Thankz 4 being my followers

Thursday, October 27, 2011

Indahnya Cinta Hingga ke Syurga


Assalamualaikum w.b.t.

Indahnya bercinta ke syurga. Ehem! Terujakan bila baca tajuk ni? HEHE.

Anyway, ni sebenarnya tajuk Talk Show yang aku join semalam, penceramah dia adalah Imam Muda Asyraf, ala yang famous amous tu.. Kenal tak? Kalau tak kenal lagi korang boleh klik link ni.

K2 aku taknak bebel panjang, cuma aku nak share input2 yang aku dapat sepanjang talk show ni.

Talk show ni more kepada sesi soal jawab tentang percintaan *fwahhhh bestlah isu hottt!!* antara student dengan Imam Muda Asyraf. Mungkin ada persoalan yang membelenggu diri korang n korang belum tau jawapannya, n mana tau entry aku ni dapat merungkaikan segala persoalan tu, mana tau kan. So, jom kite layan........

Soalan 1 : 
Adakah memendam perasaan terhadap seseorang itu dinamakan jihad?
Jawapan IMA : 
Yup, tapi kalau umur 20-an ni masing2 dah ke arah gerbang perkahwinan, better luahkan aje kepada empunya badan, takut melepas. *kalau aku, TAK berani, korang berani?HEHE*.

Soalan 2 :
Perempuan ada hak tak dalam memilih pasangan?
Jawapan IMA :
Lelaki ke perempuan ke dua2 ada hak untuk memilih pasangan anda, so tegakkan hak anda itu.

Soalan 3 :
Selalu kita dengar tentang firman Allah SWT iaitu, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya, tapi kenapa kita sering dengar tentang penganaiyaan isteri dalam rumah tangga n dalam zaman Nabi pun ada berlaku juga macam kisah Asiah dengan Firaun.
Jawapan IMA :
i.  Semua ni adalah ujian bagi setiap perhubungan.
ii. Dalam Islam ada menyatakan tentang hak2 wanita untuk menuntut penceraian (tapi tak digalakkan).
iii. Perempuan dan lelaki ni hidup saling melengkapi, mungkin hari ni si isteri kena dera dengan si suami tapi disebabkan kesabaran seorang wanita itu, akhirnya suami tu berubah dan isteri tu yang membimbing suami menjadi suami yang soleh.




Soalan 4 :
Apa pandangan ustaz bila sesorang yang mahu berkahwin tapi dia apply personal loan untuk majlis perkahwinan tersebut?
Jawapan IMA :
i. Seelok2nya jangan buat personal loan yang ada interest tapi kalau personal loan yang takde interest boleh aje (dari ayah, ibu n adik beradik). HEHE.
ii. Orang yang buat loan untuk majlis perkahwinan adalah orang yang tak cerdik dalam menguruskan kewangan.
iii. Buat majlis sekadar yang termampu, cukuplah orang2 tau yang korang dah bernikah.

Soalan 5 :
Macam mana kita nak tau tanda2 mimpi bila kita solat istkharah?
Jawapan IMA :
Tanda yang muncul bukan semestinya mimpi tapi boleh jadi perjalanan urusan kita dipermudahkan. Contoh : Korang ada dua pilihan untuk melanjutkan pelajaran samaada nak further degree kat UIA atau UM, then korang buat solat istkharah. Tak dapat pape mimpi, tapi urusan untuk ke UIA lebih mudah (dari segi penyediaan borang dll), so ini menunjukkan pilihan ke UIA adalah yang terbaik untuk korang.

Soalan 6 :
Macam mana nak bendung perasaan rindu bagi percintaan jarak jauh?
Jawapan IMA :
Call time ada urusan, untuk tanya khabar ke cukuplah.

Soalan 7 :
Orang selalu kata, mimpi ni mainan tidur. Tapi kalau kita mimpi kita jumpa dengan lelaki yang kita kenal, adakah mimpi tu mainan tidur?
Jawapan IMA :
Mimpi ni boleh dibahagikan kepada tiga iaitu,
i. Mimpi yang datang dari Allah SWT.
ii. Mimpi yang datang dari syaitan (biasanya kita akan terjaga ketika bermimpi)
iii. Monolog dalaman (stress)
So sebelum tidur better kita selesaikan masalah yang membelenggu diri. Selain tu, muhasabah diri sebelum tidur, baru kita dapat tidur dengan aman.

Soalan 8 :
Macam mana nak buat kalau kita minat kepada orang lain sedangkan diri kita telah berkahwin?
Jawapan IMA :
Kalau minat sehingga ingin memiliki, jangan sesekali terjebak dengan perkara macam ni.

Soalan 9 :
Kalau kita ada pilihan sendiri, tapi family pun ada pilihan sendiri untuk kita, macam mana nak selesaikan masalah ni?
Jawapan IMA :
i. Kita kena negotiate sendiri.
ii. Jangan putuskan hubungan dengan ibu ayah dan juga pilihan hati sebab takut kalau kita ikut pilihan ibu ayah, hubungan kita akan terputus sebab kita terasa hati dengan keputusan ibu ayah.
iii. Jangan putuskan hubungan yang lama dengan cipta hubungan yang baru (more kepada pilihan hati).

Soalan 10 :
Macam mana kita nak tahu keikhlasan hati seorang lelaki?
Jawapan IMA :
Susah sebenarnya untuk kita tahu keikhlasan hati seorang insan bergelar lelaki. Kalau perempuan senang je nak lihat keikhlasan hati diaorang dalam sesebuah perhubungan.

Soalan 11 :
Boleh tak kita bercinta berlainan agama?
Jawapan IMA :
i. Tanya hati kita, kita bercinta sebab apa?
Kalau sebab agama, so cuba bawa pasangan kita ke arah ajaran Islam. Tapi kalau kita bercinta sebab nafsu, baik kita lupakan aje sebab takut2 kita yang akan ikut pasangan kita ke arah agama dia.

Banyak nasihat yang IMA kasik sepanjang talk show ni, dia kata kalau kita nak jodoh yang baik so kita boleh doa dengan :
" Ya Allah Ya Tuhanku temukanlah aku dengan orang yang terbaik, orang yang tepat yang akan menjadi pasanganku di dunia dan di akhirat. Amin "

Pape pun, IMA memang the best one, dia dapat selami dunia remaja, mungkin sebab dia muda lagi, so cara penyampaian dia memang berkesan dengan lawak2 sampingan. So tak rugi pergi program dia kali ni.

Kesimpulan yang diperolehi daripada talk show ni adalah :

" Cintailah Allah SWT & Rasullullah SAW kerana cintanyalah yang akan bawa kita ke syurga. "









AN : Hadis sahih ada menyatakan bahawa " Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China kerana sesungguhnya menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang muslim ". 
So tak rugi kalau kita join program2 ilmiah yang dianjurkan oleh pihak u / kolej / kampung n yang seangkatan dengannya sebab itulah sumber ilmu yang kita perolehi.



Tuesday, October 25, 2011

Belajar


BELAJAR tu

TAK SUSAH

sebenarnya

..................CUMA..................

KITA yang

jadikan 

BELAJAR tu

JADI SUSAH..

AN : Renung-renungkan dan selamat beramal yaw! ^_^


Sunday, October 16, 2011

Coral Wonderland (under water world)


Assalamualaikum w.b.t.

Yeay! Minggu ni aku rajin update belog ni *ni bukan rajin namanya tapi takde mood nak wt assignment, so aku decide tok hupdate assignment blog aku..he~*.

Korang2 kali ni aku nak cerita pasal CORAL WONDERLAND atau nama lain dia UNDER WATER WORLD . Eh2 apakah itu?

Meh2 aku cerita, coral wonderland ni sebenarnya tempat pameran ikan. Before ni aku taktau pun kewujudan tempat ni kat Melaka yang aku tau tempat pameran ikan ada kat KL je, ala yang aquaria tu. Minggu lepas baru aku sedar kewujudannya *cehcehceh!hehe*.

Nak dijadikan cerita, masa hari jumaat aku gn mizat keluar hantar member kat Melaka Central then kiteorang decided nak karoke kat Mahkota Parade. Abes karoke ingat nak balik dah tetiba mizat ajak jalan kat Dataran Pahlawan. Saje jalan2 nak tegok kedai binatang haiwan. Tapi tak jumpa lak. Maklumlah kalau dah masuk DP memang susah carik jalan kuar *sem lepas setengah jam aku sesat kat dalam DP sebab tak jumpa jalan keluar!syahdu betul!he~*. 

Tengah naik escalator tetiba kiteorang ternampak poster 'Coral Wonderland - Under Water World', agak tertarik disitu ye. Then kiteorang decide nak usha harga tiket masuk situ. Sampai2 je abang yang jaga counter terus  promote tempat tu n dia tanya 'adik2 ada student card?kalau ada just kena RM20 je sorang'. Aku pandang mizat2 pandang aku. Jom! Even masa tu masing2 tengah kering tapi dengan gighnya kiteorang kuarkan duit bayar tiket! HAHA.

Kiteorang masuk coral wonderland dalam pukul 8.30 malam. Mula2 masuk memang teruja rrrr, ikan cantik2 weh, siap dapat pegang ikan lagi, dan semestinya aku tak pegang, sentuh hujung jari je, aku ni penggeli serta penakut orangnya. Ape yang aku fikir masa tu, kalau aku pegang ikan tu nanti kena gigit tak pun kena sengat. *Erkkk!cm budak2 lak!HAHA*. Untunglah mizat yang pegang semua ikan yang ada kat situ.

Sambil tengok ikan, apa yang pasti kiteorang takkan lepaskan peluang untuk amek gambar. Teruja yang amat sik. Kagum aku tengok hidupan laut ni. Cantik! Macam2 bentuk ada, macam2 jenis ada n macam2 warna ada! Hebat sungguh ciptaan Allah S.W.T. Subahanallah.

Suasana kat dalam tu pun tenang je, sesuai jadikan tempat untuk tenangkan fikiran bagi yang stress belajar. 

Kiteorang keluar dalam pukul 10.00 p.m. Excited sangat tengok ikan sampai tak sedar dah sejam lebih stay kat dalam tu. Manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. After tu kiteorang terus balik rumah. Kepenatan yang amat sangat la weh.

Jom usha gambar2 ikan n hidupan laut yang ada. Tapi aku tak masukkan semualah. Let's go..........


    
Nama saya nemo!! Comelkan saya?


Ni adalah landak laut ye kawan2...


   
Aku & Mizat


 


  
Awak kenal saya tak? Saya adalah spesis belut..


 Mizat nga pegang udang galah.. Besau weh, takut aku tengokkan... :)
  





    




 


 




  
Cuba teka siapa saya? Yeah betul saya adalah kuda laut. Bijak2 anak sapo la ni..


  
  Saya adalah obor2, cantik tak saya?hehe..


 


Penyu ni cantik weh, cengkerang die berkilat, macam nak tangkap then bela kat bilik je...hahahaha...






Ha pemacam best tak? Bagi aku best la. Pape pun hari tu memang enjoy sangat. Thanks mizat. Sayang ko lebih2 la.

Kalau korang nak rasa pengalaman yang kiteorang rasa, korang boleh pergi kat Dataran Pahlawan level 4. Harga bagi student yang bawak kad matrik adalah RM20 tunai, harga untuk orang awam RM30 sahaja. Even macam mahal tapi berbaloi2, korang nak lepak dari pagi sampai malam pun boleh.

Ehem. K la korang penat sudah. Nak tidur. Selamat malam & selamat pagi dunia.

Salam.



AN : Next destination : Planetarium. Nak join? Jom2x.


Saturday, October 15, 2011

Mukabuku


Assalamualaikum w.b.t.

Hye korang3, happy sokmo nampak? Ehem2. Tadi sedang aku blogwalkin, tetiba je datang idea nak tulis pasal 'mukabuku' *untunglah tetiba dapat idea*.

Lately aku RAJIN online mukabuku *errr...bukan mmg selalu ke ko online Najwa?he~*.
Rajin kat sini maksudnya, aku spend more time depan mukabuku, even tengah study pun aku still bukak mukabuku. Tapi aku tak komen2 aku just observe je dari jauh. Motifff?? Saje isi masa lapang dengan tengok perkembangan kawan2.

Kalau online aku prefer buat 'chat offline' sebab tak mahu diganggu serta tak nak orang sakit mata tengok aku online. Jarang sekali aku buat 'chat online' *erkk!*

Setiap kali online, aku suka check info membe2 aku. *macam stalker gitewww!!nasib korang lah!!HAHA*. Bukan stalker mana pun, aku just suka tengok 'favourite quotations' gn 'basic information' korang je. Ada yang sempoi memang sempoi habis. Tapi ada ayat2 korang yang buat aku speechless n buat aku nak baca banyak kali. Daripada pemerhatian aku *ceh!* 'basic information' tu melambangkan diri tuan empunya badan. *itu pandangan aku lah, pandangan korang aku tak tau*.

Kalau aku *saje je nak mention!he~* untuk favourite quotations aku letak : 

On every surface u walk,
U must leave ur mark,
No metter what the situation is,
U must continue to serve GOD in everything.

Basic information aku just letak : 

Success is a journey, not a destination.
If you want to be my friend, just accept me the way i am.

Ayat simple tapi penuh dengan maksud tersurat. Ayat yang 1st ayat general, tapi ayat yang 2nd ayat yang aku nak kawan2 aku tau. Kau nak kawan dengan aku so kau kena terima cara aku, sama macam aku terima kau sebagai kawan aku. Fair bukan? Tak kiralah aku ni suka main game ke, suka anime ke, seorang yang kasar ke, misteri ke n macam orang takde perasaan ke. Kau kena terima tu and jangan sesekali kau pertikaikan perangai aku *ayat kejam!HAHA*.

Opsszzz! Terlebih sudah! HAHA! Saje je nak kasik contoh. So aku letak diri aku sebagai contoh.

After tengok dua benda ni baru aku tengok benda lain. Semestinya favourite team. Aku MAN U, kau? HAHA. Then game yang kau main. Aku D***, kau? Dan yang seterusnya mestilah 'arts and entertainment',  'activities and interest' dan yang seangkatan dengannyalah. Dari situ aku dapat describe sikit2 tentang diri korang *da macam nujum pak belalang lak!HAHA*.

Ehem. At last of cos aku akan tengok status korang. Macam2 ado. Komen? Jarang sekali, kalau ada benda yang buat aku tertarik baru aku komen. Tapi aku TAK prefer untuk belek setiap gambar yang korang ada. Tak minat, lagipun line internet kat sini bukan betul sangat. Nak tunggu satu gambar tu abis loading, berjanggut aku dibuatnya.

Semestinya aku suka 'like' status korang yang aku rasa masuk akal. Kalau yang tak masuk akal memang jaranglah aku like. *Ceh macam popular je ko ni Najwa?HAHA*. Rilex la weh aku cakap berdasarkan pandangan aku terhadap mukabuku. Pandangan korang aku tak tau. So setiap orang ada pandangan tersendiri, kalau korang ada benda yang nak share gn aku pasal mukabuku korang boleh balas entry aku ni k.

K la korang aku rasa tu je benda yang aku nak bebel malam ni. C yaw!

Salam.












AN : Aku aku kau kau, AAK? HAHA.


Sunday, October 9, 2011

PPKP - Modul 2 Ijazah


Assalamualaikum w.b.t.

Hye korang2 lama tak jumpa, ada rindu bertandang di hati....cehcehcehcehceh! HAHAHA.

Ehem2! Korang2 setelah sekian lama tak update post yang panjang2 dalam entry aku, so hari ni aku decided untuk buat entry yang panjang. Jemputlah baca sampai korang muntah ye. HEHE.

So tajuk yang aku pilih hari ni adalah PPKP atau Modul 2 Ijazah. Ouchhh apakah itu??  ^_^

PPKP ni dikenali sebagai Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar atau nama glamour dia adalah MODUL. Bagi warga2 UiTM program ni adalah program wajib bagi setiap pelajar, kalau tak amek takleh grad. Sem ni aku terlibat Modul 2 Ijazah, kira modul ke-2 sepanjang aku amek degree la ni. 

Hari sabtu yang lepas ada modul, so kali ni budak batch aku punya turn untuk pergi modul. Sebenarnya, katil aku tak kasik aku pergi modul kali ni tapi antara rela dan paksa aku pergi jugak maklumlah akukan pelajar cemerlang. Cis! HAHA. Program ni start pukul 8.30 pagi, so dengan gigihnya aku pergi, even masa tu tengah mengantuk tahap gaban sebab tak cukup tidur. 

Slot 1 :

Kita mulakan dengan slot pertama iaitu sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Ahmad Khairuman Md Hasim. So masing2 yang terlibat dengan modul kene berkumpul kat Auditorium untuk dengar ceramah. Isu yang dibincangkan adalah 'Kecemerlangan Ekonomi Bumiputera'. Awal2 modul lagi aku dah dilanda ke'ngantuk'kan teramat sangat, tersenguk2 bape banyak kali tah, ye lah awal2 dah cerita pasal sejarah, memang harapan la aku nak dengar. Tapi lepas satu jam baru la aku fokus dengar ceramah tu. HEHE.

Input yang last2 banyak makan dalam la dan buat aku terfikir seketika. Untungnya orang Melayu sebab hidup dengan subsidi. Before ni aku memang tak sedar pasal benda ni tapi hari tu tetiba muncul kesedaran lak. Antara ayat dia yang buat aku tersentak adalah : 

"Macam mana kita nak maju kalau kita tak suka satu benda tu, kita terus berhenti dan tak cuba untuk berubah"

Aku amek contoh dalam subjek akaun. Ermm. Bila buat satu soalan selalunya kita akan jumpa soalan yang agak memeningkan kepala then bila buat jawapan semestinya TAK IMBANG n aku terus stop + fedup, tanpa cuba mencari jalan penyelesaian'y, ada paham?

Lagi satu : 

"Cuba timbulkan rasa sayang pada negara Malaysia, supaya kita tak terpinggir dalam negara sendiri"

Sebagai contoh, bila pergi universiti / kolej lain selain UiTM yang penghuninya melibatkan pelbagai kaum, kita akan nampak perbezaan ketara antara orang Melayu dengan kaum lain. Bila ada apa2 program akademik, selalunya orang cina dan india yang berebut2 untuk join program ni, orang Melayu ada tapi tak ramai. Aku memang tak terdedah dengan keadaan macam ni sebab dari dulu aku belajar di kalangan orang Melayu, so aku tak nampak persaingan antara kaum kat situ. Benda ni pun buat aku berfikir sejenak.

Banyak persoalan yang bermain di minda bila habis sesi ceramah kali ni.

Slot ke-2 : 

Slot ni adalah slot di dalam kelas, di mana setiap satu kelas ada sorang facilitator. Kelas kitaorang dapat FC perempuan, nama dia Cik Nurul Aida Harun. Dia ni lecturer dari UiTM Alor Gajah. Aku suka dia sebab dia banyak kongsi pengalaman dia dekat kitaorang.

Slot dalam kelas fokus kepada " Pembentukkan Budaya Cemerlang Bumiputera ".

So ada beberapa aktiviti yang kami jalankan. Aktiviti pertama adalah pembentangan sifat negatif orang Melayu. Aktiviti kedua, pembentangan tentang sifat2 yang perlu ada pada entrepreneur untuk berjaya dalam business mereka. Dua aktiviti ni biasa2 aje.

Aktiviti ketiga agak best sebab setiap kumpulan perlu buat satu 'business plan' then kena bentangkan.

Group aku decided buat MULTIPURPOSE PEN, di mana sebatang pen tu ada pensil, liquid, highlighter n 2 pen. Gila menarik. HAHA. Masa pembentangan memang macam2 soalan yang ditanya, memang best layan pertanyaan dari mereka2 yang banyak bertanya ni, kadang2 kita tak jangka soalan yang macam tu yang keluar dari mulut diaorang, so memang gabralah nak menjawabkan.

Lagi dua group buat produk cheedy chew (gula2 berasaskan keju yang mempunyai banyak keistimewaan - bantai gelak je time group ni present), yang lagi satu pasal multipurpose beg (beg tu boleh jadi beg tangan, beg sekolah, beg shopping - diasak dengan macam2 pertanyaan). Pape pun time aktiviti ni memang dok gelak gila2 sampaikan masing2 sakit mulut cos asik gelak je.

Then, aktiviti terakhir adalah pembentangan tentang cara berpakaian ke pejabat. Then, FC tu share cara berpakaian yang betul untuk pergi interview dan yang seangkatan dengannyalah.

Pape pun modul kali ni memang best sebab modul pukul 11.00 pagi sampai pukul 4.30 petang, buat kiteorang gelak sentiasa dan yang pasti banyak info2 yang berguna yang boleh digunapakai melalui modul kali ni.

Ha pemacam panjang tak entry aku kali ni? Amek kau! HAHA. Takpelah aku kasik entry panjang2 sebab pasni taktau bila lagi dapat update belog ni. Terima kasih untuk korang sebab sudi baca entry ni. Gambar sepanjang modul kali ni takde pada aku lagi, nanti kalau aku dapat aku upload. K lah korang aku nak out dulu ni assignment dah menunggu.

Have a nice day. Salam.


AN  : Dari aku untuk korang, senyum selalu pasti ke'muda'an korang akan terserlah sentiasa. *ayat aku tah papekan? HAHA*


Tuesday, October 4, 2011

3 Oktober 2011


Assalamualaikum w.b.t.

Dikesempatan ni aku nak ucapkan : 

Selamat Hari Lahir 

kepada 

diri aku sendiri

yang ke'sobelas' tahun....keh3x

pada 03/10/2011 *sebab tu aku suka nombor tiga*

Semoga hari2 mendatang lebih mematangkan kehidupan aku serta diberkati Allah S.W.T kehidupan di dunia dan di akhirat.

Anyway, aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada mereka2 yang wish besday aku tak kiralah melalui laman muka buku ataupun melalui alat tekomunikasi yang lain seperti handphone dan surat..

Tak lupa juga terima kasih ni aku ucapkan kepada roommate2 tersayang kerana telah sama2 meraikan hari lahir aku kali ni.

Terharu beb! Sobs sobs dan sobs! HEHE

*Aku terasa ucapan aku ni macam ayat dalam surat cinta laks! HAHA!*

Anyway, thanks a lot!

Sayangs korang lah! =)




K salam.


AN : Hey! You make me smile! *wink2* =)


Sunday, October 2, 2011

Myera Nyera


Assalamualaikum w.b.t.

This special post i'm dedicate to you Myera Nyera.

Anyway akak nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kat myera sebab tulis entry pasal akak tu.

Tiada kata yang dapat diungkap bila baca entry tu.

Rupanya ada gak orang yang hargai akak dalam dunia blog ni.

Speechless...............



Kita berkenalan hanya dalam laman mukabuku belogspot 
Kau hantarkan jejak untuk aku mengenali kamu oooooooo hatiku rasa sesuatu... =)
*rentak lagu Najwa Latiff*


Thanks again.. =)


AN : Deep in my heart, i'm proud to have a sister like you Myera Nyera.