Thankz 4 being my followers

Tuesday, September 6, 2011

Agenda Malam Raya


Assalamualaikum w.b.t. 

Ni entry sambungan Cerita Pagi Raya.

Habis cerita pasal pagi raya, sekarang ni nak cerita pasal malam raya lak.

Ok macam tahun2 sebelum ni setiap kali raya kitaorang akan adakan program yang dinamakan 'SHARING IS CARING'. 

Program ini bertujuan merapatkan ukuwah antara makcik2, pakcik2 dan juga diantara sepupu2, maklumlah kitaorang ni biasanya jumpa setahun sekali, tu pun time raya. Aku rasa kalau tak ada raya memang harapan la nak jumpa. 

Konsep dia senang je 'setiap orang kena cerita pasal kehidupan sendiri, tak kiralah pasal belajar ke, kerjaya ke, tak pun pasal isu2 semasa'.


Program dimulakan dengan cerita dari maktok dulu, tapi atok senang je, no story no comment (macam retis gitewww....haha)
Ni la atok aku yang paling simple + slumber, kalau cite pape problem kat die, senang je die jawab, biarlah orang buat kite jangan kite buat orang.


maktok bersama cicitnya yang pertama


Maklong cerita pasal kepentingan pengurusan dalam kehidupan.




Mokde cakap pasal cabaran dalam mendidik anak2.




Cik Midah cerita pasal komitmen dalam kehidupan (ringkasan isi cik midah)
1. Jangan ambil mudah bagi setiap komitmen yang diberikan.
2. Kerjaya tu penting dalam kehidupan. Even kita dah berkahwin, jangan sesekali berhenti kerja, sebab kita tak tau apa nasib kita pada masa akan datang.
3. Tak perlu bercinta dalam usia remaja. Rasa manis bercinta akan muncul bila kita bercinta dalam rumah tangga.




Cik Jah cakap pasal bakat yang ada dalam diri kita. Setiap orang ada kelebihan sendiri, cuba kita selami bakat apa yang ada dalam dalam diri kita then cuba tonjolkan bakat yang ada tu.




Ok abis turn makcik2 sekarang turn sepupu2 laks tok luahkan perasaan. Cewah! haha

Kita mulakan dengan yang paling tua dulu iaitu Kak Annur (kakak aku la). Kak Annur satu2nya sepupu yang dah berkahwin. So dia cerita pasal pengurusan masa dalam diri, perlu ada sifat 'give and take' dalam kehidupan berumah tangga, dan pengalaman bersalin (lama gila weh die cerita, tapi masing2 fokus dengar pengalaman bersalin tu...keh3)




Then turn abang long (abang ipo aku) die just cakap terima kasih sebab terima dia dalam keluarga kami. Tahun ni tahun first abang long beraya dengan kiteorang.




Kak ejun cerita pasal cabaran berkerja. Rasuah bermaharajalela cuma ikot hati je nak atau taknak.




Abang omar cerita pasal dendam. Kalau kita simpan dendam, macam2 boleh jadi. Bila emosi menguasai diri, kawan pun boleh jadi lawan.




Abang Apis cerita pasal personal life dia. Dulu dia hidup sosial, dah berakhir dah zaman tu, tapi sekarang baru sedar tentang satu kenyataan bahawa 'jual mahal baru orang pandang tinggi taraf kita'. Lagi satu pasal ibu tu lah segala2nya bagi kita.




Huzai lak share pasal, die baru jumpa identiti sebenar diri dia, sebelum ni hidup dia terumbang ambing. At last dia decide untuk berhenti belajar n cari kerja.




Pi'e cerita pasal pengalaman dia jadi FC bagi minggu orentasi kat KPTM. Daripada program tu banyak mengajar dia tentang cara nak jadi pemimpin. Dia ada cakap pasal BERSIH 'jangan label orang' tapi aku lupa ape isi dia...hehe




Aku cakap pasal cabaran dunia remaja. Andai sekali terleka maka hanyutlah kita. Kalau kita berada di atas jangan sesekali bangga diri sebab belum tentu kita selamanya berada di atas, ada masa kita akan jatuh gak. Cuba berdikari untuk dapatkan sesuatu jangan terlampau bergantung kepada mak bapak je.




Hanan cerita pasal join pergi kem kat USM kalau tak silap la. Dia kata bangga jadi cucu felda sebab sekarang ni ramai anak felda dan cucu felda berjaya dalam kehidupan diaorang.




Walid lak share pasal setiap orang ada kelebihan sendiri (more kepada study), jangan terlampau push anak untuk dapatkan 9 A / 10 A dalam SPM, sebab tak semua boleh cemerlang dalam pelajaran, ada yang cemerlang dalam bidang kemahiran, kenali minat anak then dorong dia ikut apa yang dia minat.
Pilih jodoh kerana agama bukan kerana nafsu. Tak perlu bercinta atau kapel time study. Percaya pada jodoh.




Hajar (form 4), dia tegur pasal aurat perempuan. Walaupun kita keluar rumah kita still kena jaga aurat.
Lagi satu pesanan hajar : Jangan ada trademark dalam periksa, contohnya setiap kali ada ujian, masing2 suka guna trademark "Ujian je kot" hasilnya semua result ke laut. Aku suka gaya hajar sebab dia tegas dalam bercakap sesuatu perkara even dia baru form 4.




At last, Hadi lak, dia ni baru form 2, malam tu dia xde share pape cuma die asik kena bahan sebab dah ada kapel yang dipanggil 'baby', kantol sudah. Ni semua bahana FB. So kalau nak share pape kene pandang sekeliling dulu, kalau tersilap langkah abeslah kiteorang kene bahan sentiasa. HEHE!




Ok itu je perkongsian kiteorang bagi program sharing kali ni. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Cuma apa yang menarik kali ni banyak nasihat pasal JODOH. Benda ni memang akan jadi topik panas setiap kali diperkatakan. Sampaikan nak buat satu program 'sharing tentang cinta gitew! HAHA!' tapi tak tau la bila menjadi mybe raya nex year baru program ni berjalan.










Program kali ni start dalam kul 9.30 malam n habis pada pukul 1.30 pagi. Memang terbaik la. Hope program ni still berjalan setiap tahun even masing2 dah berkahwin n ada kehidupan sendiri. Amin.

Ehem! Hari ni baru abis cerita pasai satu hari raya, untuk dua dan tiga hari raya belum lagi. Kalau takde aral esok aku sambung lagi. Terima kasih sebab sudi membaca. 

Salam.


AN : Kalau nak tau cerita program ni bagi raya yang lepas (2010) korang boleh klik SINI



0 263 Contengan Jalanan: