temu jodoh, tak pernah lak dengar orang wat untuk PRU. Tapi at last, aku ngaku memang ada betulnya apa yang dia cakap tu. Sebab kita takut apa akan jadi pada negara bilamana ada pihak yang mintak bantuan negara luar, mungkin negara kita akan dijajah semula seperti sebelum ni? Mintak dijauhkan.

Then, hari isnin masa kelas CTU, ada perbincangan tentang politik secara umum, Ustazah cakap "Satu cara yang semua orang boleh bual adalah dengan DOA, moga diberi pertunjuk apa yang terbaik untuk kita"

Aku rasa ni kali kedua aku berbicara tentang politik, yang kali pertama korang boleh KLIK SINI.

K itu aje PANDANGAN AKU untuk kali ni. Salam.






AN : First time nak ngundi. EXCITED! ^_^



0 263 Contengan Jalanan: