Thankz 4 being my followers

Sunday, July 3, 2011

Apa nak jadi ni?


Hye korang2x..

hermm...aku rasa korang2 mesti peka dengan isu2 yang berlaku di Malaysia sekarang ni..

isu politik di mana perhimpunan bersih akan diadakan pada 9 Julai 2011

apa nak jadi dengan politik sekarang ni??

before ni memang aku akui aku tak amek kisah langsung pasal politik

tapi after kazen aku tegur 

" kita ni belajar2 jugak tapi tak patutlah kalau tak amek tau langsung pasal politik sebab'y kalau tak ada politik belum tentu kita dapat belajar macam sekarang ni "

i accept it! since kene sound baru aku go thru dengan politik yang berlaku kat Malaysia ni.....hmmm...banyak gak info yang aku dapat...

kt bawah ni lagi satu pandangan terhadap politik, aku copy paste dari perbualan kazen aku gn makcik aku kat facebook..

" erm, maybe as a mther, cik midah bleh gtau kat dia, hkikatnya politik sbhgian dr agama, so bila mana kita "dislike" politik, mknanya SEOLAH2 cam kita dislike a part of agama 2 jugak, sbb agama sua2 bnda yg kita kne trima scara total, xleh amik suku2.. mgkin kita suka beribadat, tp dlm masa yg sama kita tolak politik sdgkan dua2 bnda 2 sbhgn dr agama, so nmpak sgt ke-tidakbetulan-nya d c2.. erm, mgkn sbg prmulaan, myb she can usha2 Malaysiakini (BM Version) instead of mysoju.com or smething like dat..hehe

xpalah, dia akn lbih phm kpentingan politik thru de time.. =).. lgpon normal sbnanya prmpuan lbih kurg mint dgn politik ni, Siti Hajar pon g2 gak, dlu kat political view dia siap tulis "not interested"(kalau x silap sy).. but since sy sound dia dpn umi, skg dia dah delete opinion dia 2.. sape x bengang an, ape dia lupa ke dia hdup dgn duit apa..huhu.. at least show la some respect to her father an.. "

ada betul'y kazen aku cakap tu...kita kena amek tau pasal politik, jangan amek sambil lewa jek, sebab ia berkaitan dengan kehidupan kita..

aku tau kebanyakkan student tak berapa amek kisah pasal politik ni.....so kepada kawan2ku pekata kita ubah persepsi kita terhadap politik n cuba amek tau pasal politik yang berlaku kat Malaysia, sebab kita rakyat Malaysia...cewah!! hehe

ish panjang tol mukadimah aku aryni...haha

sebenarnya tujuan aku post topik ni sebab aku nak cerita pasal perhimpunan bersih

aku tau ramai tak sokong pasal perhimpunan ni, tapikan janganlah sampai orang pakai baju BERSIH pun kene halau daripada sembahyang kat MASJID?

kalau korang nak tau lebih lanjut korang boleh baca kat SINI

orang nak sembahyang nak bertemu dengan Allah, kau boleh halau macam tu je?!

WTH la weh?! akal letak kat mana?

bengang lak bila aku baca berita ni..

aku tau perhimpunan tu memang tak patut dijalankan

tapi jangan sampai Agama pun kau buat mainan!

aku rasa before korang cakap tentang isu perhimpunan ni, pekata korang tengok dulu apa tuntutan BERSIH?

sebab apa diaorang decided untuk jalankan perhimpunan sedangkan dyorang boleh hantar memorandum tanpa adanya perhimpunan?

aku tak kata aku sokong bersih mahupun umno + yang seangkatan dengan'y la..

kita jadi orang kena dengar dari kedua-dua pihak...

tak perlu dengar dari sebelah pihak sahaja lepas tu kasik bermacam tuduhan + tomahan...

aku rasa 8 TUNTUTAN BERSIH ada benarnya, cuma cara mereka salah sebab adakan perhimpunan...

kalau korang nak taw sebab apa dyorang decided nak adakan perhimpunan korang boleh GOOGLE sendiri, dari situ korang akan dapat macam2 maklumat..

lagi satu yang aku pening kepala tengokkan adalah : 

kenapa perlu wujudnya perkataan HARAM memakai baju KUNING?

kenapa orang sekarang ni suka sangat meng'HALAL'kan apa yang 'HARAM'

dan meng'HARAM'kan apa yang 'HALAL'??

ish dunia2x..

so kesimpulan'y di sini, kita ada akal so kita boleh nilai sendiri mana yang baik dan mana yang buruk..

k la tu je coretan aku tok kali ni...salam...


SUMBER :
harakahdaily.my
siasah
berita harian
pakcik google


5 263 Contengan Jalanan:

Anonymous said...

aku rasa bagi yang tak paham apa2 tak payahla bersuara.. apasal plak tak boleh adakan perhimpunan?? kalau kerajaan buat, siap panggil artis lagi boleh plak? lgisatu, kalau ko betul2 paham lah, mana boleh diorang haramkan perhimpunan sebab semua parti pun berhak dapat hak yang sama..dahlah sekarang ni berat sebelah, media dah tentu2 kerajaan je yang pegang jadi apa option pembangkang utk bersuara. Dan jangan lupa, sejak perhimpunan Bersih yg pertama baru nampak perubahan lepastu, tengok baru pembangkang dapat menang 5 negeri dalam PRU. Benda2 ni la yg kerajaan takut. Dahlah, cakap byk pun mmg ramai org tak paham mende ni. Sbb bukan sume org rajin follow politik dan dapatkan dari sumber2 alternatif. yg korang tau apa yg media suap je.

aku tak bermaksud apa2, ko nak delete komen aku ni pun boleh. cuma please lah, sebelum bersuara phm sikit erti sebenar 'hak berperhimpunan' tu. Jgn tgk malaysia je, ambil negara lain juga sbg contoh

Anonymous said...

okey..politik.

An Najwa said...

kepada anonymous di atas, aku rasa xperlu aku nak delete komen ko, sebab apa yang ko cakap 2 memang 100% betul..

aku terlupa nak state pasal hak kebebasan suatu parti politik untuk mengadakan perhimpunan..ia memang ada state dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan..iaitu hak untuk mengadakan perhimpunan..

aku pun tau pasal kesan perhimpunan yang dia jalankan pada tahun 2007 lepas..

aku tau kerajaan memang takut kejadian sama akan berulang untuk PRU kali ni..

aku tau pasal mainan kotor politik ni..

cuma dalam post aku, aku tak huraikan semua sebabnya nanti konpem jadi isu hot..

aku just nyatakan pandangan aku terhadap perhimpunan bersih ni..

dat's all..

Anonymous said...

ok aku minta maaf kalau terkasar bahasa..mungkin sbg sorang yg menyokong perhimpunan bersih, aku agak emo bila dengar pasal ni..aku harap ko xslh phm mksd aku ye.. bgsla kalau ko kaji sblm bersuara, sbb kebanyakan org skrg ni main cakap je walhal tak tau sgt pon. Tu yg info sume dia main ckp ikut sedap mulut, huh. Politik kan hak setiap individu, satu tanggung jawab. Maaf sekali lagi. Peace.

An Najwa said...

orait beb aku ok je...hehe

pape pn thankz ats keperihatinan ko, n thankz coz sudi bace blog aku yg x seberapa ni...=)

peace no war...;)