Thankz 4 being my followers

Sunday, January 29, 2012

Dalam Kelembutan Ada Ketegasan


Assalamualaikum pembuka bicara.

Hye korang2, okey mood aku tok menaip semula baru sampai *sadisss*

Ehem. Ok kali ni aku nak kongsi satu ayat yang aku rasa sangat menarik bunyi die iaitu :

" Dalam kelembutan ada ketegasan, dalam ketegasan ada pendirian, dalam pendirian ada keteguhan "

Ayat yang sama aku letak kat status mukabuku aku. So far nampak ramai yang sokong ayat tu. Entry kali ni aku nak cakap more tentang perempuan.

Ntah la dua tiga hari ni asik terfikir pasal kelembutan & ketegasan seorang perempuan. 

Setiap orang dilahirkan dengan perangai yang berbeza. Ada perempuan yang dilahirkan dengan sikap lemah lembut, berbudi bahasa sepanjang masa, tapi ada gak yang jenis kasar orangnya. Kasar kat sini maksudnya kasar dari segi tingkah laku tapi still lembut hati. Nama pun perempuan mestilah lembut hati kannn.

Sekarang ni setiap hari kita akan dengar berita tentang gejala sosial sini sana. Sampaikan kakak aku kata :

'aku ngeri tengok budak2 zaman sekarang' 

aku just jawab : 

 'its normal' 

Mybe dah lali sangat dengan keadaan macam tu so aku anggap benda tu normal. Yelah bila bukak fb banyak berita pasal perempuan mengandung anak luar nikah la pastu bukak paper kes buang bayi la. Setiap hari berita yang sama. So aku anggap benda tu normal *terukkan?*.

Em, mungkin benda ni berlaku sebab sikap ingin 'mencuba'. Senang cite, kita salahkan je kedua2 belah pihak. Lelaki & perempuan. 2 x 5. 5 x 2.

Aku just nak kata kalau boleh kita jadi perempuan ni biarlah ada ketegasan dalam diri kita. Memanglah kalau boleh kita nak nampak 'lemah-lembut' depan lelaki, tapi biarlah ada sikit ketegasan dalam diri. Jangan mudah berkata 'ya' dalam setiap tawaran yang diberikan. Umum. Daripada perkara yang besar kepada perkara yang sekecil2nya.

Tak salah kalau kita tegas dalam buat satu keputusan. Lelaki akan lebih hormat pendirian kita *err yeke?sila jawab insan bergelar lelaki*.

Tegas kat sini bukan bermaksud kita 'ego'. Tegas bukan bermaksud kita sombong. Tegas bukan bermaksud kita tak peduli kewujudan orang sekeliling. Tegas bukan bermaksud kita tak peduli perasaan orang sekeliling.   Tapi tegas kat sini bermaksud kita tetap dengan pendirian kita.

Ehem.

Tak semua lelaki suka perempuan yang lemah lembut setiap masa.

Tak semua lelaki suka perempuan yang kasar.

Tak semua lelaki suka perempuan yang tegas.

Tapi semua lelaki suka perempuan yang manja, tak banyak sikit pun jadilah, betul tak? *baik ngaku cepat! HAHA*.

Ok2 selingan je tu, so aku harap readers2 yang baca entry aku ni dapat renung2kan dan selamat beramal. C yaw. Daa.





AN : Nobody's perfect.



5 263 Contengan Jalanan:

cx's said...

nice entry AN! :) siyesly best bace. :) u r rite.. nobodoy's perfect. :)

ank en. sidik n pn. sidah=) said...

ha...baru jmpe blog kak wa...ritu kmane hilag???huhuhuh...
i agree wit u sis..

An Najwa said...

HEHE thanks cx's.

zuma :ha?blog ilang ke? arytu bz la, skrg baru free, maklumlah nga citi kannn.. ;p

Are-Tulk said...

hehehehehe....
ok sye sbagai insan lelaki di sini....
ingin mnjawab soalan kak najwa...
iaitu...
"tak salah kalau kita tegas dalam buat satu keputusan. lelaki akan lebih hormat pendirian kita."
ya!!
mmg btul ape yg kak najwa ckap..
tpi...
x semua insan yg brglar lelaki mcm tu...
kdang2...
mereka anggap itu hanyalah alasan...
dn x matang...
walhal mereka jgak tdak matang dri segi pemikiran...
*maaf, ini skadar pndangan sya...
bukan brmkna nak kutuk siapa2....
dan saya sokong apa yg kak najwa smpaikn...
iaitu tak semua lelaki suke yg lmah lmbut, yg kasar, yg tgas, yg manja spnjang masa...
kdang2..
lelaki akn cpat rasa meluat..
dan satu lagi ingin sya mnjawap entry akak yg awal2 tu...
semua2 ini trjadi..
apabila seorang yg berglar 'wanita' telah hilang perasaan 'malu' dlm dirinya...
bg mereka yg benar2 berglar 'wanita' harus tahu bgaimana hndak mnjaga perasaan 'malu' mereka..
drpada runtuh....
sebab perasaan 'malu' itulah yg mnjadi dinding bagi mereka....
huhuuh...
panjang pulak komen sye ni...
sye rase smpai disni jelah ingin sya brkongsi...
harap pada mereka yg tlah mmbaca komen ini...
saya mohon ampun dan maaf...
andai skiranya saya trguris hati pembaca2 sekalian...
yang baik itu dripada Allah S.W.T.
yg buruk itu dtg dripada saya sndiri...
;)

An Najwa said...

yeah itu dia komen dari insan bergelar lelaki..hehe

i accept ur opinion bcz pndgan dari lelaki n perempuan tak sama, baru nampak pro n kontranya di sini ye kawan2.. ;D

anyway thanks for da response..keep in touch..;p