Thankz 4 being my followers

Saturday, December 31, 2011

2011 sampai di penghujungnya


Assalamualaikum pembuka bicara.

Lama menyepi baru hari ni memunculkan diri. Maaf kesibukkan mengatasi segalanya.

Sekarang aku berada di zon selesa di mana waktu tidur, makan, online, tengok movie n main game amat2 mencukupi. Sebabnya aku sedang melalui minggu study week di rumahku syurgaku. Memang heaven la kan. Sampai buku pun susah sangat nak bukak.

Pejam celik pejam celik, 2011 sudah sampai di penghujungnya dan ia bakal meninggalkan kita dengan 1001 kenangan yang terlakar di segenap ruang dunia. Cewah. HAHA. Pantas sungguh masa berlalu kannn.

Setahun berlalu mesti macam2 pengalaman & kenangan telah kita lalui : pengalaman manis, pahit, masam n busuk pun ado.

So buangkan yang keruh n ambil yang jernih. 

Semoga hari2 mendatang mematangkan kehidupan kita. 

Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran dalam kehidupan kita.

Quote of the day :

Mudah untuk memenangi keyakinan seseorang,
Lebih mudah lagi untuk menghampakan keyakinan seseorang
Yang paling sukar adalah menunaikan keyakinan seseorang

Mood final dah tiba, doakan kejayaan ak dalam final exam ni ye. Thanks korang. 

Have a nice day geng. C yaw! :p



Good Bye 2011
Welcome 2012



AN : Azam aku tok tahun baru ni tak banyak cuma satu je, aku nak jadi pelajar cemerlang di dunia dan di akhirat. Moga ia terlaksana. Amin.



Thursday, November 10, 2011

Salam Aidiladha & Selamat Bertunang


Assalamualaikum pembuka bicara.

Dikesempatan ni aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidildaha" kepada seluruh umat Islam di dunia ni. Semoga raya kali ni memberikan seribu pengertian tentang pengorbanan dalam kehidupan kita. Amin. *Maaf lambat update sebab kesibukkan mengatasi segalanya*.

Tahun ni raya haji jatuh pada 6 November 2011 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432h. Tarikh yang sama yang aku abang aku pilih untuk melangsungkan pertunangan *amik berkat katanya*. 






*kenapa aku terasa ayat aku sungguh skema ye?*

Ok ok back to da normal situations. Ha tu dia, abang aku dah tunang lah, macam tak caya lak! Ingat lagi dulu masa kecik2 main masak2, kawen2, sorok2, panjat pokok, terjun sungai n mandi paya sama2, tup2 dah tunang la die, pasni dah kawen lak. Hmm sekejap sungguh masa berlalu kan kan kan *sobs sobs sobs...sedih*.

Anyway, aku nak ucapkan tahniah kat abang aku iaitu Abang Omar dengan pasangannya Siti Farizan a.k.a Ct/Amoi kerana telah melangsungkan ikatan pertunangan pada tarikh tersebut. Alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar.

Cuma ingat kata tok imam tu : Ikatan pertunangan bukanlah lesen untuk kita buat apa yang kita suka dengan pasangan kita. Jaga maruah dan jaga agama.

Pape pun hepi tengok abang dah tunang, muka berseri2 macam nak kawin lak *tetiba aku terasa nak tunang jugak. hamboih gatai! haha*.


K jom kita p usha gambar lak..

5

4

3

2

1
.
.
.
tadaaaaaaa.....

















  



  



  
  


  















Habis dah, ni semua gambar sepanjang majlis pertunangan dan pagi raya haji *tapi aku tak masukkan semua la*.

Video pun ada tapi tak boleh nak upload, taktau la nape. Hepi sokmo larrrr...

Ehem. Korang2, pasni aku akan menyepikan diri seketika dari dunia blog ni.

So jari disusun memohon ampun dan maaf andai kata sepanjang dua tahun aku menceburi dunia blog ni aku ada terlanjur kata dan tersilap bicara ketika berblogging.

Hope korang enjoy baca belog aku ni. C yaw!

Salam.


AN : Keluarga tu pendorong semangat dalam kehidupan setiap insan.


Wednesday, November 9, 2011

Update!


Assalamualaikum w.b.t.

Fwahhh lama gila aku tak hupdate blog, ke'bz'an terlampau lorh...lol

Cuti pun macam tak cuti je.... Assignment bertimbun..

Tapi takpe nama pun student, kalau takde assignment tak meriah la hidup..

K c yaw!


Thursday, October 27, 2011

Indahnya Cinta Hingga ke Syurga


Assalamualaikum w.b.t.

Indahnya bercinta ke syurga. Ehem! Terujakan bila baca tajuk ni? HEHE.

Anyway, ni sebenarnya tajuk Talk Show yang aku join semalam, penceramah dia adalah Imam Muda Asyraf, ala yang famous amous tu.. Kenal tak? Kalau tak kenal lagi korang boleh klik link ni.

K2 aku taknak bebel panjang, cuma aku nak share input2 yang aku dapat sepanjang talk show ni.

Talk show ni more kepada sesi soal jawab tentang percintaan *fwahhhh bestlah isu hottt!!* antara student dengan Imam Muda Asyraf. Mungkin ada persoalan yang membelenggu diri korang n korang belum tau jawapannya, n mana tau entry aku ni dapat merungkaikan segala persoalan tu, mana tau kan. So, jom kite layan........

Soalan 1 : 
Adakah memendam perasaan terhadap seseorang itu dinamakan jihad?
Jawapan IMA : 
Yup, tapi kalau umur 20-an ni masing2 dah ke arah gerbang perkahwinan, better luahkan aje kepada empunya badan, takut melepas. *kalau aku, TAK berani, korang berani?HEHE*.

Soalan 2 :
Perempuan ada hak tak dalam memilih pasangan?
Jawapan IMA :
Lelaki ke perempuan ke dua2 ada hak untuk memilih pasangan anda, so tegakkan hak anda itu.

Soalan 3 :
Selalu kita dengar tentang firman Allah SWT iaitu, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya, tapi kenapa kita sering dengar tentang penganaiyaan isteri dalam rumah tangga n dalam zaman Nabi pun ada berlaku juga macam kisah Asiah dengan Firaun.
Jawapan IMA :
i.  Semua ni adalah ujian bagi setiap perhubungan.
ii. Dalam Islam ada menyatakan tentang hak2 wanita untuk menuntut penceraian (tapi tak digalakkan).
iii. Perempuan dan lelaki ni hidup saling melengkapi, mungkin hari ni si isteri kena dera dengan si suami tapi disebabkan kesabaran seorang wanita itu, akhirnya suami tu berubah dan isteri tu yang membimbing suami menjadi suami yang soleh.




Soalan 4 :
Apa pandangan ustaz bila sesorang yang mahu berkahwin tapi dia apply personal loan untuk majlis perkahwinan tersebut?
Jawapan IMA :
i. Seelok2nya jangan buat personal loan yang ada interest tapi kalau personal loan yang takde interest boleh aje (dari ayah, ibu n adik beradik). HEHE.
ii. Orang yang buat loan untuk majlis perkahwinan adalah orang yang tak cerdik dalam menguruskan kewangan.
iii. Buat majlis sekadar yang termampu, cukuplah orang2 tau yang korang dah bernikah.

Soalan 5 :
Macam mana kita nak tau tanda2 mimpi bila kita solat istkharah?
Jawapan IMA :
Tanda yang muncul bukan semestinya mimpi tapi boleh jadi perjalanan urusan kita dipermudahkan. Contoh : Korang ada dua pilihan untuk melanjutkan pelajaran samaada nak further degree kat UIA atau UM, then korang buat solat istkharah. Tak dapat pape mimpi, tapi urusan untuk ke UIA lebih mudah (dari segi penyediaan borang dll), so ini menunjukkan pilihan ke UIA adalah yang terbaik untuk korang.

Soalan 6 :
Macam mana nak bendung perasaan rindu bagi percintaan jarak jauh?
Jawapan IMA :
Call time ada urusan, untuk tanya khabar ke cukuplah.

Soalan 7 :
Orang selalu kata, mimpi ni mainan tidur. Tapi kalau kita mimpi kita jumpa dengan lelaki yang kita kenal, adakah mimpi tu mainan tidur?
Jawapan IMA :
Mimpi ni boleh dibahagikan kepada tiga iaitu,
i. Mimpi yang datang dari Allah SWT.
ii. Mimpi yang datang dari syaitan (biasanya kita akan terjaga ketika bermimpi)
iii. Monolog dalaman (stress)
So sebelum tidur better kita selesaikan masalah yang membelenggu diri. Selain tu, muhasabah diri sebelum tidur, baru kita dapat tidur dengan aman.

Soalan 8 :
Macam mana nak buat kalau kita minat kepada orang lain sedangkan diri kita telah berkahwin?
Jawapan IMA :
Kalau minat sehingga ingin memiliki, jangan sesekali terjebak dengan perkara macam ni.

Soalan 9 :
Kalau kita ada pilihan sendiri, tapi family pun ada pilihan sendiri untuk kita, macam mana nak selesaikan masalah ni?
Jawapan IMA :
i. Kita kena negotiate sendiri.
ii. Jangan putuskan hubungan dengan ibu ayah dan juga pilihan hati sebab takut kalau kita ikut pilihan ibu ayah, hubungan kita akan terputus sebab kita terasa hati dengan keputusan ibu ayah.
iii. Jangan putuskan hubungan yang lama dengan cipta hubungan yang baru (more kepada pilihan hati).

Soalan 10 :
Macam mana kita nak tahu keikhlasan hati seorang lelaki?
Jawapan IMA :
Susah sebenarnya untuk kita tahu keikhlasan hati seorang insan bergelar lelaki. Kalau perempuan senang je nak lihat keikhlasan hati diaorang dalam sesebuah perhubungan.

Soalan 11 :
Boleh tak kita bercinta berlainan agama?
Jawapan IMA :
i. Tanya hati kita, kita bercinta sebab apa?
Kalau sebab agama, so cuba bawa pasangan kita ke arah ajaran Islam. Tapi kalau kita bercinta sebab nafsu, baik kita lupakan aje sebab takut2 kita yang akan ikut pasangan kita ke arah agama dia.

Banyak nasihat yang IMA kasik sepanjang talk show ni, dia kata kalau kita nak jodoh yang baik so kita boleh doa dengan :
" Ya Allah Ya Tuhanku temukanlah aku dengan orang yang terbaik, orang yang tepat yang akan menjadi pasanganku di dunia dan di akhirat. Amin "

Pape pun, IMA memang the best one, dia dapat selami dunia remaja, mungkin sebab dia muda lagi, so cara penyampaian dia memang berkesan dengan lawak2 sampingan. So tak rugi pergi program dia kali ni.

Kesimpulan yang diperolehi daripada talk show ni adalah :

" Cintailah Allah SWT & Rasullullah SAW kerana cintanyalah yang akan bawa kita ke syurga. "









AN : Hadis sahih ada menyatakan bahawa " Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China kerana sesungguhnya menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang muslim ". 
So tak rugi kalau kita join program2 ilmiah yang dianjurkan oleh pihak u / kolej / kampung n yang seangkatan dengannya sebab itulah sumber ilmu yang kita perolehi.



Tuesday, October 25, 2011

Belajar


BELAJAR tu

TAK SUSAH

sebenarnya

..................CUMA..................

KITA yang

jadikan 

BELAJAR tu

JADI SUSAH..

AN : Renung-renungkan dan selamat beramal yaw! ^_^


Sunday, October 16, 2011

Coral Wonderland (under water world)


Assalamualaikum w.b.t.

Yeay! Minggu ni aku rajin update belog ni *ni bukan rajin namanya tapi takde mood nak wt assignment, so aku decide tok hupdate assignment blog aku..he~*.

Korang2 kali ni aku nak cerita pasal CORAL WONDERLAND atau nama lain dia UNDER WATER WORLD . Eh2 apakah itu?

Meh2 aku cerita, coral wonderland ni sebenarnya tempat pameran ikan. Before ni aku taktau pun kewujudan tempat ni kat Melaka yang aku tau tempat pameran ikan ada kat KL je, ala yang aquaria tu. Minggu lepas baru aku sedar kewujudannya *cehcehceh!hehe*.

Nak dijadikan cerita, masa hari jumaat aku gn mizat keluar hantar member kat Melaka Central then kiteorang decided nak karoke kat Mahkota Parade. Abes karoke ingat nak balik dah tetiba mizat ajak jalan kat Dataran Pahlawan. Saje jalan2 nak tegok kedai binatang haiwan. Tapi tak jumpa lak. Maklumlah kalau dah masuk DP memang susah carik jalan kuar *sem lepas setengah jam aku sesat kat dalam DP sebab tak jumpa jalan keluar!syahdu betul!he~*. 

Tengah naik escalator tetiba kiteorang ternampak poster 'Coral Wonderland - Under Water World', agak tertarik disitu ye. Then kiteorang decide nak usha harga tiket masuk situ. Sampai2 je abang yang jaga counter terus  promote tempat tu n dia tanya 'adik2 ada student card?kalau ada just kena RM20 je sorang'. Aku pandang mizat2 pandang aku. Jom! Even masa tu masing2 tengah kering tapi dengan gighnya kiteorang kuarkan duit bayar tiket! HAHA.

Kiteorang masuk coral wonderland dalam pukul 8.30 malam. Mula2 masuk memang teruja rrrr, ikan cantik2 weh, siap dapat pegang ikan lagi, dan semestinya aku tak pegang, sentuh hujung jari je, aku ni penggeli serta penakut orangnya. Ape yang aku fikir masa tu, kalau aku pegang ikan tu nanti kena gigit tak pun kena sengat. *Erkkk!cm budak2 lak!HAHA*. Untunglah mizat yang pegang semua ikan yang ada kat situ.

Sambil tengok ikan, apa yang pasti kiteorang takkan lepaskan peluang untuk amek gambar. Teruja yang amat sik. Kagum aku tengok hidupan laut ni. Cantik! Macam2 bentuk ada, macam2 jenis ada n macam2 warna ada! Hebat sungguh ciptaan Allah S.W.T. Subahanallah.

Suasana kat dalam tu pun tenang je, sesuai jadikan tempat untuk tenangkan fikiran bagi yang stress belajar. 

Kiteorang keluar dalam pukul 10.00 p.m. Excited sangat tengok ikan sampai tak sedar dah sejam lebih stay kat dalam tu. Manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. After tu kiteorang terus balik rumah. Kepenatan yang amat sangat la weh.

Jom usha gambar2 ikan n hidupan laut yang ada. Tapi aku tak masukkan semualah. Let's go..........


    
Nama saya nemo!! Comelkan saya?


Ni adalah landak laut ye kawan2...


   
Aku & Mizat


 


  
Awak kenal saya tak? Saya adalah spesis belut..


 Mizat nga pegang udang galah.. Besau weh, takut aku tengokkan... :)
  





    




 


 




  
Cuba teka siapa saya? Yeah betul saya adalah kuda laut. Bijak2 anak sapo la ni..


  
  Saya adalah obor2, cantik tak saya?hehe..


 


Penyu ni cantik weh, cengkerang die berkilat, macam nak tangkap then bela kat bilik je...hahahaha...






Ha pemacam best tak? Bagi aku best la. Pape pun hari tu memang enjoy sangat. Thanks mizat. Sayang ko lebih2 la.

Kalau korang nak rasa pengalaman yang kiteorang rasa, korang boleh pergi kat Dataran Pahlawan level 4. Harga bagi student yang bawak kad matrik adalah RM20 tunai, harga untuk orang awam RM30 sahaja. Even macam mahal tapi berbaloi2, korang nak lepak dari pagi sampai malam pun boleh.

Ehem. K la korang penat sudah. Nak tidur. Selamat malam & selamat pagi dunia.

Salam.



AN : Next destination : Planetarium. Nak join? Jom2x.