Thankz 4 being my followers

Wednesday, February 15, 2012

Mood Baru


Mood baru so kena tukar layout baru *weeeeee~~~~*



Doa untuk Kekasih


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Tuhanku, dakaplah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah, dalam penantian penuh kesabaran ini, terkadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku..

Ya Rabb.. Tuntunlah hati hamba agar mahu menerima cinta seorang insan yang benar2 pilihan-Mu, bukan semata-mata pilihan nafsuku.

Ya Rabb.. Jika dia memang terbaik untukku, agamaku, masa depan dunia dan akhiratku, boleh membimbing dan membawaku lebih dekat pada-Mu, Maka dekatkanlah diriku dengan dirinya & satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah, warrahmah. Tapi kalau bukan dia yang terbaik untukku, maka jangan biarkan kekagumanku menjadi suka apalagi cinta, Jadikanlah kekagumanku seperti orang lain kagum padanya. 

Sesungguhnya Engkaulah Maha membolak-balikkan hati kami. Maka ku titipkan rasa ini, kuserahkan semuanya kepada-Mu, kerana semua ini adalah Milik-Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah Engkau catatkan DIA milikku, tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi.

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini ke tepian yang sejahtera dan abadi, maka jodohkanlah kami.

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan DIA bukan milikku, bawalah DIA jauh dari pandanganku, luputkanlah DIA dari ingatanku dan perliharalah aku dari kekecewaan.

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan menolak bayangnya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agar aku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirmu. Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambamu ini.

Ya Allah cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini. Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat yang akan menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang PASANGAN yang beriman agar aku dan DIA sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai, dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.

Ya Allah berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan perliharalah kami dari azab api neraka.

Amin, Ya-Rabbal'Alamin.