Thankz 4 being my followers

Saturday, August 27, 2011

Kelebihan Join Group Blogger


Assalamalaikum w.b.t.

Korang2 kali ni aku nak share pasal kelebihan join group blogger yang ada dalam mukabuku.

Em, before ni aku tak pernah join pape group dalam mukabuku. Sampai satu hari tu membe aku add aku dalam uitm blogger. Then, tetiba aku baru tersedar *macam baru bangun tido gitu* rupanya banyak group blogger yang dah lama bertapak dalam mukabuku ni, sampaikan members diaorang dah berpuluh ribu. Cayalah weh!

Kerja aku di malam hari adalah blogwalking dari satu blog ke satu blog yang ada. Penangan blog ni membuatkan aku tak tido malam. Dengan join group blogger kita dapat tambah kenalan serta dapat memperluaskan pembacaan kita *agak skema di situ*.

Selain tu, kita akan jumpa blog blogger terkenal, yang hasil tulisannya memang TIP TOP. Seriously before ni aku tak berapa terdedah dengan benda2 ni, tapi sejak aku join group blogger baru aku tau ramai blogger yang berbakat dalam hasil penulisan mereka *nak sign boleh?hehe*.

Sebelum ni aku just baca entry mereka2 yang aku follow jek (tu pun yang update blog la), sampaikan aku tak tau nak baca entry sape lagi. *untunglah korang dapat follower macam aku, aku rajin cek dashboard tau! So secara tak langsung aku jadi pengunjung setia blog korang walaupun aku tak tinggalkan jejak.. Bangga sekejap.. Dush2x! HAHA*

Sekarang aku banyak baca blog mereka2 yang ping kat group blogger. So aku rasa kalau ada entry yang perlu dikomen aku akan komen.

Cuma aku harap sangat korang jangan letak widget yang berat2 kat blog korang, sebab ia membuatkan pengembaraan aku terbatas *cheh*. Agak2 kalau dah lima minit loading blog korang tak abes2 aku terus blah. Kesian la kat aku ni, dah la line broadband lemau semacam *kene panjat bumbung baru dapat full line. Oh semm!*. So walaupun entry korang best aku tak dapat nak baca. Kesiankan kat aku, korang tak kesian ke? *macam nak mintak pelempang jek! HAHA*.

Ehem. Aku terasa entry aku ni lari sikit dari tajuk. Kau rasa tak? HAHA..

Pesanan penaja : Kalau nak luaskan pembacaan anda2 boleh join group blogger yang ada dalam mukabuku. Terima kasih. :)

Salam.


4 263 Contengan Jalanan:

owner : Lynn said...

hai...saya dengan ini menyatakan persetujuan terhadap entry anda ini...ohoi~~~ haha..

An Najwa said...

@lynn : terima kasih kerana bersetuju...keh3

Nur Hamizzah said...

haha. that's true. memang bnyak group2 blogger dekat fb :)

An Najwa said...

@hamizzah : betul tu sampai tak tau nak join yg mana 1 :)