Thankz 4 being my followers

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya!!!


Assalamualaikum pembuka bicara.

Korang2 memandangkan sat lagi aku nak gerak balik kampung so dikesempatan ni aku nak ucapkan :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua umat islam di seluruh dunia *meriah gitu...hehe*.

especially kepada :

kawan2 se'permainan' (ingat lagi tak dulu kita suka main kejar2, sembunyi2, masak2, kawin2, main guli, baling selipar, softball, main basikal, main ting2, batu seremban n panjat pokok, tak lupa jugak ponteng puasa sama2...keh3x.. *rindu!*)

kawan2 TADIKA kemas Felda Papan Timur

kawan2 Sekolah Agama Felda Papan Timur

kawan2 Sekolah Kebangsaan Bandar Mas

kawan2 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mas

kawan2 UiTM Segamat

kawan2 UiTM Kampus Bandaraya Melaka

kawan2 blogger, Blogger Area & Sahabat Blogger

dan juga kepada mereka2 yang mengenali diri ni..

nak MINTA MAAF kalau ada salah silap sepanjang perkenalan kita ni.

semoga ukuwah persahabatan yang terjalin antara kita ni akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.




AN : Buang yang keruh dan ambil yang jernih, semoga syawal kali ni lebih bermakna untuk diri kita..


Orang lain sibuk buat persiapan raya, tapi aku sibuk ONLINE..


Assalamualaikum w.b.t.

Aku rasa tajuk dah cukup membuatkan korang paham apa maksud entri aku ni.

Meh2 aku ulang balik tajuk entri kali ni : ORANG LAIN SIBUK BUAT PERSIAPAN RAYA, TAPI AKU SIBUK ONLINE. 

Aku rasa dak2 kat group blogger pun dah naik bosan bila tengok nama aku asik naik je lagi tadi pagi. Pagi ada, petang ada, malam ada, tengah malam pun ada. Aku ni tak prepare nak sambut raya ke?

Nak prepare camne weh, aku kat rumah lagi sekarang ni. Lainlah kalau dah kat kampung memang korang takkan nampak bayang aku online. Em, esok petang baru gerak balik kampung *aku memang suka tempoh jemmm*.

Tak pernah2 aku balik kampung sehari sebelum hari raya, tapi tahun ni dalam sejarah benda ni berlaku. Hmm.. Banyak sangat urusan yang perlu diselesaikan so tak dapat nak balik awal. Sedih! Sobs.. Sobs.. dan sobsss lagi..

Excited gile la weh nak balik kampung sampaikan mata aku tak boleh nak lelap *eh najwa bukan selalu ko memang tak tido malam ke?ehem!". Tak sabar nak rasa kemeriahan sambutan raya dekat kampung. DAM DIM DUMMMM bunyi mercun sana sini pastu rumah lak dihiasi dengan lampu pelita. Memang konfem meriah punyalah!

Kat sini tak rasa sangat suasana raya sebabnya aku stay kat taman perumahan kat area bandar *bosan*. Kalau nak rasa kemeriahan raya kat bandar korang kena pergi SHOPPING raya waktu2 macam ni, sebabnya korang akan jumpa ramai orang sibuk shopping last minutes *sama macam aku*, sampai korang pening kepala. Ditambah lagi dengan keadaan kesesakan lalu lintas bagi jalan yang menuju ke shopping complex, bazar malam dan juga uptown.

Oleh kerana aku tak balik kampung lagi so aku menghabiskan masa aku dengan meng'online'kan diri. Sampaikan aku dapat mesej peringatan dari celcom :

  From 2522 "Friendly Reminder: Yr Broadband usage is reaching the allocated 5GB/mth. Pls purchase additional volume or reduce your usage to avoid having yr speeds managed"

Kata aku : AAK?? (Ada Aku Kesah??HAHA) dush2x

So sekarang korang pun dah tau sebab ape aku dok online dari tadi pagi kan? *ade ke yang nak amek tau najwa?ade aje ~perasan sebentar~ HAHA*.

Ok la korang aku rasa tu je benda yang aku nak bebel pagi2 camni. Pape pun aku nak mintak jasa baik korang doakan perjalanan aku selamat sampai ke kampung esok petang. Amin. Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin untuk korang semua. Berhati2 di jalan raya. Ingatlah orang tersayang.

Salam.


AN : Mood excited!


Saturday, August 27, 2011

Kelebihan Join Group Blogger


Assalamalaikum w.b.t.

Korang2 kali ni aku nak share pasal kelebihan join group blogger yang ada dalam mukabuku.

Em, before ni aku tak pernah join pape group dalam mukabuku. Sampai satu hari tu membe aku add aku dalam uitm blogger. Then, tetiba aku baru tersedar *macam baru bangun tido gitu* rupanya banyak group blogger yang dah lama bertapak dalam mukabuku ni, sampaikan members diaorang dah berpuluh ribu. Cayalah weh!

Kerja aku di malam hari adalah blogwalking dari satu blog ke satu blog yang ada. Penangan blog ni membuatkan aku tak tido malam. Dengan join group blogger kita dapat tambah kenalan serta dapat memperluaskan pembacaan kita *agak skema di situ*.

Selain tu, kita akan jumpa blog blogger terkenal, yang hasil tulisannya memang TIP TOP. Seriously before ni aku tak berapa terdedah dengan benda2 ni, tapi sejak aku join group blogger baru aku tau ramai blogger yang berbakat dalam hasil penulisan mereka *nak sign boleh?hehe*.

Sebelum ni aku just baca entry mereka2 yang aku follow jek (tu pun yang update blog la), sampaikan aku tak tau nak baca entry sape lagi. *untunglah korang dapat follower macam aku, aku rajin cek dashboard tau! So secara tak langsung aku jadi pengunjung setia blog korang walaupun aku tak tinggalkan jejak.. Bangga sekejap.. Dush2x! HAHA*

Sekarang aku banyak baca blog mereka2 yang ping kat group blogger. So aku rasa kalau ada entry yang perlu dikomen aku akan komen.

Cuma aku harap sangat korang jangan letak widget yang berat2 kat blog korang, sebab ia membuatkan pengembaraan aku terbatas *cheh*. Agak2 kalau dah lima minit loading blog korang tak abes2 aku terus blah. Kesian la kat aku ni, dah la line broadband lemau semacam *kene panjat bumbung baru dapat full line. Oh semm!*. So walaupun entry korang best aku tak dapat nak baca. Kesiankan kat aku, korang tak kesian ke? *macam nak mintak pelempang jek! HAHA*.

Ehem. Aku terasa entry aku ni lari sikit dari tajuk. Kau rasa tak? HAHA..

Pesanan penaja : Kalau nak luaskan pembacaan anda2 boleh join group blogger yang ada dalam mukabuku. Terima kasih. :)

Salam.


Friday, August 26, 2011

Mood Raya Dah Tiba


Assalamualaikum pembuka bicara.

Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk hari ke 26 kita berpuasa. Pejam celik pejam celik lagi tinggal tiga hari sahaja lagi untuk kita berpuasa. Agak2 amalan kita untuk ramadhan kali ni dah mencukupi atau belum ye. Terasa sekejap sungguh masa berlalu, detik demi detik masa berlalu meninggalkan kita. Cewah!! Dah macam ayat dalam Tahajjud Cinta laks! HEHE

Ok2 back to da topic.

Ehem. Nampaknya MOOD HARI RAYA dah berkunjung tiba. Masing2 tengah sibuk buat persiapan raya, ada yang shopping baju raya, shopping langsir raya, tukar perabot raya, kemas satu rumah, cat mengecat rumah, buat kuih raya serta sesi tukar RINGTONE lagu raya *ehem! memang berkobar2 la kan*. 

Aku punya persiapan raya kali ni biasa2 aje. Baju raya sebelum puasa lagi aku dah beli *over excited..hehe* yang lain2 berkaitan dengan raya, ayah yang uruskan. Misi mengumpul duit raya tahun ni still berjalan sama seperti tahun2 lepas *dah besarlah najwa...jangan mimpi dapat kumpul duit raya...ala boleh aje taun lepas dapat kumpul RM500++, alasan belajar masih boleh diterima pakai lagi...keh3x*

Tahun ni aku gn family raya rumah atok kat Felda Sungai Sayong, Kulai, Johor.

Hmm.. Sebenarnya entry ni bertujuan untuk cerita kenangan raya bersama arwah umi. So kepada sesiapa yang nak tahu sila teruskan pembacaan anda. Terima kasih.

Aku rindu nak rasa kemeriahan sambutan hari raya macam masa umi ada dulu.

Setiap kali nak raya kitaorang sibuk kemas rumah n cat rumah. Biasanya aku tolong abang aku cat rumah, sambil mengecat sambil layan lagu raya. Umi lak sibuk buat kuih raya kat dapur. Tengah sibuk mengecat rumah tetiba kuar lagu KHAI-DAMBAAN PILU *bukan lagu raya yea*... Adoiii taching betuii and now kalau dengar lagu tu aku mesti teringat time kitaorang cat uma dulu, kalau tak silap masa tu aku Form 3 tahun 2005.

Kalau bab kuih raya lak memang konpem HANDMADE punya. Mana ada kuih hujung jari *tunjuk* macam sekarang ni. Kuih yang wajib umi buat ialah kuih @ biskut mazola n biskut cokelat *biasanya umi buat banyak stok sampaikan terbuang segala kuih yang berlebihan bila abis raya*. Selain tu umi suke wat rempeyek, sekali buat memang siap stok untuk maktok kat kampung n kasik sedara mara yang ada..

Dulu start malam tujuh likur biasanya kiteorang akan pasang pelita keliling rumah. Ayah dah sediakan kayu untuk gantung pelita. Setiap hari after buka, tugas aku dengan adik aku pasang pelita. Adelah dalam 30 biji pelita untuk satu rumah. Memang terang benderang + meriah rrr rumah aku weh, rumah paling hujung lak tu so takdelah nampak suram sangat rumah tu. Lepas tu malam2 lepak kat luar rumah main mercun + tengok bintang2. Tak pun aku ronda satu kampung tengok kemeriahan malam tujuh likur *tapi dah lama aku tinggalkan zaman2 ni*. Balik rumah biasanya kitaorang akan spend time untuk berbual dengan umi. Time ni dia banyak bagi nasihat untuk kami. Tapi kami ni je masuk telinga kanan n keluar telinga kiri. HEHE.

Erm.. Tahun 2006 adalah tahun pertama dan terakhir aku dengan family beraya dengan umi kat rumah. Selama ni kitaorang beraya kat kampung. Masa tahun 2006 rumah aku baru separuh siap, belum siap sepenuhnya so umi decided untuk raya kat rumah je. Patutlah umi excited semacam nak raya kat rumah, rupanya tahun tu tahun terakhir dia beraya dengan kami.

Sekarang ni dah tahun 2011 so bermakna dah empat tahun umi tinggalkan kami. Memang cukup2 terasa kehilangannya lebih2 lagi time raya macam ni.

Kemeriahan raya bagi kitaorang satu family dah tak semeriah raya dulu. Nak raya kat rumah pun dah takde feel. Sekarang ni 1st day raya mesti kat rumah atok. 

Pape pun hope raya kali ni muncul sinar kebahagiaan dalam kehidupan kami sekeluarga. AMIN.

Aku rasa itu je coretan aku untuk kali ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua sahabat2 blogger.

Salam.


Thursday, August 25, 2011

Boleh Mintak Tolong?


Assalamualaikum pembuka bicara.

Ermmm.. Kali ni aku nak minta jasa baik korang untuk share info tentang tempat belajar.

Macam ni ceritanya, ada seorang sahabat ingin melanjutkan pelajarannya dalam bidang SYARIAH di IPTA/IPTS yang ada kat Malaysia ni.

Dia berkelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

So setelah puas aku guna khidmat pokcik google untuk mendapatkan maklumat. Agak tidak tercapai hasratku untuk mendapatkan informasi penuh tentang IPTA/IPTS yang ada (selain UIA).

So kalau korang ada pape info boleh tolong share sama aku ye.

Kalau boleh share la pasal kelulusan yang diperlukan, bayaran yang dikenakan, cara nak apply n yang seangkatan dengannyalah (kalau kasik link terus ke IPTA/IPTS yang ada lagi bagus)

Terima kasih diucapkan kepada korang2 yang sudi membantu.

Salam.


AN : Kenapa aku terasa ayat aku begitu skema ye?ermmm mungkin disebabkan mood berblogging aku semakin hari semakin berkurangan.....hmmmmmmm...


Tuesday, August 23, 2011

Kalau kita..


Kalau kita sukakan seseorang,

Jangan beritahu si dia,

Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.

Tapi luahkan pada Allah,

Beritahulah Allah, 

Mengadulah kepadaNya,

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita.


p/s : Buat yang belum berkahwin




Tuesday, August 16, 2011

Cerita Pasal DOTA..


Assalamualaikum pembuka bicara..

Hye kamu2 ok kali ni aku nak cerita pasal DOTA.

Korang pernah dengar tak pasal game DOTA? Aku rasa most of boys already know about it. Kalau perempuan *mungkin sebahagian kecil je yang tau pasal game ni..




Dota ni sejenis permainan alam maya, ia yang berunsurkan warcraft dan kita kene fight untuk pertahankan tower kita.. Sekali main konpem addicted punya. Mengikut kata tok guru aku cara nak main boleh online melalui web Gerena (ala2 YM gitu) tak pun download software n main ramai2 menggunakan 'cable network'..




Aku tertarik nak main dota bila tengok status membe2 aku kat mukabuku, asik2 dota asik2 dota, mana boleh tahan beb! At last aku pun try buat research sikit pasal dota. (nak main game pun siap buat research lagi, gile kentang la ko najwa... :))

Kalau first time main aku rasa korang mesti bengong jap, macam aku. HAHA

Sebenarnya aku baru ber'MANJA2' dengan dota, so kira noob + freshie lagi dalam dunia dota ni.

Nak dijadikan cerita satu hari aku ada kenal dengan sorang dak ni, die dak KBM jugak. Cite punya cite at last keluar cerita pasal dota, then dia kata kalau nak die boleh poskan software dota kat aku, aku cakap ok je..

Dua tiga hari lepas tu software tu sampai ke rumah aku. Gile excited weh, tak sangka lak dia pos betul2x.
Anyway thanks to enchik izwan stark a.k.a tok guru atas sumbangan tersebut...=)

Start dapat game 2 aku gandakan research pasal dota. Cewah!! HAHA.. Tapi hakikatnya teori TAK SAMA dengan praktikal. Ko baca la banyak mana pun info pasal dota tapi kalau tak try main memang ke laut la jadi'y..

Aku ada try main sendiri tapi at last sesat TAK jumpa jalan pulang.. HAHA

Then aku deal dengan tok guru untuk main online. So dengan bimbingan + kesabaran tok guru guide aku at last berjaya gak aku main walaupun untuk yang basic sahaja. *Hait ceh!  Gaya cakap macam da PRO je ko ni najwa.... Memang pro pun tapi PRO-sak la... HAHA*

Korang ada cerita pasal dota? Meh share dengan aku..

Hidup dota! Hidup Dota! HAHA

K la korang see u again..

Adios & salam.

Selamat bersahur + Selamat menjalani ibadah puasa..


Saturday, August 13, 2011

Aku Ada Satu Soalan...


Assalamualaikum pembuka bicara..

Hye kamu2x..... Tak tidoq lagi ka? Aku tengok ramai tol yang ping blog kat page blogger mukabuku time2 camni.. Korang musti tengah tunggu saat2 nak sahur kan.. Pape pun selamat bersahur ye..

Erm.. Sebenarnya aku nak tanya korang satu soalan ni..

Boleh tak kita tukar email yang kita dah daftarkan untuk facebook & blogspot kepada URL email yang baru??


Aku terasa serabut pale otak bila cek email..

Mana taknya notification dari facebook + blogspot + personal email telah bercampur menjadi satu.

Pening wooo nak cek satu2, aku rasa email aku tu boleh bertukar jadi gulai dah.

Biasanya satu hari tiga kali aku cek email ( pagi + petang + malam ). Kalau tak cek memang berlambak2 la inbox aku jadinya, bukan apa aku cuma takut ada personal email yang penting terlepas pandang, kan susah jadinya.

Hope ada yang sudi membantu.

Anyway thanks!

Selamat bersahur semua..


Thursday, August 11, 2011

Segmen cx's : geng UiTM by campus


Jom ramai2 kita join :

Segmen cx's : geng UiTM by campus


UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM)

BACC (account)

Part 2

Saya nak tag awak2 dari UiTM Segamat :



the pikapiko


AN : UiTM di Hatiku !


Cerita Tentang Dunia Blog


Assalamualaikum pembuka bicara..

Hye kamu2 bertemu kita kembali di hari yang baru dengan tujuan yang baru dan cerita yang baru..:)

Korang2 sori lately aku jarang update blog, kekeringan idea la derrr....situasi ni baru sekarang berlaku, tak macam masa awal2 aku buat blog ni, kalau dulu setiap hari ada je benda yang aku nak coretkan, tapi sekarang hari2 aku dok kerah otak nak tulis ape tapi tak kuar2 jugak benda yang aku nak tulis tu, sampaikan kebanyakkan post yang aku buat semuanya sekerat jalan, n at last simpan jadi draft jek..ish3x..

So sekarang ni aku lebih suka jadi silent readers. Kalau mood ter'over' n line internet smooth je aku akan jadi 'pengomen tegar' kat setiap blog yang aku singgah.

Aku start buat blog ni pada september 2009, tu pun sebab terpengaruh dengan roomate aku, lecturer dia suruh buat assigment guna blog so aku dengan baik hatinya tolong la die, at last aku sendiri jatuh chenta dengan dunia blog. So sekarang ni usia blog aku da masuk 1 tahun 11 bulan, kiranya da nak genap dua tahun aku menceburi dunia blog. 

Sememangnya dunia blog ni amat menyeronokkan, sebabnya banyak benda yang aku belajar n banyak info yang aku dapat dari ber'blogging'. Bila berbual dengan membe + makcik + pakcik + abang + kakak aku pasal satu topik, aku suka petik ayat ni :
' baru2 ni najwa ada baca satu blog dia kata...................."
kiranya dari blog kita dapat share satu benda dengan orang lain. Seronokkan? *ehem! skemakan ayat aku??HAHA*

Blog aku ni banyak cerita tentang JOURNAL OF MY LIFE. Cuma kadang2 jek aku share pasal isu2 semasa macam POLITIK + BOLA, tips2 lovely dovey, n tutorial. Aku rasa 90% cerita dalam blog ni pasal kehidupan aku sebagai seorang pelajar.

Gaya aku dalam menulis more kepada serius n straight to da point. Aku tak reti nak buat ayat jiwang karat, ayat euwww euuuwwwwww, ayat yang romantika de amour n yang seangkatan dengannyalah. *gua ni rockers beb! HAHA*

Kalau korang nak tau, kebanyakkan personaliti tuan empunya blog adalah berbeza bila dia berada di alam maya n di dunia nyata. Mungkin bila kita baca blog someone tu kita kata dia ni mesti sporting + sempoi + slumber. Tapi hakikatnya in reality dia adalah seorang yang pendiam + pemalu n anti sosial. It's a fact! =)

Ehem2x... Sebenarnya tujuan aku tulis entry ni sebab nak share pasal group Geng Blogger yang baru aku join kat mukabuku tapi MUQADIMAH aku TERPANJANG pulak....hehe 

Nama geng blogger ni adalah *tetibe jek! HEHE*





First2 join group ni aku rasa ok la. Admin dia peramah n suka LIKE status orang. hehe. So aku just go on je dengan group ni. At last aku lak dilantik jadi admin. Fwahhh cayalah. Tapi aku ni admin tak aktif sebabnya line internet aku ni lemau cam siput sedut so aku just tolong kalau ada ape2 pertanyaan tentang blog je. Kalau nak chat + balas2 komen memang susahlah. 

Before ni aku ada gak join group geng2 blogger kat FB. Tapi aku terasa macam tak ada communication antara satu sama lain. So aku leave je group2 yang ada tu.

So kepada korang2 kalau nak join boleh klik kat link yang aku bagi tu. Dari group tu kita dapat ramai membe2 baru n dapat tukar2 link blog antara satu sama lain.

Lagi satu, kita dapat trace blog yang best2 yang kita tak pernah jumpa selama ni... Cewah!! hehe

Ada lagi satu group yang korang boleh join.





Group ni khusus untuk blogger UiTM seluruh Malaysia. Kat sini korang dapat tambah kenalan dengan membe2 UiTM kampus lain. Kita jalinkan ukuwah sesama manusia! Cewah! hehe

Ok la korang aku terasa entry ni ter'PANJANG' pulak, so terima kasih kepada korang yang telah membaca entry ni sampai ke titik penghujungnya. =)

Selamat bersahur + berpuasa semua! daaaa...

Salam.


Monday, August 8, 2011

Dugaan Ramadhan


TIDUR

TIDURRR

&

TIDORRRRRRRR  + SLEEPING BEAUTY

ape nak jadi la....ish3... .HAHA

k selamat berbuka semua! =)


Wednesday, August 3, 2011

Tahfiz


Assalamualaikum pembuka bicara..

selamat bersahur + selamat berpuasa ye kawan2x!

kali ni aku nak share pasal 'TAHFIZ/HAFAZ AL-QURAN'

korang tengok tak program 'KALAMULLAH' kat tv3 pukul 5.30 pagi?

untuk hari ke-3 puasa ni aku memang tak terlepas dari tengok program ni..

cerita pasal budak2x sekolah tahfiz perdengarkan ayat hafazan diaorang.

Ya Allah kagum'y tengok! kecik2x lagi dah menghafaz Al-Quran..

bagusnya! fullstop.

seriously teruja tengok diaorang hafaz Al-Quran..

tiba2x terdetik 'kalaulah aku macam diaorang kan bagus'

perasaan tu memang tak dapat dinafikan bila korang tengok program ni..

memang semua orang boleh hafaz al-quran tapi tak semua dapat laksanakan dengan sempurna..

sebabnya semua tu ikut hati.................

kalau sendiri nak buat memang susah la kan...tapi kalau kita istiqomah dalam laksanakan sesuatu perkara InsyaAllah niat murni tu akan terlaksana..

pekata korang tengok baru korang dapat rasa ape yang aku rasa....

KALAMULLAH

TV3

5.30 pagi

Jangan lupa tengok tau!




k salam.

AN : Bila pergi solat terawih kat Parit Sakai (Muar) terpegun dengar suara imam yang lunak + merdu... Imam kat situ budak sekolah tahfiz, kecik lagi dah jadi imam. Subahanallah.