Thankz 4 being my followers

Tuesday, December 21, 2010

Impian


Setiap orang ada impian tersendiri

impian yang berlainan antara satu sama lain

ermmm kali ni aku xnak cherita pasal impian aku 

tapi aku nak cherita pasal impian orang sekeliling aku

hmmmmmm..sepanjang dua minggu aku kerja kat tesco

ramai pekerja telah aku temubual....cewah dah macam reporter lak ye....hehe

tugas sebagai cashier membuatkan aku bekerja di banyak bahagian

bahagian kaunter depan, kaunter farmasi, kaunter makanan dan juga kaunter elektrikal....

untuk minggu ni aku dikuarantinkan di kaunter makanan

sebabnya aku demam tak baik2 dan suara aku telah hilang yang tinggal hanyalah suaraku yang serak yang membuatkan orang lain gelak bila mendengarnya....terseksa jiwa ragaku....hehehe

k stop2, kite sambung balik cerita....

kalau kaunter makanan customer tak ramai kebanyakkannya bayar kat kaunter depan, so dapat la aku mengulo...(merayap la)

bila aku jumpa someone tu aku akan tanya :

1. Nama siape?(tanya je bukan aku ingat pun nama dak 2)
2. Umur berapa?(nak challenge sape lagi muda) 
3. Dah lama kerja sini?(belagak senior la....hehe)
4. Sampai bila nak kerja kat sini?
5. Kenapa tak  cari kerja lain?
6. Tak apply SPA ke?

kebanyakkan yang aku tanya semua bagi jawapan yang sama

1. Si Polan
2. 18++++
3. Dah lama
4. Foreva....
5. Kerja sini ok2 je
tak tension mana pun
penat tu biasa la, nama pun kerja
kita mula dari bawah dulu
mana tau ada rezeki lama2 dapat jadi manager pulak
6. Dah apply tapi tak dapat..

terdiam aku bila dengar jawapan diaorang

mungkin persepsi aku terhadap budak2 yang kerja pasaraya sebelum ni berlainan

tapi bila berbual n bercampur dengan diaorang

baru aku tau yang diaorang ni ada simpan hasrat serta impian untuk berjaya dalam kehidupan

terbukti bila diaorang jawap "ada rezeki dapat jadi manager"

yela bila kite tengok cara dia kerja hu ha sane sini, yang pale tak betul pun ade....

bukan tak betul ape cuma kepala gile2 je....

tapi pape pun aku memang solute gile dengan diaorang ni, coz sekurang2nya diaorang ada inisiatif bekerja untuk berjaya dalam kehidupan...

tak macam sesetengah orang, yang hanya harapkan rezeki tu jatuh bergolek kepada diaorang tanpa ada apa2 usaha...

hmmmm......betullah kata orang pengalaman hidup mengajar kita erti kehidupan....


Try to achieve ur dreamz...


AN : " Bukan SENANG nak SENANG dan bukan SUSAH nak SUSAH....."



0 263 Contengan Jalanan: