Thankz 4 being my followers

Thursday, October 27, 2011

Indahnya Cinta Hingga ke Syurga


Assalamualaikum w.b.t.

Indahnya bercinta ke syurga. Ehem! Terujakan bila baca tajuk ni? HEHE.

Anyway, ni sebenarnya tajuk Talk Show yang aku join semalam, penceramah dia adalah Imam Muda Asyraf, ala yang famous amous tu.. Kenal tak? Kalau tak kenal lagi korang boleh klik link ni.

K2 aku taknak bebel panjang, cuma aku nak share input2 yang aku dapat sepanjang talk show ni.

Talk show ni more kepada sesi soal jawab tentang percintaan *fwahhhh bestlah isu hottt!!* antara student dengan Imam Muda Asyraf. Mungkin ada persoalan yang membelenggu diri korang n korang belum tau jawapannya, n mana tau entry aku ni dapat merungkaikan segala persoalan tu, mana tau kan. So, jom kite layan........

Soalan 1 : 
Adakah memendam perasaan terhadap seseorang itu dinamakan jihad?
Jawapan IMA : 
Yup, tapi kalau umur 20-an ni masing2 dah ke arah gerbang perkahwinan, better luahkan aje kepada empunya badan, takut melepas. *kalau aku, TAK berani, korang berani?HEHE*.

Soalan 2 :
Perempuan ada hak tak dalam memilih pasangan?
Jawapan IMA :
Lelaki ke perempuan ke dua2 ada hak untuk memilih pasangan anda, so tegakkan hak anda itu.

Soalan 3 :
Selalu kita dengar tentang firman Allah SWT iaitu, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya, tapi kenapa kita sering dengar tentang penganaiyaan isteri dalam rumah tangga n dalam zaman Nabi pun ada berlaku juga macam kisah Asiah dengan Firaun.
Jawapan IMA :
i.  Semua ni adalah ujian bagi setiap perhubungan.
ii. Dalam Islam ada menyatakan tentang hak2 wanita untuk menuntut penceraian (tapi tak digalakkan).
iii. Perempuan dan lelaki ni hidup saling melengkapi, mungkin hari ni si isteri kena dera dengan si suami tapi disebabkan kesabaran seorang wanita itu, akhirnya suami tu berubah dan isteri tu yang membimbing suami menjadi suami yang soleh.




Soalan 4 :
Apa pandangan ustaz bila sesorang yang mahu berkahwin tapi dia apply personal loan untuk majlis perkahwinan tersebut?
Jawapan IMA :
i. Seelok2nya jangan buat personal loan yang ada interest tapi kalau personal loan yang takde interest boleh aje (dari ayah, ibu n adik beradik). HEHE.
ii. Orang yang buat loan untuk majlis perkahwinan adalah orang yang tak cerdik dalam menguruskan kewangan.
iii. Buat majlis sekadar yang termampu, cukuplah orang2 tau yang korang dah bernikah.

Soalan 5 :
Macam mana kita nak tau tanda2 mimpi bila kita solat istkharah?
Jawapan IMA :
Tanda yang muncul bukan semestinya mimpi tapi boleh jadi perjalanan urusan kita dipermudahkan. Contoh : Korang ada dua pilihan untuk melanjutkan pelajaran samaada nak further degree kat UIA atau UM, then korang buat solat istkharah. Tak dapat pape mimpi, tapi urusan untuk ke UIA lebih mudah (dari segi penyediaan borang dll), so ini menunjukkan pilihan ke UIA adalah yang terbaik untuk korang.

Soalan 6 :
Macam mana nak bendung perasaan rindu bagi percintaan jarak jauh?
Jawapan IMA :
Call time ada urusan, untuk tanya khabar ke cukuplah.

Soalan 7 :
Orang selalu kata, mimpi ni mainan tidur. Tapi kalau kita mimpi kita jumpa dengan lelaki yang kita kenal, adakah mimpi tu mainan tidur?
Jawapan IMA :
Mimpi ni boleh dibahagikan kepada tiga iaitu,
i. Mimpi yang datang dari Allah SWT.
ii. Mimpi yang datang dari syaitan (biasanya kita akan terjaga ketika bermimpi)
iii. Monolog dalaman (stress)
So sebelum tidur better kita selesaikan masalah yang membelenggu diri. Selain tu, muhasabah diri sebelum tidur, baru kita dapat tidur dengan aman.

Soalan 8 :
Macam mana nak buat kalau kita minat kepada orang lain sedangkan diri kita telah berkahwin?
Jawapan IMA :
Kalau minat sehingga ingin memiliki, jangan sesekali terjebak dengan perkara macam ni.

Soalan 9 :
Kalau kita ada pilihan sendiri, tapi family pun ada pilihan sendiri untuk kita, macam mana nak selesaikan masalah ni?
Jawapan IMA :
i. Kita kena negotiate sendiri.
ii. Jangan putuskan hubungan dengan ibu ayah dan juga pilihan hati sebab takut kalau kita ikut pilihan ibu ayah, hubungan kita akan terputus sebab kita terasa hati dengan keputusan ibu ayah.
iii. Jangan putuskan hubungan yang lama dengan cipta hubungan yang baru (more kepada pilihan hati).

Soalan 10 :
Macam mana kita nak tahu keikhlasan hati seorang lelaki?
Jawapan IMA :
Susah sebenarnya untuk kita tahu keikhlasan hati seorang insan bergelar lelaki. Kalau perempuan senang je nak lihat keikhlasan hati diaorang dalam sesebuah perhubungan.

Soalan 11 :
Boleh tak kita bercinta berlainan agama?
Jawapan IMA :
i. Tanya hati kita, kita bercinta sebab apa?
Kalau sebab agama, so cuba bawa pasangan kita ke arah ajaran Islam. Tapi kalau kita bercinta sebab nafsu, baik kita lupakan aje sebab takut2 kita yang akan ikut pasangan kita ke arah agama dia.

Banyak nasihat yang IMA kasik sepanjang talk show ni, dia kata kalau kita nak jodoh yang baik so kita boleh doa dengan :
" Ya Allah Ya Tuhanku temukanlah aku dengan orang yang terbaik, orang yang tepat yang akan menjadi pasanganku di dunia dan di akhirat. Amin "

Pape pun, IMA memang the best one, dia dapat selami dunia remaja, mungkin sebab dia muda lagi, so cara penyampaian dia memang berkesan dengan lawak2 sampingan. So tak rugi pergi program dia kali ni.

Kesimpulan yang diperolehi daripada talk show ni adalah :

" Cintailah Allah SWT & Rasullullah SAW kerana cintanyalah yang akan bawa kita ke syurga. "









AN : Hadis sahih ada menyatakan bahawa " Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China kerana sesungguhnya menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang muslim ". 
So tak rugi kalau kita join program2 ilmiah yang dianjurkan oleh pihak u / kolej / kampung n yang seangkatan dengannya sebab itulah sumber ilmu yang kita perolehi.



6 263 Contengan Jalanan:

puteri farah said...

bestnye ! betul tu kak ! ;) suke sangat entry nih.

An Najwa said...

fwahhhh tq2 cz sudi bace... ^_^

Are-Tulk said...

wow!!!
i hve no komen....
but truly it give me some spirit...
bcoz i seem in hard feelin now..

ghost writer said...

thanks for sharing

An Najwa said...

are-tulk : make a right decision towards ur heart feelin..gud luck ;)

ghost writer : wlcm...thanks cz sudi baca :)

Korean Style Online said...
This comment has been removed by a blog administrator.