Thankz 4 being my followers

Sunday, July 31, 2011

Esok Puasa


Yeah2x esok puasa..

teruja aku nak sambut puasa kali ni....Alhamdulillah...


dikesempatan ni aku nak ucapkan 

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

semoga Ramadhan kali ni membawa seribu keberkatan kepada diri kita....amin...

kepada korang2x

Selamat berpuasa ye! Jangan sampai kantoi laks! hehe

k salam..










31 Julai 1957 & 24 Julai 2007


Assalamualaikum pembuka bicara...

kali ni kita berbicara tentang tarikh..

dua tarikh ni merupakan tarikh keramat dalam kehidupan keluarga aku

31 Julai 1957 
 hari kelahiran umiku tersayang dan hari ni genap umurnya 54 tahun


24 Julai 2007
hari pemergian umiku tersayang sebelum sempat meraikan hari kelahirannya yang ke 50 tahun..

minta jasa baik kawan2 sedekahkan AL-FATIHAH kepada umi saya

PUAN MISRAH BINTI MOHD JANI

semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin...

sesungguhnya rindu ini tak dapat dibendung lagi..

rindu nak dengar suara umi yang serak2 basah
rindu nak dengar umi ketawa
rindu nak dengar bebelan umi
rindu nak berbual dgn umi
rindu nak dengar nasihat umi
rindu nak kongsi masalah dgn umi
rindu nak bergurau dgn umi
rindu nak peluk umi
rindu nak jalan2 dgn umi
rindu nak makan sama2 dgn umi
rindu nak rasa masakan umi
rindu nak rasa air kopi yang umi buat time najwa tengah study
rindu nak puasa dengan umi
rindu nak raya dgn umi

semoga kita akan bertemu di sana nanti umi..amin..

sesungguhnya dialah ibuku yang pertama dan terakhir..

tiada siapa dapat menggantikan tempatnya dalam kehidupan aku..

Ya Allah Ya Tuhanku reda'kanlah kerinduan aku terhadap ibuku Ya Allah..

hanya bisikan doa sahaja yang najwa dapat kirimkan untuk umi..............








AN : Hargailah kedua ibu bapa kita semasa dia orang hidup, jangan sesekali mengabaikan mereka kerana Tuhan bagi kita sekali sahaja peluang untuk kita berbakti kepada mereka.


Friday, July 29, 2011

Cerita Pasal Bola


Assalamualaikum pembuka bicara..

hye kamu2x...ok post kali ni aku nak cerita pasal bola...

sebentar tadi telah berlangsungnya perlawanan bola sepak antara skuad Malaysia dengan Singapura dalam pusingan Kelayakkan Piala Dunia 2014..

pape pun aku ucapkan TAHNIAH kepada skuad Malaysia kerana telah berjuang ber'MATI2'an utk menumpaskan Singapura..

tetapi apakan daya rezeki tak menyebelahi skuad Malaysia..

aku ni nak kata perminat bola boleh la jugak tapi tak de r peminat nombor 1 sangat..hehe

tapi ape yang pasti aku takkan lepaskan peluang untuk tengok bola..

kalau tengok kat kedai mamak lagi besh woooooo boleh sorak ramai2..

tapi korang tau tak, dengan tengok bola ni ia boleh menyebabkan kita dapat SAKIT JANTUNG. HATI, LIMPA & PARU2X..

sebab'y kita dok sibuk KRITIK pemain Malaysia yang tendang bola tak betul dan juga aksi PELAKON yang HEBAT2X belaka.....pelakon ni boleh menang AWARD weh!!

tapi pape pun aku memang enjoy kalau layan bola..

bertambah2x enjoy kalau tengok dengan Cik Mizat kite ni...pengkritik tetap skuad bola sepak....hahahaha

Mizat aku rindu nak tengok bola gn ko kat KEDAI KUNING......hmmmmm...

berbalik kepada topik kita, menang ke kalah ke aku tetap sokong skuad Malaysia...

hope lepas ni korang main dengan lebih serius lagi jangan jadi pak pacak je kat padang tu..

pape pun fahmi, safee, n hadi memang the best r!!

kepada yang kritik2x Malaysia kalah, cukup2x lah tu, berhentilah meng'kritik' skuad Malaysia...daripada korang dok kritik dyorang apa kata korang ganti tempat dyorang main bola untuk negara, agak2 korang boleh main lebih bagus dari dyorang x?

jawapan tu ada kat tangan anda sendiri...






GO MALAYSIA!!!  GO MALAYSIA!!!!!  GO MALAYSIA!!!!!!!  (semangat sungguh!hehe)

ermmm...aku rasa kalau aku ada anak nanti aku nak train dia jadi pemain bola sepak r...agak2 kesampaian tak hajat aku tu nanti?hahaha

k adios!

salam..


AN : agak2x ada x pemain bola sepak Malaysia baca blog aku ni?tengkiu2x....ahhhh usah kau perasan Najwa!!haha


Thursday, July 21, 2011

Seminggu di UiTM Segamat


Assalamualaikum pembuka bicara

hye kamu2x..

dah lama blog ni menyepi so kali ni aku nak update pasal segamat..

aku turun segamat sebab nak buat clearance..

alhamdulillah settle dah semua..

cuma agak sedih sebab orang HEA potong kad matrix aku...sampai hati laaaa...sobs...sobs..

so inilah hasilnya..

ce tengok ce tengok...sobs....sobss...sobssss......

sudahlah najwa! usah kau ber'drama' lagi! hehe

disebabkan clearance ni, so aku decided berkampung kat UiTM Segamat selama 5 hari 4 malam...bermula dari 11/07/2011 -15/07/2011 melampau kan??haha

ala lex r pengarah tak marah pun, "UiTM di Hatiku" la katekan...keh3x

ehem2x..jom kita usha picx sepanjang aku berkampung kat sana...

Join p kelas :










Usha bdk2 part 1 pergi koko...kesian2x...haha :


 lari2 jangan tak lari

Teman Nisha main bola tampar :
Lokasi : Unit Sukan (padang uitm)

Calon KARISMA la katekan..
 semangat sungguh cik nisha kite ni...

 


Main Layang2x..erkkk!!hehe : 
Lokasi : Unit Sukan (padang uitm)


 pasangan bahagia...=)

p/s dari en. pejul : 'kalau ada pakwe, cuba ajak dia main layang2x...dari situ kite dapat uji tahap kesabaran die' (okies en.pejul akan di'praktikkan tips tu!keh3x)

Makan....makan...makan... 
Lokasi : NR (perghhh cantik la tempat baru, baru rasa study kat u...hehe)


mee goreng mamak satu! perghhh sedap sehhh!

my besties : 

  
zima & dila

 
nisha & afiqah wahida

  



 Sukan Bakat Baru
Lokasi : Unit Sukan (padang uitm)


 

Breakfast Time
Lokasi : Cafe Ibu (dah tukar owner so tempat'y pn dah upgrade, ada klas la weh)

 

Suka Suki bersama roomate Nisha

 

ain (tengah)

Trademark ain : Penyu menangis tak nampak tapi kucing menangis nampak, so pilih nak jadi mana satu?
( thankz coz make me laugh...=) )

Nak balik dah.....

 

 otw balik layan KL Gangster..

Ehem2x k tu la aktiviti aku sepanjang berada di UiTM Segamat selama 5 hari 4 malam.
Ada yang tak amek gambar, mcm scene kat pasar malam.
Tapi takpe, ni pun cukup sebagai kenangan untuk aku.
Pape pun nak ucapkan thankz kepada mereka2x yang sudi kasik aku tido kat bilik diaorang.

Isnin : Nisha
Selasa : Zima
Rabu : Yan, rok, biah
Khamis : Farahwahida & Biha

Best la dapat lepas rindu kat korang2x sambil tuka2 cerita..
Aku rasa ni mungkin kali terakhir aku turun segamat, pasni sampai korang grad ntah bila dapat turun lagi.
hmm...pape pun hope korang2 success dalam kehidupan korang2..
yang dapat dekan so kekalkan ke'dekan'an korang..
yang tak dapat usaha lagi, still ada dua sem lagi korang boleh buktikan..

Pesanan dari 'kak wa' tok korang semua :

Belajar betul2x! Kalau susah JANGAN MUDAH cakap GIVE UP tau!


JACC1105C/2011


you are always in my heart
sayang korang lebih2 la..

k c ya..

salam..

HABISS DAHHH...