Thankz 4 being my followers

Sunday, October 9, 2011

PPKP - Modul 2 Ijazah


Assalamualaikum w.b.t.

Hye korang2 lama tak jumpa, ada rindu bertandang di hati....cehcehcehcehceh! HAHAHA.

Ehem2! Korang2 setelah sekian lama tak update post yang panjang2 dalam entry aku, so hari ni aku decided untuk buat entry yang panjang. Jemputlah baca sampai korang muntah ye. HEHE.

So tajuk yang aku pilih hari ni adalah PPKP atau Modul 2 Ijazah. Ouchhh apakah itu??  ^_^

PPKP ni dikenali sebagai Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar atau nama glamour dia adalah MODUL. Bagi warga2 UiTM program ni adalah program wajib bagi setiap pelajar, kalau tak amek takleh grad. Sem ni aku terlibat Modul 2 Ijazah, kira modul ke-2 sepanjang aku amek degree la ni. 

Hari sabtu yang lepas ada modul, so kali ni budak batch aku punya turn untuk pergi modul. Sebenarnya, katil aku tak kasik aku pergi modul kali ni tapi antara rela dan paksa aku pergi jugak maklumlah akukan pelajar cemerlang. Cis! HAHA. Program ni start pukul 8.30 pagi, so dengan gigihnya aku pergi, even masa tu tengah mengantuk tahap gaban sebab tak cukup tidur. 

Slot 1 :

Kita mulakan dengan slot pertama iaitu sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Ahmad Khairuman Md Hasim. So masing2 yang terlibat dengan modul kene berkumpul kat Auditorium untuk dengar ceramah. Isu yang dibincangkan adalah 'Kecemerlangan Ekonomi Bumiputera'. Awal2 modul lagi aku dah dilanda ke'ngantuk'kan teramat sangat, tersenguk2 bape banyak kali tah, ye lah awal2 dah cerita pasal sejarah, memang harapan la aku nak dengar. Tapi lepas satu jam baru la aku fokus dengar ceramah tu. HEHE.

Input yang last2 banyak makan dalam la dan buat aku terfikir seketika. Untungnya orang Melayu sebab hidup dengan subsidi. Before ni aku memang tak sedar pasal benda ni tapi hari tu tetiba muncul kesedaran lak. Antara ayat dia yang buat aku tersentak adalah : 

"Macam mana kita nak maju kalau kita tak suka satu benda tu, kita terus berhenti dan tak cuba untuk berubah"

Aku amek contoh dalam subjek akaun. Ermm. Bila buat satu soalan selalunya kita akan jumpa soalan yang agak memeningkan kepala then bila buat jawapan semestinya TAK IMBANG n aku terus stop + fedup, tanpa cuba mencari jalan penyelesaian'y, ada paham?

Lagi satu : 

"Cuba timbulkan rasa sayang pada negara Malaysia, supaya kita tak terpinggir dalam negara sendiri"

Sebagai contoh, bila pergi universiti / kolej lain selain UiTM yang penghuninya melibatkan pelbagai kaum, kita akan nampak perbezaan ketara antara orang Melayu dengan kaum lain. Bila ada apa2 program akademik, selalunya orang cina dan india yang berebut2 untuk join program ni, orang Melayu ada tapi tak ramai. Aku memang tak terdedah dengan keadaan macam ni sebab dari dulu aku belajar di kalangan orang Melayu, so aku tak nampak persaingan antara kaum kat situ. Benda ni pun buat aku berfikir sejenak.

Banyak persoalan yang bermain di minda bila habis sesi ceramah kali ni.

Slot ke-2 : 

Slot ni adalah slot di dalam kelas, di mana setiap satu kelas ada sorang facilitator. Kelas kitaorang dapat FC perempuan, nama dia Cik Nurul Aida Harun. Dia ni lecturer dari UiTM Alor Gajah. Aku suka dia sebab dia banyak kongsi pengalaman dia dekat kitaorang.

Slot dalam kelas fokus kepada " Pembentukkan Budaya Cemerlang Bumiputera ".

So ada beberapa aktiviti yang kami jalankan. Aktiviti pertama adalah pembentangan sifat negatif orang Melayu. Aktiviti kedua, pembentangan tentang sifat2 yang perlu ada pada entrepreneur untuk berjaya dalam business mereka. Dua aktiviti ni biasa2 aje.

Aktiviti ketiga agak best sebab setiap kumpulan perlu buat satu 'business plan' then kena bentangkan.

Group aku decided buat MULTIPURPOSE PEN, di mana sebatang pen tu ada pensil, liquid, highlighter n 2 pen. Gila menarik. HAHA. Masa pembentangan memang macam2 soalan yang ditanya, memang best layan pertanyaan dari mereka2 yang banyak bertanya ni, kadang2 kita tak jangka soalan yang macam tu yang keluar dari mulut diaorang, so memang gabralah nak menjawabkan.

Lagi dua group buat produk cheedy chew (gula2 berasaskan keju yang mempunyai banyak keistimewaan - bantai gelak je time group ni present), yang lagi satu pasal multipurpose beg (beg tu boleh jadi beg tangan, beg sekolah, beg shopping - diasak dengan macam2 pertanyaan). Pape pun time aktiviti ni memang dok gelak gila2 sampaikan masing2 sakit mulut cos asik gelak je.

Then, aktiviti terakhir adalah pembentangan tentang cara berpakaian ke pejabat. Then, FC tu share cara berpakaian yang betul untuk pergi interview dan yang seangkatan dengannyalah.

Pape pun modul kali ni memang best sebab modul pukul 11.00 pagi sampai pukul 4.30 petang, buat kiteorang gelak sentiasa dan yang pasti banyak info2 yang berguna yang boleh digunapakai melalui modul kali ni.

Ha pemacam panjang tak entry aku kali ni? Amek kau! HAHA. Takpelah aku kasik entry panjang2 sebab pasni taktau bila lagi dapat update belog ni. Terima kasih untuk korang sebab sudi baca entry ni. Gambar sepanjang modul kali ni takde pada aku lagi, nanti kalau aku dapat aku upload. K lah korang aku nak out dulu ni assignment dah menunggu.

Have a nice day. Salam.


AN  : Dari aku untuk korang, senyum selalu pasti ke'muda'an korang akan terserlah sentiasa. *ayat aku tah papekan? HAHA*


1 263 Contengan Jalanan:

ayuyuuu :) said...

degree di utim?

wish you all the best.
and goodluck! hee