Thankz 4 being my followers

Friday, February 4, 2011

Epilog Seorang Aku


Di malam yang sepi

aku duduk sendirian

ditemani cahaya bulan dan bintang 

yang menyinari kegelapan malam

sambil duduk

aku terkenangkan dosa2 lampau yang telah aku lakukan

tertanya aku sendirian

adakah dosa2 itu akan diampunkan?

kesedaran menguasai diriku

tetapi semangatku untuk memohon taubat

hilang bersama angin senja

aku terasa diriku ini begitu kerdil

berkali2 aku melakukan kesilapan yang sama

tapi kesedaran untuk bertaubat itu datang hanya sementara

selepas itu aku melakukan kesilapan yang berulang

layakkah diriku ini diberi pengampunan??

Tuhan itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

ketika duduk juga

hadir keinginan untukku melakukan ibadah2 sunat

tapi keinginan itu hadir hanyalah seketika

kerana aku tak terdaya untuk melawan godaan 'syaitan'

godaan perasaan 'malas'

aku berdepan dengan masalah yang besar

entah bila aku dapat amalkan ibadah2 sunat

seperti amalan arwah bondaku....

diusia remaja ini

sememangnya aku perlu kuat

untuk melawan gelodak dijiwa

untuk melawan godaan syaitan

terkadang hatiku memberontak

untuk melakukan sesuatu perkara yang salah

untuk tidak mendengar kata orang tua

tapi alhamdulillah

Tuhan kurniakan akal untukku berfikir secara waras

sememangnya usia remaja ini adalah usia yang mencabar....

Ketika duduk itu

aku bermohon kepadaMu Tuhan

Semoga aku diberi hidayah dalam kehidupanku

diberi petunjuk ke jalan yang benar

Semoga aku tidak leka dengan usia remajaku

Semoga aku menghargai setiap saat masa yang berlalu

Semoga aku diberi kejayaan hidup didunia dan diakhirat

dan 

Semoga aku dikurniakan oleh pasangan yang soleh 

yang dapat membimbing hidup aku didunia dan diakhirat, 

serta pasangan yang dapat aku dan keluarga aku menumpang kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat

Aminnn....


AN : Cetusan hati tuan empunya belog.....terkadang aku sendiri......=)




2 263 Contengan Jalanan:

Zainab said...

Nice Sharing. Visit us to find latest jobs from top companies and top newspapers at http://toppakjobs.blogspot.com

An Najwa said...

tq zainab...