Thankz 4 being my followers

Friday, August 26, 2011

Mood Raya Dah Tiba


Assalamualaikum pembuka bicara.

Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk hari ke 26 kita berpuasa. Pejam celik pejam celik lagi tinggal tiga hari sahaja lagi untuk kita berpuasa. Agak2 amalan kita untuk ramadhan kali ni dah mencukupi atau belum ye. Terasa sekejap sungguh masa berlalu, detik demi detik masa berlalu meninggalkan kita. Cewah!! Dah macam ayat dalam Tahajjud Cinta laks! HEHE

Ok2 back to da topic.

Ehem. Nampaknya MOOD HARI RAYA dah berkunjung tiba. Masing2 tengah sibuk buat persiapan raya, ada yang shopping baju raya, shopping langsir raya, tukar perabot raya, kemas satu rumah, cat mengecat rumah, buat kuih raya serta sesi tukar RINGTONE lagu raya *ehem! memang berkobar2 la kan*. 

Aku punya persiapan raya kali ni biasa2 aje. Baju raya sebelum puasa lagi aku dah beli *over excited..hehe* yang lain2 berkaitan dengan raya, ayah yang uruskan. Misi mengumpul duit raya tahun ni still berjalan sama seperti tahun2 lepas *dah besarlah najwa...jangan mimpi dapat kumpul duit raya...ala boleh aje taun lepas dapat kumpul RM500++, alasan belajar masih boleh diterima pakai lagi...keh3x*

Tahun ni aku gn family raya rumah atok kat Felda Sungai Sayong, Kulai, Johor.

Hmm.. Sebenarnya entry ni bertujuan untuk cerita kenangan raya bersama arwah umi. So kepada sesiapa yang nak tahu sila teruskan pembacaan anda. Terima kasih.

Aku rindu nak rasa kemeriahan sambutan hari raya macam masa umi ada dulu.

Setiap kali nak raya kitaorang sibuk kemas rumah n cat rumah. Biasanya aku tolong abang aku cat rumah, sambil mengecat sambil layan lagu raya. Umi lak sibuk buat kuih raya kat dapur. Tengah sibuk mengecat rumah tetiba kuar lagu KHAI-DAMBAAN PILU *bukan lagu raya yea*... Adoiii taching betuii and now kalau dengar lagu tu aku mesti teringat time kitaorang cat uma dulu, kalau tak silap masa tu aku Form 3 tahun 2005.

Kalau bab kuih raya lak memang konpem HANDMADE punya. Mana ada kuih hujung jari *tunjuk* macam sekarang ni. Kuih yang wajib umi buat ialah kuih @ biskut mazola n biskut cokelat *biasanya umi buat banyak stok sampaikan terbuang segala kuih yang berlebihan bila abis raya*. Selain tu umi suke wat rempeyek, sekali buat memang siap stok untuk maktok kat kampung n kasik sedara mara yang ada..

Dulu start malam tujuh likur biasanya kiteorang akan pasang pelita keliling rumah. Ayah dah sediakan kayu untuk gantung pelita. Setiap hari after buka, tugas aku dengan adik aku pasang pelita. Adelah dalam 30 biji pelita untuk satu rumah. Memang terang benderang + meriah rrr rumah aku weh, rumah paling hujung lak tu so takdelah nampak suram sangat rumah tu. Lepas tu malam2 lepak kat luar rumah main mercun + tengok bintang2. Tak pun aku ronda satu kampung tengok kemeriahan malam tujuh likur *tapi dah lama aku tinggalkan zaman2 ni*. Balik rumah biasanya kitaorang akan spend time untuk berbual dengan umi. Time ni dia banyak bagi nasihat untuk kami. Tapi kami ni je masuk telinga kanan n keluar telinga kiri. HEHE.

Erm.. Tahun 2006 adalah tahun pertama dan terakhir aku dengan family beraya dengan umi kat rumah. Selama ni kitaorang beraya kat kampung. Masa tahun 2006 rumah aku baru separuh siap, belum siap sepenuhnya so umi decided untuk raya kat rumah je. Patutlah umi excited semacam nak raya kat rumah, rupanya tahun tu tahun terakhir dia beraya dengan kami.

Sekarang ni dah tahun 2011 so bermakna dah empat tahun umi tinggalkan kami. Memang cukup2 terasa kehilangannya lebih2 lagi time raya macam ni.

Kemeriahan raya bagi kitaorang satu family dah tak semeriah raya dulu. Nak raya kat rumah pun dah takde feel. Sekarang ni 1st day raya mesti kat rumah atok. 

Pape pun hope raya kali ni muncul sinar kebahagiaan dalam kehidupan kami sekeluarga. AMIN.

Aku rasa itu je coretan aku untuk kali ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua sahabat2 blogger.

Salam.


0 263 Contengan Jalanan: