Thankz 4 being my followers

Tuesday, September 6, 2011

Cerita Pagi Raya


Assalamualaikum w.b.t.

Ok ni sambungan dari entry Cerita Sebelum Raya.

Kali ni nak cerita pasal agenda hari raya pertama lak. Seawal jam 6.30 pagi masing2 dah bangun. Tugas aku setiap pagi raya adalah meng'iron' baju raya seisi rumah yang ada. Kadang2 satu jam aku dok ngadap iron baju tu, tapi tak siap2 gak.

Pagi raya macam biasa yang lelaki pergi sembahyang raya, n yang perempuan sibuk siap2 untuk beraya. Makeup, touchup, amek selendang lilit2 kat kepala dan yang seangkatan dengannya la.

Dalam pukul 10 pagi kitaorang start sesi maaf bermaafan *menjadi satu adat, time raya baru nak mintak maaf, hari biasa memang harapan la*


Majlis dimulakan dengan sesi bermaaf2an antara maktok dengan maklong

  

Di ikuti dengan maktok dengan makuda

  

Seterusnya antara maktok dengan cik midah


Akhir sekali sesi maaf bermaafan antara maktok dengan cucu2nya



Lepas habis sesi maaf bermaafan kiteorang terus gerak pergi kubur. Biasanya memang semua akan pergi tak kiralah kecik ke besar ke tak boleh terkecuali. Kiteorang baca yassin kat kubur UMI n tahlil kat kubur ATOK AYAH.

Balik dari kubur terus pergi beraya rumah jiran2 atok. So dapatlah berkenal2an dengan jiran2 yang ada. Masing2 dok usha cucu2 jiran yang ada, kazen aku kata "cuci mata"! HAHA.

Rumah tok yah rumah first yang kiteorang pergi. Aku agak TERKEJUT bila tok yah kenal aku, serius beb, sebab aku ni bukan kenal orang sangat pun! Terasa fofular gitu! Ah! Poyos! HAHA. Ok2 tutup cerita, ada yang muntah nanti kang. =)

Ehem! Kat dalam gambar tu yang baju kuning (Cik Awang) n baju hitam pakai kopiah (Cik Is) diaorang ni anak tok yah. Banyak gak yang kiteorang bualkan.




Cik Is ni kerja sebagai Technical Director kat syarikat petroleum, aku pun tak pasti kat mana tempatnya. First  impression aku kat dia : WOW! Low profile! Dia share pengalaman dia bekerja, dulu dia study kat overseas, pastu dia kerja kat Jepun. 

Nasihat dia : Jangan tunjuk Melayu lemah bila kita bekerja dengan orang luar. Kalau bos (org luar negara) suruh kita buat kerja yang diluar bidang tugas kita, kita try buat sebab bos nak tahu kat mana kebolehan kita, so dari situ kita senang naik. Tapi jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Memang terkesan la apa yang dia cakap tu.

Aku memang salute la dengan orang yang study kat overseas atau bekerja kat overseas. Kalau sekarang ni asal ada duit kita boleh belajar kat overseas. Bagi aku memang harapan la. Biasanya soalan yang bermain kat pale otak aku, macammana dia boleh study kat sana? Macammana dia boleh survive untuk hidup kat sana sampaikan diaorang berjaya dalam kehidupan diaorang. Sebab'y kita yang duduk kat Malaysia ni pun mudah hanyut dengan arus dunia.  Hmmm.

Ok tutup cerita pasal cik is, after raya uma tok yah kiteorang raya uma jiran yang seterusnya. Rasanya tak ada pape yang menarik, cuma masing2 just tanya khabar je.




Habis raya masing2 balik rumah. Petang tu tidur je sebab hujan. 

Opsszzz lupa lak nak letak sesi photoshot during raya. Saksikanlah gelagat mereka2 ni..


  


  






  


  




Ayat adek aku "ain rasa ain macam artis la, asik amek gambar je, penat kite" aku balas "amboi2 kecik lagi dah pandai cakap pasal artis ea, kak aja pun kalah"

Gambar yang selebihnya aku dah upload dalam mukabuku.

Then untuk malam ada agenda seterusnya. Nak tau apa? Nantikan entry selepas ini *dah macam drama dalam tv laks! HAHA*.

Ehem! Nak tau cerita raya tahun lepas (2010), korang boleh klik SINI.



AN : Misi mengumpul duit raya berjaya diteruskan, memang masyuklah! Boleh topup duit belanja start sem ni. Aku kayo! Aku Kayo! HAHA


0 263 Contengan Jalanan: