Thankz 4 being my followers

Tuesday, March 20, 2012

Selamat Pengantin Baru


Assalamualaikum pembuka bicara..

TESTING... TESTING...

3

2

1


 # Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu #
kepak kebom kepak kebom.. ^_^


Ehem2. Entry ni ditujukan khas buat kekandaku tersayang iaitu Kak Ejun yang telah melangsungkan perkahwinan pada tanggal 25/02/2012 *dekat sebulan dah tapi baru aryni aku update..hem2..* Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan hingga ke syurga. Amin.

Agak terharu bila akad nikah dilafazkan *ceh!macam aku lak yang kawen!haha*

Hmm. Nak kata sedih ada la sikit, mana taknya, aku paling rapat dengan kak ejun after umi meninggal. *Amende lah patutnya orang hepi ni sedih..najwa2*

Kalau dulu before kawin, ajak je kak ejun ke mana pun, konpem dia on.

" Kak ejun jom p wayang , karoke , balik uma abi,  shopping , mydin , kipmart , tesco n JPO...errr "

Cakap je, time free mesti dia bawak punya, walaupun dalam kete dia selalu dok bebel :

''Ko memang suka susahkan aku kan''.

Aku just balas :

''Ala Najwa kan adek''.

Maklum lah anak lastkan manja sikit gn kakak n abang *err...manja ke?HAHA*.

Pape pun aku lega gila bila majlis dah selesai. Penat gila, dua minggu dok mengemas rumah non-stop. Tapi at last settle gak semuanya.

Jangan anggap kahwin ni mudah ye kawan2. Semudah menyebut " Mak nak kahwin ", then mak ayah kasik duit, 100% ditanggung oleh parents, memang heaven la hidup.

Aku banyak belajar benda baru sepanjang uruskan majlis kawin kakak aku ni. Dari situ aku belajar cara uruskan majlis perkahwinan -setiap sudut kita kena amibil kira-, cara berbelanja dengan berhemah, cara protokol dalam majlis dan cara cara cara yang lain2 la..HEHE..

Satu lagi benda yang aku belajar iaitu pentingnya peranan keluarga dalam kehidupan kita. Keluarga tu la tempat kita bergantung masa kita susah, jatuh dan bangun kita. Bila ada keluarga kita rasa hidup kita complete sebab masing2 akan support each others. *Lepas ni sape yang nak kawin boleh dapatkan khidmat nasihat aku ye!HAHA*

Apa yang aku rasa best sepanjang majlis ni berlangsung bilamana tengok semua keluarga Mak Nah *nama atok aku* pakai baju sedondon, yang lelaki pakai tshirt printed "Geng Rewang  Keluarga Mak Nah", yang perempuan pakai baju kurung warna purple sponser by mak tok n pengantin tu sendiri.

Lagi satu aku rasa best bila tengok orang kampung + sedara mara aku gotong royong sepanjang majlis tu berlangsung. Kazen2 aku yang dulu berat tulang nak tolong tapi sekarang masing2 rajin2 belaka, mungkin sebab sekarang masing2 dah besar dan boleh fikir apa boleh diaorang buat. Hilang penat bila tengok masing2 tolong menolong antara satu sama lain *agak skema ayat aku disitu!HAHA*.

Just nak say TERIMA KASIH banyak2 kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tak dalam menjayakan majlis kawin ni, jasamu dikenang hingga ke akhir hayatku.

K lah taknak bebel panjang2, sekarang jom kita tengok gambar sepanjang majlis ni berlangsung..






  







 




  







  

Pesanan dari kak ejun : Tak perlu cari suami yang hensem semata sebab ke'hensem'an tu hanyalah sementara tapi cari suami yang ada pegangan agama dan hormat dengan kedua ibu bapa, sebab itulah pendorong hidup kita di dunia dan akhirat.

Ok la tu saja untuk kali ni. Jumpa lagi. Salam.


AN : Ehem! Giliran sape lak lepas ni? Kita tunggu. ^_6



Friday, March 2, 2012

Mahar Cinta


Assalamualaikum pembuka biara.

Hye2 long time no see la. Em, hari tu aku dok usha2 youtube, tetiba jumpa lak lagu ni.

Penuh dengan maksud yang tersurat n tersirat.

Kalau nak dengar full lagu ni korang boleh klik link ni. So hayatilah.


MAHAR CINTA 

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami 
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji


Andainya dapat engkau mendengarkan

Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya....