Thankz 4 being my followers

Friday, September 23, 2011

Bilik Kampung


Assalamualaikum w.b.t.

Nak nyanyi sikit ni..

Balik kampung

o o o o

Balik kampung

o o o o 

Balik kampung

Hati girang!!

Yeah!! 

Nak join sama tak? Jom jumpa kat Melaka Central pukul 5.30 petang ni...keh3x






K babai.

Salam.


AN : Beg penuh dengan buku sebab assignment dah mula bertimbun. Errr. =)


Thursday, September 22, 2011

2nd Anniversary


Assalamualaikum pembuka bicara.

*Fast update*

Just nak ucapkan :

Selamat Hari Jadi kepada belog terchenta aku

yang telah berusia DUA tahun pada 13/9/2011.




*kalau belog ni boleh cakap mesti dia terharu dapat tuan macam aku ek, yelah siap ada special post + special cake untuk sambut besday lagi...keh3x*

Akhir kata dari aku, hidup dengan berblogging memang menge'best'kan + menyeronokkan! *ni kata aku lah, kata korang aku tak tau*

Adios. Salam.



Sunday, September 18, 2011

Seminggu sudah..


Assalamualaikum w.b.t.

Setelah seminggu aku menjejakkan kaki di bumi Melaka, baru hari ni aku dapat meluangkan masa untuk meng'update' blog terchenta ni.

Hmm. Seminggu berlalu, macam2 perkara yang berlaku. Minggu pertama aku dah melaburkan duit kat segala pasaraya yang ada, minggu pertama aku dah buat orang sakit hati dengan aku, dan minggu pertama juga aku dah habiskan masa dengan pusing satu Melaka. Errr. *sakarstik*

Sem ni merupakan sem yang agak mencabar sebab aku kena tempuh 20 jam kredit *sikit je, kecoh la Najwa ni*.  Ini bukan sikit ye kawan2 tapi banyak sebab sem lepas aku kene tempuh 17 jam kredit aje. So sem lepas memang sem bersenang lenang. Tapi sem depan dan yang akan datang 23 jam kredit. Amek kau! Ish.

So sekarang aku masih berada dalam keadaan terkejut + terkujat n ter ter ter pape lagi lah dengan penambahan jam kredit ni n agak kalang kabut untuk berkejaran ke kelas. Al-maklum lah kelas kat tingkat 13 & 14 so terpaksa beratur menunggu lif yang selalu stuck tu, kalau terlambat, kena naik tangga la jawabnya. So the result is, kurus aku dibuatnya. HAHA!

Ehem. Keadaan rumah sewa pun ok aje. Walaupun pada awalnya ramai sangat komplen pasal apartment yang aku duduk ni, tapi aku rasa masalah2 yang timbul tu tak jadi masalah besar pun sampai perlu digembar gemburkan kat satu dunia. Cuma cara kita menghadapi masalah tu yang berbeza. Masing2 dah besar kan, so dah boleh fikir cara penyelesaian bagi setiap masalah yang berlaku. Untunglah dapat tempat tinggal, daripada duduk kat kawasan luar yang ada 1001 bahaya tu, so baik tinggal kat apartment ni je, kurang sikit bahayanya *errr...teremo laks!HEHE*.

Minggu ni kelas belum sibuk lagi, baru minggu first la katekan, so lecturer just bagi sesi perkenalan, rules n regulations semasa dikelas. Biasalah tu. So waktu2 lapang aku menghabiskan duit dengan pusing satu Melaka. Errr. Melaka Melaka Melaka. Bandar yang sesak.

Hmm. Aku rasa tu je yang aku nak coretkan hari ni, jumpa lagi pada masa2 akan datang. Kbai.

Salam.


AN : To all have a nice day. =)


Wednesday, September 14, 2011

Ok fine cuti dah habis!


Assalamualaikum pembuka bicara.

Ce tengok tajuk, sure punya korang dah tau benda apa yang aku nak sampaikan. 

Ehem! Perhatian2x, dengan ini secara rasminya aku nak maklumkan bahawa cuti semester selama empat bulan telah pun berakhir *walaupun kelas sudah berlangsung selama dua hari* *terlambat update*. 

So dengan ini, aku juga nak maklumkan bahawa masa aku untuk ber'blogging' serta ber'facebook'ing akan dihentikan dikurangkan seketika. Harap maklum. Kalau aku ada masa aku jalan2 kat blog korang yep.

Errr.... Terasa macam hidup tak complete lak kalau satu hari tak baca blog. Sedih. Sobs, sobsss dan sobssss *terima kenyataan Najwa bahawa perang dengan buku sudah bermula*. 

Ok2 kembali kepada topik asal. Cuti dah habis. Walaupun ramai tak dapat terima kenyataan tentang perkara tu tapi korang kena terima jugak.

Cuti tu memang best. Siapa kata cuti tak best? Meh habaq mai kat aku. Tapi lagi best kalau kita manfaatkan cuti tu dengan sebaik mungkin *macam yang aku buat! hait cehhh! HAHA*. 

Kalau cuti aku prefer untuk kerja daripada duduk dekat rumah menternak lemak yang dah sedia ada ni. 

Sambil cuti dapat kumpul pengalaman. Bak kata cousin aku "Experience which worth more than money".. Yupz dat's rite. Tapi duit pun berharga jugak, kalau tak ada duit tak hidup la kita ni. Senang kata dua2 berhargalah. 

Aku kerja sebab nak dapatkan duit *ayat kejam*. Even ramai membe aku kata "buat apa kerja anak peneroka felda kan kaya", yang kaya ayah aku bukan aku. Sampai bila asik dok susahkan mak ayah je, ada masa kita kena berdikari untuk dapatkan something dalam hidup kita.

Kalau korang nak tau apa kerja aku sepanjang cuti sem ni korang boleh klik link ini dan ini.

Setakat empat bulan aku kerja ni aku dapat kumpul lebih kurang RM1k++, masyuk tak? Campur duit raya dalam RM2k++ . Tu gaji bersih, kalau dah tolak aku shopping + wayang + topup untuk empat bulan so tinggal la RM1k ++, tapi Alhamdulillah duit tu lepas untuk aku bayar yuran, duit kolej n buku sem ni.

Ikot hati memang nak berjoli sakan bila dapat duit, nak tukar handphone, tukar laptop. Tapi apakan daya, terima jelah. Beringat sebelum terkena *saje nak share pengalaman dengan korang*.

So far, itu sebabnya aku suka kerja masa cuti semester.

Kepada korang2 yang baru start sem, wish aku untuk korang selamat study n buat yang terbaik. Hope sem ni lebih baik daripada sem2 yang sebelum ni. Amin.

Kepada mereka2 yang nak final exam minggu depan, good luck, buat yang terbaik, jangan mengalah sebelum kalah k. 

See ya. Salam.




AN : Sori entry ni guna bahasa rojak.
.

Thursday, September 8, 2011

Raya ke-3 punya cerita


Assalamualaikum w.b.t.

Hello guys! Nak sambung cerita pasal raya lagi ni. Ehem! Lex la kita masih dalam bulan raya lagikan. HEHE.

Ok kali ni nak cerita pasal agenda kami2 pada hari raya ke-3.

Pagi tu after sarapan, kakak n abang aku decided nak balik rumah (Felda Papan Timur). Tengah sibuk berkemas abang omar ajak pergi berkelah kat Tanjung Balau (dari rumah ke Tanjung Balau ada lah dalam 15 minit, dekat je).

Finally kiteorang angkut semua sepupu sepapat yang ada kat kampung tu. So total yang join kami adalah 20 orang yang disumbat dalam 3 buah kereta, da macam tin sardin aku tengokkan. Nasib korang la.




         


Kiteorang gerak dalam pukul 11.30 pagi, dalam pukul 1.30 petang dah sampai Kota Tinggi, tapi sebelum tu singgah Adela dulu, p beraya. Tuan rumah siap sediakan makanan lagu, memang best la kan, dah la masing2 tengah kelaparan. Credit to Siti atas layanan yang diberikan. HEHE.


     










Siap beraya terus gerak balik rumah kat Papan Timur. Lepak2 n masak2 sat lepas asar baru gerak pergi Tanjung Balau. Tak sangka lak time2 raya ramai yang beraya kat laut *seriously terkejut bila tengok kat sana ramai orang tengah berpiknik*. Memang meriah la kan.












 








After puas mandi manda, dalam pukul 7 kiteorang gerak balik rumah.

Agenda malam hari adalah beraya kat rumah jiran2. Kebetulan lak jiran sebelah wat open house, so memang rezeki kami la kan. 

Ehem! Lama tak jumpa teman2 sepermainan sekali jumpa semuanya dah besar, dah handsom + cun2 belaka *speechless!!HAHA*.


  


  


Ok see yaw... Daaa..

Salam.


Wednesday, September 7, 2011

Cerita Raya Ke-2..


Assalamualaikum pembuka bicara.

Lepas habis cerita pasal Agenda Malam Raya, kali ni nak sambung cerita untuk raya ke-2 lak.

Em, rasa'y pagi kiteorang takde wat pape, just lepak2 kat rumah sambil tengok tv, n tunggu orang datang beraya je.

Petang lak kiteorang dok sibuk buat kuih raya - cornflakes cokelat + kek batik. Terlebih rajin la tu.

Tak nak banyak cite aku kasik korang tengok gambar je.


  


    


   


Ok petang tu settle buat kuih raya dengan kek batik. Lepas tu sambung lepak2 sambil tengok tv.

Malam lak sesi main mercun beramai2. Berlawan main mercun dengan jiran sebelah menyebelah. Memang meriah la kan.


  


Lepas abis main mercun kiteorang terus gerak beraya kat rumah Cik Jah. Kiteorang disajikan dengan masakan asam pedas ikan mayung, perghhh memang sedap la kan. Sampai licin asam pedas tu dibuatnya.


  




Ce tengok kak ejun kalau jumpa kepala ikan mayung memang licin pinggan. Tak toleh kiri kanan la.

  

 Lepas makan dok lepak2, tengok tv, sambil online strymx la katekan.




Aksi terlampau



Dalam pukul 1 baru kiteorang gerak balik rumah atok.

Habis dah cerita raya ke-2 tahun ni.

Salam.


AN : Sat lagi nak sambung beraya, raya puas2 sebelum balik kampus.



Tuesday, September 6, 2011

Agenda Malam Raya


Assalamualaikum w.b.t. 

Ni entry sambungan Cerita Pagi Raya.

Habis cerita pasal pagi raya, sekarang ni nak cerita pasal malam raya lak.

Ok macam tahun2 sebelum ni setiap kali raya kitaorang akan adakan program yang dinamakan 'SHARING IS CARING'. 

Program ini bertujuan merapatkan ukuwah antara makcik2, pakcik2 dan juga diantara sepupu2, maklumlah kitaorang ni biasanya jumpa setahun sekali, tu pun time raya. Aku rasa kalau tak ada raya memang harapan la nak jumpa. 

Konsep dia senang je 'setiap orang kena cerita pasal kehidupan sendiri, tak kiralah pasal belajar ke, kerjaya ke, tak pun pasal isu2 semasa'.


Program dimulakan dengan cerita dari maktok dulu, tapi atok senang je, no story no comment (macam retis gitewww....haha)
Ni la atok aku yang paling simple + slumber, kalau cite pape problem kat die, senang je die jawab, biarlah orang buat kite jangan kite buat orang.


maktok bersama cicitnya yang pertama


Maklong cerita pasal kepentingan pengurusan dalam kehidupan.




Mokde cakap pasal cabaran dalam mendidik anak2.




Cik Midah cerita pasal komitmen dalam kehidupan (ringkasan isi cik midah)
1. Jangan ambil mudah bagi setiap komitmen yang diberikan.
2. Kerjaya tu penting dalam kehidupan. Even kita dah berkahwin, jangan sesekali berhenti kerja, sebab kita tak tau apa nasib kita pada masa akan datang.
3. Tak perlu bercinta dalam usia remaja. Rasa manis bercinta akan muncul bila kita bercinta dalam rumah tangga.




Cik Jah cakap pasal bakat yang ada dalam diri kita. Setiap orang ada kelebihan sendiri, cuba kita selami bakat apa yang ada dalam dalam diri kita then cuba tonjolkan bakat yang ada tu.




Ok abis turn makcik2 sekarang turn sepupu2 laks tok luahkan perasaan. Cewah! haha

Kita mulakan dengan yang paling tua dulu iaitu Kak Annur (kakak aku la). Kak Annur satu2nya sepupu yang dah berkahwin. So dia cerita pasal pengurusan masa dalam diri, perlu ada sifat 'give and take' dalam kehidupan berumah tangga, dan pengalaman bersalin (lama gila weh die cerita, tapi masing2 fokus dengar pengalaman bersalin tu...keh3)




Then turn abang long (abang ipo aku) die just cakap terima kasih sebab terima dia dalam keluarga kami. Tahun ni tahun first abang long beraya dengan kiteorang.




Kak ejun cerita pasal cabaran berkerja. Rasuah bermaharajalela cuma ikot hati je nak atau taknak.




Abang omar cerita pasal dendam. Kalau kita simpan dendam, macam2 boleh jadi. Bila emosi menguasai diri, kawan pun boleh jadi lawan.




Abang Apis cerita pasal personal life dia. Dulu dia hidup sosial, dah berakhir dah zaman tu, tapi sekarang baru sedar tentang satu kenyataan bahawa 'jual mahal baru orang pandang tinggi taraf kita'. Lagi satu pasal ibu tu lah segala2nya bagi kita.




Huzai lak share pasal, die baru jumpa identiti sebenar diri dia, sebelum ni hidup dia terumbang ambing. At last dia decide untuk berhenti belajar n cari kerja.




Pi'e cerita pasal pengalaman dia jadi FC bagi minggu orentasi kat KPTM. Daripada program tu banyak mengajar dia tentang cara nak jadi pemimpin. Dia ada cakap pasal BERSIH 'jangan label orang' tapi aku lupa ape isi dia...hehe




Aku cakap pasal cabaran dunia remaja. Andai sekali terleka maka hanyutlah kita. Kalau kita berada di atas jangan sesekali bangga diri sebab belum tentu kita selamanya berada di atas, ada masa kita akan jatuh gak. Cuba berdikari untuk dapatkan sesuatu jangan terlampau bergantung kepada mak bapak je.




Hanan cerita pasal join pergi kem kat USM kalau tak silap la. Dia kata bangga jadi cucu felda sebab sekarang ni ramai anak felda dan cucu felda berjaya dalam kehidupan diaorang.




Walid lak share pasal setiap orang ada kelebihan sendiri (more kepada study), jangan terlampau push anak untuk dapatkan 9 A / 10 A dalam SPM, sebab tak semua boleh cemerlang dalam pelajaran, ada yang cemerlang dalam bidang kemahiran, kenali minat anak then dorong dia ikut apa yang dia minat.
Pilih jodoh kerana agama bukan kerana nafsu. Tak perlu bercinta atau kapel time study. Percaya pada jodoh.




Hajar (form 4), dia tegur pasal aurat perempuan. Walaupun kita keluar rumah kita still kena jaga aurat.
Lagi satu pesanan hajar : Jangan ada trademark dalam periksa, contohnya setiap kali ada ujian, masing2 suka guna trademark "Ujian je kot" hasilnya semua result ke laut. Aku suka gaya hajar sebab dia tegas dalam bercakap sesuatu perkara even dia baru form 4.




At last, Hadi lak, dia ni baru form 2, malam tu dia xde share pape cuma die asik kena bahan sebab dah ada kapel yang dipanggil 'baby', kantol sudah. Ni semua bahana FB. So kalau nak share pape kene pandang sekeliling dulu, kalau tersilap langkah abeslah kiteorang kene bahan sentiasa. HEHE!




Ok itu je perkongsian kiteorang bagi program sharing kali ni. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Cuma apa yang menarik kali ni banyak nasihat pasal JODOH. Benda ni memang akan jadi topik panas setiap kali diperkatakan. Sampaikan nak buat satu program 'sharing tentang cinta gitew! HAHA!' tapi tak tau la bila menjadi mybe raya nex year baru program ni berjalan.










Program kali ni start dalam kul 9.30 malam n habis pada pukul 1.30 pagi. Memang terbaik la. Hope program ni still berjalan setiap tahun even masing2 dah berkahwin n ada kehidupan sendiri. Amin.

Ehem! Hari ni baru abis cerita pasai satu hari raya, untuk dua dan tiga hari raya belum lagi. Kalau takde aral esok aku sambung lagi. Terima kasih sebab sudi membaca. 

Salam.


AN : Kalau nak tau cerita program ni bagi raya yang lepas (2010) korang boleh klik SINI