Thankz 4 being my followers

Sunday, May 30, 2010

Apakah yang mencantikkan wajah??

Al-Ahnaf bin Qais ialah seorgn ulama yang terkenal dizamannya. Suatu hari seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh org ramai terutamanya ank2 murid dan sahabat handainya. Mereka yg dtg itu adalah utk tujuan belajar dan menuntut ilmu dr beliau. Bagaimanapun kedtgn pemuda dr suku Tai'yi ini amatlah menarik perhatian Al-Ahnaf. Al-Ahnaf mendapati pemuda ini sgt segak dan tampan, berbeza dr pemuda yg sebaya dgnnya. Lalu Al-Ahnaf pun bertanya,

"Wahai anak muda! Ada kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?"

Jawab pemuda :

"Memang benar, sy ada menghiasi wajah sy dgn sesuatu iaitu :
- Jika sy berckp sy xpnh berbohong
- Kalau ada org yg sdg berckp, sy hanya duduk diam dan mendengar
- Jika sy berjanji, sy akn tepati janji itu
- Jika sy diberikan amanah, sy tidak mgkhianatinya"

Mendgr jwpn yg bernas itu maka bekatalah Al-Ahnaf
"Benar akn kata2mu itu wahai ank muda. Sungguh engkau tlh menghiasi dirimu dgn akhlak mulia"

Sekian buat renungan bersama.



Thursday, May 20, 2010

MALAS SOLAT??

Dipetik dari Buliten MMS UiTM Johor
(untuk renungan bersama)

Apasal la engkau malas solat?
Allah beri engkau jasad,
Bukan ke lebih untung daripada tunggul,
Yang berdiri tanpa roh siang dan malam.

Apasal la engkau malas solat?
Hidup mewah keluarga hidup senang,
Negara pun dah aman, tak lagi berperang,
Takkan la 5 minit setiap waktu pun tak boleh nak luang?

Apasal la engkau malas solat?
Allah kurniakan otak supaya engkau pandai,
Allah beri ilmu supaya boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri nikmat tapi kenapa engkau tak kenang?

Apasal la engkau malas solat?
Keluar pekan engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket wayang engkau sanggup beratur panjang,
Apa kau ingat masuk syurga boleh hutang?

Apasal la engkau malas solat?
Engkau kena ingat, umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, bila petang kita kejang,
Nanti dalam kubur kena azab sorang-sorang.

Apasal la engkau malas solat?
Seksa neraka cubalah engkau bayangkan,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang.

INGAT!!!
Janji Allah akan tertunai,
Tak siapa boleh halang,

Ingatlah wahai sahabatku,
Sematkanlah kata2 ini di hati,
Fikirkan sejenak pada pesanan,

"SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN"

Sunday, May 16, 2010

Doa pelindung dan penawar daripada angin ahmar


Amalkan doa ni sekurang-kurangnya sekali seumur hidup..
atau
tiap2 kali lps solat..


Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…

Friday, May 14, 2010

Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT


Ok skrg ak nk cite sal pengalaman ak join prgrm ank angkat kt
Kg Sg Senduk Gersik, Ledang Muar, pd 11 - 13 Mei 2010.

 Mercu tanda program anak angkat

11 Mei 2010 (Selasa)
seramai 33 org yg menyertai prgrm ni, yg terdiri drp 6 org lelaki n 27 org pmpuan....hahaha (kemanakah kaum2 adam pergi??huhuhu)
kami bertolak ke Muar pukul 12.30 p.m. dengan menaiki bas UiTM (agak teruja ye disitu....hehe)
sampai gersik lbh kurang kol 1.30 p.m.xde la jaoh sgt (ary2 nk p pn leh....hehehe)...prgrm penyerahan ank angkat start kol 3...lame nk nunggu 2...so kiteorg p lpk2 kt kdai mkn n ad yg lpk kt tepi sg muar tok snap pic..mase sampai 2teruja gle r cz ngk sungai die lawa sungguh, rase cm nk terjun je....(mcm la reti berenang....hahaha) org c2 ckp kt sungai 2ad buaye...so ak batalkan hasrat ak 2....hahahaha
pukul3 prgrm pn bermula...cm biase ad ucapan sume pastu penyerahan ank angkat...ak terpakse pisah gn mmbe ak cz die pick name randomly..so ak dpt mmbe bru name'y fida...kiteorg dpt bpk angkat yg muda, umur 38 tahun...die merupakan ketua belia kt kpg 2...name'y ak lupe...hehe...tp ak panggil CIK ZI....memule kiteorg nk panggil ayahanda tp disebabkan oleh die terlalu muda so kami panggil cik zi je....hehehe...
lps abs prgrm penyerahan...masing2 blk ke rumah keluarga angkat masing2...tp kiteorg dibawa p kedai cik zi...kenalkn gn isteri dia...name'y CIK ANI...same mude gk....kedai'y ala2 kopitiam gitu tp danamakan "DE'SANA CAFE"....sdap x??hehe....yg unik'y kedai ni....harga makanan sume'y RM2....agak murah ye disitu....kt sgmt xjumpe ni....hehehe....antara menu yg terdapat disitu adalah nasi ayam, mee bandung, mee soto, masakan ala barat, n byk ag la.....lps sesi perkenalan kami dibawa pulang ke rumah...cik zi ad 4 org ank, comel2 sume....yg 1st darjah 6 name'y M. ZARIN IRFAN, 2nd darjah 4 M. ZARIN ASYRAI, 3rd darjah 2 NUR SARAH LISA, 3rd pra sekolah NUR SARAH NEYLEE...comel2 sume'y cm parents dieorg...kt uma 2 dieorg tinggal gn atok dieorg ak lupe nk tanye name...hehehe....tp kiteorg panggil YAI n NYAI...ok habis disitu....
mlm 2lak kiteorg kene p masjid utk sembahyang jemaah....abs slt isya' kiteorg ad meeting tok prgrm esk'y...abs meeting sume blk ke uma n kiteorg dibawa ke kedai...bljr cara kerja d kedai....besh woooo...hehehe....tp agk pnt laaa.....hehehe...tutup kdai kol 1 lbh....xsangke lak mlm 2 ramai customers...rezeki.....blk2 da xingt ape trs tido.....

12 Mei 2010 (Rabu)

pg tu kiteorg kumpul kt Sek Keb Gersik, kiteorg diberi tugas utk bg motivasi kt students darjah 6, ak, zima gn pejul 1 group,kiteorg jd FC utk 4 org stdnts....mcm2 la yg kiteorg bg tok naikkan semangat dieorg...seronok glew...utk prgrm 2 kiteorg selitkan slot2 mcm chicken dance, teka teki n nyanyi lagu gemuruh....gempak sehhh...hehehe
abs prgrm kt skola dlm kol 12...so msng2 lek uma...ak pn same r...

















Ptg kol 3 kiteorg kene kumpul blk gotong royong kt tepi sungai bersihkan balai...sonok r mcm2 ragam ad....ade yg kene tanam pokok, bersihkan longkang, kutip sampah, n kerjekn pokok sampai togel....hahhaha...ape2 pn after gotong royong nmpk perbezaan yg ketara la....bersih gle...hahaha












Mlm lak ad prgrm kebudayaan...kiteorg kene wt prsembahan...msng2 decide wt tarian poco2...ak drp xreti menari jd reti lak....hahaha...sampai YB pn join skali....gile gempak r....hahaha...pastu ad pertandingan karoke, ak cm biase hanya mendiamkn diri....segan r beb....hahahhaha...blk2 ak lpk gle, dmm 2...tros tdo...


13 Mei 2010 (Khamis)

pg 2 ak bgon kol 8.30...hahaha....pnt sgt 2...xsdo langsung...
prgrm start kol 9...acara sukaneka....ak xjoin pn....stay kt tepi je cz dmm n kaki ak bengkak..ade game sepak gol, tp mate kene tutup la, boling kelapa, isi air dlm botol gn dak2 tadika n jln kingkong...mcm2 gaye ad,,wt berdekah je....hahhahaha...abes game kiteorg kene dirikn mercu tanda....


















Pastu ptg kol 3 prgrm penutup...sume mak pak angkat serahkn ank msng2 kt uitm....agak sedih ye disitu...pape pn prgrm ni mmg enjoy gle...n xbsn langsung....pd mase yg same dpt mak pak angkat yg baru, dpt knl gn senior, dpt sijil n yg plg penting dpt experience baru....hope nex time dpt join ag prgrm2 cmni....k daaaaaaaaa....