Thankz 4 being my followers

Monday, August 29, 2011

Orang lain sibuk buat persiapan raya, tapi aku sibuk ONLINE..


Assalamualaikum w.b.t.

Aku rasa tajuk dah cukup membuatkan korang paham apa maksud entri aku ni.

Meh2 aku ulang balik tajuk entri kali ni : ORANG LAIN SIBUK BUAT PERSIAPAN RAYA, TAPI AKU SIBUK ONLINE. 

Aku rasa dak2 kat group blogger pun dah naik bosan bila tengok nama aku asik naik je lagi tadi pagi. Pagi ada, petang ada, malam ada, tengah malam pun ada. Aku ni tak prepare nak sambut raya ke?

Nak prepare camne weh, aku kat rumah lagi sekarang ni. Lainlah kalau dah kat kampung memang korang takkan nampak bayang aku online. Em, esok petang baru gerak balik kampung *aku memang suka tempoh jemmm*.

Tak pernah2 aku balik kampung sehari sebelum hari raya, tapi tahun ni dalam sejarah benda ni berlaku. Hmm.. Banyak sangat urusan yang perlu diselesaikan so tak dapat nak balik awal. Sedih! Sobs.. Sobs.. dan sobsss lagi..

Excited gile la weh nak balik kampung sampaikan mata aku tak boleh nak lelap *eh najwa bukan selalu ko memang tak tido malam ke?ehem!". Tak sabar nak rasa kemeriahan sambutan raya dekat kampung. DAM DIM DUMMMM bunyi mercun sana sini pastu rumah lak dihiasi dengan lampu pelita. Memang konfem meriah punyalah!

Kat sini tak rasa sangat suasana raya sebabnya aku stay kat taman perumahan kat area bandar *bosan*. Kalau nak rasa kemeriahan raya kat bandar korang kena pergi SHOPPING raya waktu2 macam ni, sebabnya korang akan jumpa ramai orang sibuk shopping last minutes *sama macam aku*, sampai korang pening kepala. Ditambah lagi dengan keadaan kesesakan lalu lintas bagi jalan yang menuju ke shopping complex, bazar malam dan juga uptown.

Oleh kerana aku tak balik kampung lagi so aku menghabiskan masa aku dengan meng'online'kan diri. Sampaikan aku dapat mesej peringatan dari celcom :

  From 2522 "Friendly Reminder: Yr Broadband usage is reaching the allocated 5GB/mth. Pls purchase additional volume or reduce your usage to avoid having yr speeds managed"

Kata aku : AAK?? (Ada Aku Kesah??HAHA) dush2x

So sekarang korang pun dah tau sebab ape aku dok online dari tadi pagi kan? *ade ke yang nak amek tau najwa?ade aje ~perasan sebentar~ HAHA*.

Ok la korang aku rasa tu je benda yang aku nak bebel pagi2 camni. Pape pun aku nak mintak jasa baik korang doakan perjalanan aku selamat sampai ke kampung esok petang. Amin. Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin untuk korang semua. Berhati2 di jalan raya. Ingatlah orang tersayang.

Salam.


AN : Mood excited!


3 263 Contengan Jalanan:

Cik Ekin said...

ha hati2 ye balik kampung. selamat hari raya! :D

fara aieda said...

same la kak wa..org pown rajen tgk dashboard gak...pastu suke bace entry org..tp jarang komen jer..hehe

An Najwa said...

@ ekin : orait tq...selamat hari raya!
kenal sy x?

@ fara : hahaha...kite serupa...ada geng!ske2...hahaaha