Thankz 4 being my followers

Thursday, May 20, 2010

MALAS SOLAT??

Dipetik dari Buliten MMS UiTM Johor
(untuk renungan bersama)

Apasal la engkau malas solat?
Allah beri engkau jasad,
Bukan ke lebih untung daripada tunggul,
Yang berdiri tanpa roh siang dan malam.

Apasal la engkau malas solat?
Hidup mewah keluarga hidup senang,
Negara pun dah aman, tak lagi berperang,
Takkan la 5 minit setiap waktu pun tak boleh nak luang?

Apasal la engkau malas solat?
Allah kurniakan otak supaya engkau pandai,
Allah beri ilmu supaya boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri nikmat tapi kenapa engkau tak kenang?

Apasal la engkau malas solat?
Keluar pekan engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket wayang engkau sanggup beratur panjang,
Apa kau ingat masuk syurga boleh hutang?

Apasal la engkau malas solat?
Engkau kena ingat, umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, bila petang kita kejang,
Nanti dalam kubur kena azab sorang-sorang.

Apasal la engkau malas solat?
Seksa neraka cubalah engkau bayangkan,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang.

INGAT!!!
Janji Allah akan tertunai,
Tak siapa boleh halang,

Ingatlah wahai sahabatku,
Sematkanlah kata2 ini di hati,
Fikirkan sejenak pada pesanan,

"SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN"

0 263 Contengan Jalanan: