Thankz 4 being my followers

Sunday, April 29, 2012

Biar masa yang menentukan


Assalamualaikum w.b.t.

Biar masa yang menentukan.

Aku tergelak bila tengok komen2 dari mukabuku bila aku update status macam ni.

Hey macam2 la korang ni..

Mungkin ada yang terasa bila aku update status ni.

Tapi tu lah hakikat sebenar.

Aku tak boleh nak kata apa cuma biarlah masa yang menentukan.

FB ni ada baik ada buruknya.

Terkadang kita ter'sentap' bila tengok status orang lain.

Hmm. Biasalah manusia kan.

K la, esok dah start kelas, n untuk minggu ni ada 3 test menanti.

Hmmm. Pengsan sekejap.

Kbaiii.

Salam.



AN : Detik itu waktu itu n ketika itu.



Saturday, April 28, 2012

Coretan hari terakhir di rumah



Hari ini

Hari terakhir berada di rumah

Hari terakhir bermalam di rumah

Seminggu berlalu bagai angin lalu

Hari pertama : "Najwa bila kau sampai?"

Hari kedua : "Tinggal sorang aje?"

Hari ketiga : "Najwa, aku balik hari ni"

Hari keempat : "Najwa, jom teman aku?"

Hari kelima : "Najwa, kalau aku, tak hidup tinggal sorang kat rumah?"

Rumah besar tapi kosong

Rumah besar tanpa ada suara berbual

Rumah besar tanpa ada suara tv dan juga suara radio

yang ada hanyalah 'suara' laptop mendendangkan lagu "aku maafkan kamu"

Sepi bosan kosong

Terkadang ada suara bertanya "Nak makan apa2 tak?"

Jawapan yang dilontarkan "Nanti saya cari sendiri"

Jiran kata "Baguslah kau balik Najwa"

Terkadang hati terdetik nak jadikan rumah ni rumah anak yatim

Kasihan mereka yang di luar sana tiada tempat berlindung

Hari berlalu begitu sahaja

Hari keenam : "Abi, hari ni saya nak balik Melaka"

Ada sedu di hujungnya, ada air mata mengalir di pipi tua itu

Mata ini tak mampu lagi memandang, hanya langkah kaki dihanyun tanpa menoleh ke belakang.



AN : Sebulan lagi saya balik Abi.



Monday, April 23, 2012

Cuti


Assalamualaikum w.b.t.

Yeah cuti datang lagi

Masa untuk bersenang-lenang seketika.

N lupakan buku seketika.

Ceh, xsedar diri, naik cuti 5 test menanti. Hmmmm.

Anyway, happy holiday guys!

Kbaii..



Wednesday, April 18, 2012

Free Education?


Free Education?

No need la.

Based on my own experience..

Kita jarang hargai benda yang kita dapat percuma.

Tapi kita akan lebih hargai benda yang kita dapat secara berbayar.






AN : Cuba renungkan.




Tuesday, April 17, 2012

When it comes to "S"











AN : Credit to pakcik google for da picxa.




Monday, April 16, 2012

Untuk kau


Jujur. Aku kecewa.


Tipu kalau aku kata, aku tak kecewa.


Kau yang pertama dan aku harap kau juga yang terakhir (kalau jodoh kita panjang).

Aku tak sempurna dan kau pun tak sempurna.

Tapi apa yang terbaik, muhasabah diri.

Jangan ulangi kesilapan lalu.

Tuhan tu Maha Pengampun.

Mungkin kali ni aku boleh terima, walaupun aku kecewa.

Mungkin lain kali, susah untuk aku terima.

Aku perlukan pembimbing.

Kau pun sama.

Sama2 baiki diri.

Aku hanya mampu bagi nasihat sebab aku tak ada hak kat kau, dan juga sebaliknya.

Kita belum ada apa2 ikatan.

Kita masih kawan.

Aku harap sangat kau tak ulangi kesilapan lalu.

Aku perlukan pembimbing hidup di dunia & di akhirat kelak.

Aku rasa kau pun paham maksud lagu yang aku kasik kat kau tu.



AN : Aku harap kau faham apa yang cuba aku sampaikan ni. Salam.



Friday, April 13, 2012

Kosong


Kosong.

Terkadang hidup terasa kosong.

Tanpa keluarga disisi.

Tanpa teman penghibur dihati.

Tanpa iman terisi didada.

Tapi.

Hidup itu terasa sangat bererti.

Bilamana.

Adanya keluarga disisi.

Adanya teman, peneman kala sunyi.

Adanya iman terisi didada.




AN : Puitis? Sarkastik?


Wednesday, April 11, 2012

Politik


Assalammualaikum w.b.t.

Mari kita berbicara tentang politik. Ehem.

Kerana politik kita berbalah

Kerana politik kita bergaduh

Kerana politik kita bermasam muka

Kerana politik kita saling menipu

Kerana politik kita alpa dan leka

Kerana politik kita saling mengaibkan antara satu sama lain

Kerana politik kita keliru

Semua kerana politik

Semua kerana PRU yang akan diadakan tak lama lagi. Ehem lagi.

Setiap orang ada hak untuk barcakap tentang politik

Apa salahnya semua parti kat Malaysia ni bergabung dan memerintah berlandaskan syariat Islam. Tapi. Itu mustahil.

Aku tak suka bilamana kita pergi satu progam WAJIB tu and then ada isu politik dibangkitkan, ada yang boleh terima apa yang penceramah cuba sampaikan tapi ada yang tak boleh terima. Lagi bengang kalau tiba time 'mengaib2kan' satu pihak.

Aku tau isu ni dibangkitkan sebab nak 'brainwash' otak2 mahasiswa/i yang ada.

Tapi masing2 dah boleh fikir apa yang terbaik untuk mereka.

Cerita lain :

Minggu lepas aku ada discussion dengan membe2 aku pasal politik, perbincangan umum tanpa menyebelahkan mana2 pihak.

At last kesimpulan yang kami dapat : 

Bagi yang dah boleh mengundi apa kata kita buat SOLAT ISTIKHARAH untuk PRU kali ni, itulah jalan yang terbaik.

Memula aku agak terkedu bila kawan aku cakap macam tu, yela biasanya kita solat istikharah ni untuk kita temu jodoh, tak pernah lak dengar orang wat untuk PRU. Tapi at last, aku ngaku memang ada betulnya apa yang dia cakap tu. Sebab kita takut apa akan jadi pada negara bilamana ada pihak yang mintak bantuan negara luar, mungkin negara kita akan dijajah semula seperti sebelum ni? Mintak dijauhkan.

Then, hari isnin masa kelas CTU, ada perbincangan tentang politik secara umum, Ustazah cakap "Satu cara yang semua orang boleh bual adalah dengan DOA, moga diberi pertunjuk apa yang terbaik untuk kita"

Aku rasa ni kali kedua aku berbicara tentang politik, yang kali pertama korang boleh KLIK SINI.

K itu aje PANDANGAN AKU untuk kali ni. Salam.






AN : First time nak ngundi. EXCITED! ^_^



Sunday, April 8, 2012

Buku Jalanan


Assalamualaikum pembuka bicara.




Aktiviti : Buku Jalanan

Masa : Sabtu (31/03/2012)

Tempat : Dataran Pahlawan

Aktiviti :

Baca buku

Share pandangan

Kenal 'character' masing2

Tengok environment luar...cehh...HAHA

Santai

Makan MCD


AN : Kadang2 bila kita berdiskusi dengan orang yang diluar daripada bidang kita, kita akan temui jawapan yang berbeza bagi persoalan yang sama.