Thankz 4 being my followers

Friday, December 31, 2010

Good Bye 2010


Assalamualaikum pembuka bicara

nampaknya tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya pada hari ni

so how??adakah azam tahun 2010 anda telah tercapai??

kalau tanya aku2 jawab tak

every year aku pasang azam baru tapi tak pernah tercapai

sebabnya aku tak ingat ape azam yang aku pasang.....hahahaha

jangan jadi macam aku ye...

cakap lebih tapi hasil tarakkkk....

bagi aku tahun 2010 ni banyak mengajar aku erti kehidupan

pelbagai perkara suka duka berlaku dalam kehidupan aku

hari2 yang aku tempuhi mematangkan kehidupan aku

bagi aku setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya....


AN : Malam tahun baru yang meyuramkan...



Good Bye TESCO


Assalamualaikum pembuka bicara

hye all sori cz dah lama tak update blog

kesibukkan mengatasi segalanya

hmmm....kalau anda sume nak tau

aku telah menamatkan tugas di tesco......yippie hepinye.....huhu

semalam (rabu) merupakan hari terakhir aku bekerja kat tesco

agak sedih la ye....ye ar baru je mula rapat dgn staf2 kat situ

sekali dah berenti lak

tapi takpe setiap pertemuan pasti ada perpisahan

perpisahan yang disebabkan oleh ajal ataupun perpisahan yang disebabkan faktor lain

kira cuti sem kali ni aku dapat manfaatkan dengan sempurna

alhamdulillah....

n aku dapat pengalaman yang berharga

bak kata kazen aku 

"experience which worth more than money"

yupz! aku sokong ayat tu 100%

pengalaman yang mengajar kita erti kehidupan

seriously aku kata aku enjoy gile keje kat situ

walaupun masa awal2 aku rasa surrender

tugas sebagai cashier bukan mudah

cz kita diberi tanggungjawab untuk jaga duit company

kalau hujung minggu satu hari sales jejak bebelas ribu

bayangkanlah kalau hilang macam mana agaknya nak ganti

tapi alhamdulillah aku dapat conduct dengan baik

kalau duit short pun tak lebih singgit la

tapi masa first time duit aku excess (terlebih) RM13

banyak kot, so kepada customer yang aku salah pulangkan duit aku nak mintak maap bebanyak ea

jangan serik untuk belanja kat tesco ag....hehe

okeh habis cite pasal tugas, sekarang aku nak cerita pasal environment kat situ

tugas aku sebagai cashier menyebabkan aku kenal dengan ramai orang tak kira pelbagai lapisan umur

yupz! memang seronok sebab aku memang suka kerja yang berdepan dengan ramai orang

dari situ aku belajar kenal dengan perangai 'orang'

daripada pekerja biasa, cleaner, guard, CEO dan sebagainya

ada yang low profile n ada gak yang OVER PROFILE

saket jiwa aku bila berdepan dengan orang yang OVER PROFILE nih

cakap terima kasih pun bukan nak jawap pastu dengan muka belagak terus blah

perghhhh macam nak hentak2 je kat situ jgk...

opszzz! mybe dia jawap dalam hati kot......

jangan buruk sangka najwa....okey2x.....hehe

dari kalangan pekerja pulak sumenya okey2 belaka

juga terdiri daripada pelbagai lapisan umur

ada yang still belajar lagi (macam aku), ada yang memang full time kerja tesco

ada yang kerja sebab nak kumpul duit untuk sambung belajaar

ada yang kerja sekadar suka2

ada yang kerja untuk tambah duit yang sedia ada

ada yang nak tolong suami dan juga family

macam2 adalah, eh2 macam astro lak....hehe

aku ni terlampau mesra rakyat sebab tu kenal dengan macam2 orang...

ntah bila boleh naik pangkat jadi wakil rakyat lak....hahaha

sudah2 la tu berangan najwa oi....

ala tak salah berangan yang penting ada usaha....hehehehe

uishhh tetiba aku terasa panjang lak entry kali ni

saje lepas gian nak menaip....hehe

k la aku rasa tu je untuk kali ni

k c yaaaa...

opszzz! sebelum tu nak ucap thankz kepada pihak pengurusan tesco yang bagi peluang untuk aku kerja kat situ

thankz jugak kpd TL (Team Leader Cashier) kak hanim, kak wan, saiful, usop n aiman yang banyak bagi tunjuk ajar sepanjang aku kerja kat situ

thankz a lot i'll appreciate it!

k daaaaaaaaaaaaa...........






AN : Duit gaji khas untuk bayar yuran, xde can nak enjoy....hmmmmmmm.........tapi takpe setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.........



Tuesday, December 21, 2010

Impian


Setiap orang ada impian tersendiri

impian yang berlainan antara satu sama lain

ermmm kali ni aku xnak cherita pasal impian aku 

tapi aku nak cherita pasal impian orang sekeliling aku

hmmmmmm..sepanjang dua minggu aku kerja kat tesco

ramai pekerja telah aku temubual....cewah dah macam reporter lak ye....hehe

tugas sebagai cashier membuatkan aku bekerja di banyak bahagian

bahagian kaunter depan, kaunter farmasi, kaunter makanan dan juga kaunter elektrikal....

untuk minggu ni aku dikuarantinkan di kaunter makanan

sebabnya aku demam tak baik2 dan suara aku telah hilang yang tinggal hanyalah suaraku yang serak yang membuatkan orang lain gelak bila mendengarnya....terseksa jiwa ragaku....hehehe

k stop2, kite sambung balik cerita....

kalau kaunter makanan customer tak ramai kebanyakkannya bayar kat kaunter depan, so dapat la aku mengulo...(merayap la)

bila aku jumpa someone tu aku akan tanya :

1. Nama siape?(tanya je bukan aku ingat pun nama dak 2)
2. Umur berapa?(nak challenge sape lagi muda) 
3. Dah lama kerja sini?(belagak senior la....hehe)
4. Sampai bila nak kerja kat sini?
5. Kenapa tak  cari kerja lain?
6. Tak apply SPA ke?

kebanyakkan yang aku tanya semua bagi jawapan yang sama

1. Si Polan
2. 18++++
3. Dah lama
4. Foreva....
5. Kerja sini ok2 je
tak tension mana pun
penat tu biasa la, nama pun kerja
kita mula dari bawah dulu
mana tau ada rezeki lama2 dapat jadi manager pulak
6. Dah apply tapi tak dapat..

terdiam aku bila dengar jawapan diaorang

mungkin persepsi aku terhadap budak2 yang kerja pasaraya sebelum ni berlainan

tapi bila berbual n bercampur dengan diaorang

baru aku tau yang diaorang ni ada simpan hasrat serta impian untuk berjaya dalam kehidupan

terbukti bila diaorang jawap "ada rezeki dapat jadi manager"

yela bila kite tengok cara dia kerja hu ha sane sini, yang pale tak betul pun ade....

bukan tak betul ape cuma kepala gile2 je....

tapi pape pun aku memang solute gile dengan diaorang ni, coz sekurang2nya diaorang ada inisiatif bekerja untuk berjaya dalam kehidupan...

tak macam sesetengah orang, yang hanya harapkan rezeki tu jatuh bergolek kepada diaorang tanpa ada apa2 usaha...

hmmmm......betullah kata orang pengalaman hidup mengajar kita erti kehidupan....


Try to achieve ur dreamz...


AN : " Bukan SENANG nak SENANG dan bukan SUSAH nak SUSAH....."



Monday, December 20, 2010

Fastrak........................................


Salam to all

puas aku pusing kiri kanan pikir topik ape yang aku nak tulis malam ni

seriously aku rindu nak menulis.....

last2 aku decided nak cherite pasal perkembangan terbaru aku

ermmm...baru2 ni result exam keluar

so macam2 gelagat ada

ada yang happy, ada yang frust menonggeng dan sewaktu dengannya...

bagi aku pulak, alhamdulillah, itu je yang aku leh cakap....

segan nak cakap lebih2..

after result exam kuar, result untuk fastrak plak kuar

kalau student uitm dyorang dah biasa dengar pasal fastrak ni

fastrak ni adalah program penerapan diploma part 3 kepada degree

kate orang melayu 'jalan pintas untuk dapat degree'

aku ada apply benda ni, tapi apply last minute punya....

esok tutup aryni baru apply..

dan keputusannya aku diterima untuk program penerapan degree ni

bagi kos ijazah sarjana muda perakaunan kat melaka...

result tu kuar masa 10 muharam, n setelah puas pikir n diskuss dengan family

last2 aku accept untuk terima fastrak ni (berkat 10 muharam)

yupz aku tau banyak keburukan bila aku terima benda ni

banyak yang kate buruk pasal fastrak

tapi hati aku kuat nak terima benda ni

walaupun aku tau company lebih accept student pure diploma berbanding fastrak

tapi aku nak jugak...

bila pikir2 balik sampai bila aku nak belajar main2?

family aku dah puas berhabis duit untuk aku

tapi aku still tak hargai apa yang aku dapat

n sekarang aku try untuk sahut cabaran akk aku

kate kak ejun : 

'i trust you but you must trust yourself'

cuma kepada kawan2 kat segamat aku nak mintak maaf sebab tak beritahu korang awal pasal benda ni, sebab aku juz boleh cakap 'IT'S HARD TO SAY'

pape pun aku nak ucap terima kasih kpd semua yang banyak tolong aku sepanjang aku berada di segamat

seriously aku sedih gile nak tinggalkan kehidupan kat segamat

coz kat segamat aku belajar erti kehidupan, erti berkawan, erti belajar....

tapi itu untuk kebaikan aku jugak....

mungkin ada yang happy bila aku dah tak ada kat segamat

dan ada jugak yang sedih bila aku tak ada

pape pun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan...

kepada NISHAH, ZUMA, DILA, FARAH, YAN, KEMBO

budak2 ACD_A3 n budak2 SISWA BISTARI

RINDU KORANG SUME LARRRR.......

pape pun hope kite semua akan berjaya dalam kehidupan....

ada rezeki kita jumpa lagi....


AN : " Success is journey, not a destination "



Friday, December 17, 2010

Bersawang


Fuhhhh........fuhhhhhhhhh.......fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

ak terasa blog aku ni teramat2 lah berhabuk serta bersawang2...

sorry to all lama tak update blog ni, kesibukkan mengatasi segalanaya....

kalau sebelum ni aku terasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar

tapi sekarang terasa tanggungjawab sebagai seorang pekerja lak

yang pastinya belajar tu lagi best daripada kerja

statement tu memang aku akui sejak dari dulu kala lagi

saje je cari duit kocek untuk cuti sem ni

sebab tu lah aku kerja

malu beb nak mintak ayah aku duit

dari dulu kala asik susahkan dia je

tah bila aku dapat balas jasa dia

takpelah selain dapat duit kocek, aku dapat pengalaman sekali

actually kerja ni memang amat2 memenatkan

kalo aku sebagai cashier kene diri 8 jam tanpa rehat

perghhh sengal segala tulang2 yang ada

baru dua hari kerja aku dah demam sebab penat teramat sangat

sampailah hari ni dah seminggu demam tak baik2 lagi

nak pergi amek MC terasa malas yang teramat sangat

so tanggung sendirilah cik najwa oiiii....

hmmm......kalau cherita pasal kerja, seronok memang seronok 

sebab kenal dengan ramai orang dari pelbagai umur

yang tak seronok bila berdepan dengan customer

macam2 perangai ada

ada yang cool je walaupun lama tunggu

ada yangxgheti nak menyabo pastu nak marah2

bile berdepan dengan customer yang macam ni dalam hati Tuhan saje yang tahu

tapi kat luar aku juz leh senyum je

 "LAYANAN MESRA" tu penting...hehe

sampai ade sorang customer tu cakap

"perghhh ceria je ea walaupun berdepan dengan kerja yang stress...bagus2''

aku gelak je bila dengar orang tu cakap camtu

hmmmm....bila aku jadi cashier ni baru la aku dapat rasa PERASAAN sebenar seorang cashier di supermarket....hehehe

korang nak RASA tak??kalau nak jom reramai kite kerja CASHIER....huhu

k la daaaaaaaaaaa..............


AN : Sabar tu penting, walaupun kita kena marah ke maki ke, selawat banyak2 dan senyum...perasaan tu tak kan lama tersimpan dalam hati kita.....



Wednesday, December 8, 2010

EGO


Setiap orang mempunyai ego tersendiri

bukan motor EGO ye tetapi perangai ego

adakalanya ego ni baik untuk diri 

tetapi adakalanya ego akan menghancurkan diri sendiri

sape setuju dengan statement ni sila angkat tangan.... :p

bagi perempuan seelok2nya kena ada ego sendiri 

sebab dia tak akan mudah ditipu oleh lelaki

contohnya :

L = 'awak dah lama kita kenal, malam ni jom keluar saya bawa awak pergi minum2"

P = 'boleh tapi ada syaratnya, saya kena bawa kawan saya sekali"

L = 'mana boleh, xbest la kalau ada kawan awak"

P = 'kalau macam tu tak apa la, kita xpayah keluar'

L = 'eh jangan la macam tu, awak sorang je boleh la awak sekali ni je'

P = 'tak nak'

L = 'oi minah ko apasal belagak sangat? ingat cantik sangat la tu, dah kira untung aku ajak kau keluar, kalau bukan aku ajak, aku rasa tak ada siapa yang nak keluar dengan kau'

P = 'tak apa tak jadi masalah pun'

L = 'belagak punya perempuan'

ehem2x dialog diatas menunjukkan sedikit keegoan seorang perempuan

dialog ini adalah rekaan semata2 tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia....

dialog ni menunjukkan seorang perempuan yang menolak lamaran lelaki untuk keluar di malam hari

betul ape yang perempuan tu buat, mungkin dia fikir risiko yang bakal terjadi

ye lah zaman sekarang macam2 boleh jadi

kes culik, rogol dan yang seangkatan dengannya lah

so lebih baik kita amek langkah berjaga2

bak kata seorang sahabat ST1

bukan group ST12 ye tapi

its stand for SAFETY FIRST,,,,

bukan setakat perempuan tapi lelaki pun sama
lelaki pun kena ada ego sendiri

kalau dah kawen n bini tak kasik balik uma mak sendiri, tak payah lah nak ikut kata bini tu

lelaki kan ada kuasa VETO so boleh gunakannya time2 macam ni

ingat satu perkara, jangan kerana nak jaga hati bini kita kena abaikan orang tua kita

kalau kerana kebaikan kita kene ada ego sendiri

tapi.................................

jadi orang tu jangan terlampau ego

kerana ego kita pandang orang bawah kita sebelah mata je

tu untung kalau pandang sebelah mata ada sampai tak pandang dua2 belah mata

ni khas kepada bos2 dan juga orang2 yang ada jawatan tinggi dalam syarikat tak pun dekat IPT n yang seangkatan dengannya

orang sekeliling akan benci bila tengok perangai ego kita tu

benci, menyampah, meluat segalanya ada la,....

so kalau nak ego biar lah kena pada tempatnya ye kawan2....

k itu pandangan aku tentang topik ni................daaaaaaaaaaa


AN : Kan best kalau ada motor EGO.....alahai sweetnye.........;p



Friday, December 3, 2010

First day keje........


I feel so tired rite now...............................

aryni dengan secara rasminya ak start keje kat tesco kulai sebagai cashier.......................

first time rasa pengalaman jadi cashier.........

memang amat2 MENCABAR!!!

macam2 perangai orang yang ak jumpa....

tapi ak terasa enjoy gak cz ak memang suka kerja yang berdepan dengan ramai orang

ala2 human resource gitu....hehe

untuk first day ni ak terasa satu badan ak krem....

penat gile la.....customer tak putus2 dari pagi sampai la petang

nasib baik ak dapat partner yang leh layan pale

kalo tak kaku gak ak duduk kat counter tu....

k r geng wish me luck ye....

tapi sebelum tu ak nak mintak maap kat sume cz lepas ni ak jarang update blog...

kalau ad kesempatan ak update la ye...

thankz all........

n nite all...



Wednesday, December 1, 2010

Kehidupan


Salam to all readers...

hukk2x....ehem terbatuk lak...hehe...ermmm juz nak cherita sepanjang minggu ni macam2 orang yang ak dah jumpa

antaranya adalah doktor, polis, peguam, dan juga bomba

bila ak jumpa DOKTOR, hati ak memberontak untuk jadi doktor

ak suka bila tengok keperihatinan seorang doktor apabila merawat pesakit

itulah cita2 ak sejak dari kecil lagi tapi mungkin bukan rezeki ak ke arah itu...




seterusnya adalah POLIS...ak jumpe dieorang time nak wat report kat balai polis kota

timbul kekaguman bila tengok dyorang pakai uniform

tetiba rasa nak jadi polis lak...haha...tapi hakikatnya hanya orang tertentu je boleh jadi polis...

kalau ak, kirim salam la....baru satu hari kena ragging ak da mintak balik....huhu




bagi PEGUAM lak, ak jumpa dyorang time kt hospital, dyorang jalan2 cari job sampai la ke katil ayah ak

layan peguam bes gak, macam2 benda ak tanya n dyorang jawab dengan penuh berhemah

tapi dalam hati ak xtaw la, musti dyorang bengang punya, banyak betul soalan yang ditanya

time tu ak terpikir, camne la gayanya kalau ak jadi peguam

konpem setiap kes musti ak nak menang punye, tak nak kalah......teruk betul perangai....huhu




and the last is BOMBA, ak jumpa bomba masa kat hospital gak, pakcik bomba stay kat depan katil ayah ak

die kena tahan wad coz kaki kena gigit ular...peh padahal kene gigi je, koma seminggu n kaki die kene korek abes......nampak daging je...ngeri lak ak tengokkan...

pakcik bomba tu cerita saat dan ketikanya dia kena gigit ular...nasib baik kena gigit je kalau kena patuk mungkin pakcik tu dah xde lagi....

ak dengar dengan penuh ketekunan....huhu......agak terkedu ye...kira kerja dyorang sentiasa berhadapan dengan risiko....tapi takpe ak tak terpikir langsung utk jadi bomba...hehe




tapi hakikat sebenarnya....

ak tak boleh jadi doktor, polis, peguam mahupun bomba, ak dilahirkan untuk jadi seorang akauntant....amin...

mungkin ak tak dilahirkan untuk jadi doktor yang merawat pesakit tapi ak bakal jadi 'doktor yang merawat duit'....hehe

mungkin ak tak dilahirkan untuk jadi seorang polis tapi ak still leh bergaya macam seorang polis...=)

mungkin ak tak dilahirkan sebagai seorang peguam yang petah berkata2 tapi ak cekap untuk menguruskan kerja ak...

mungkin ak tak dilahirkan sebagai seorang bomba tapi ak still boleh terlibat dalam aktiviti sukarelawan...

hmmm....itulah yang dinamakan kehidupan.....

 mungkin kita tak dapat jadi seperti yang kita idam2kan tapi siapa tahu mungkin kita akan jadi seorang yang tak pernah terduga oleh kita macam jadi PERDANA MENTERI ke....

SIAPA TAHU??

HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU.......

k rasanya itu je celoteh najwa untuk kali ni.......c u next time ye.....nite all.......


AN : Kadang2 apa yang kita nak jarang sekali kita dapat, dan apa yang kita tak nak seringkali kita dapat, so bersyukurlah dengan apa yang kita dapat kerana mungkin ada hikmah disebaliknya....