Thankz 4 being my followers

Thursday, August 6, 2015

Cerita Semalam.


..Click..


Handphone berbunyi petanda ada mesej 'wassap' masuk.


"Siapa available pada .......... Jom bantu mereka"


Pantas tangan membalasnya.


"Ok"

............................................................................................................................................

Petang tu, pilihan dibuat, mana kiosk yang perlu dibantu.

Kelihatan seorang tua bersama anaknya sibuk mengemas kiosk yang ada.

"Acik saya nak tolong boleh?"

"Boleh. Meh tolong masukkan nasi impit dalam mangkuk."

Pantas tangan membantu apa yang patut.

...........................................................................................................................................

Seketika kemudian azan maghrib bergema.

"Kita berhenti dulu la. Solat."

"Ok"

Lepas tunaikan kewajipan.

Kelihatan beberapa orang turut sama di kiosk tersebut.

Gerak hati antara dua. Nak tolong ke tak? Dah ramai tu.

Pergi je la.

"Akak saya nak tolong boleh?"

"Eh, boleh je. Nah masukkan nasi impit ni"

"Ok akak"


Jam menganjak ke pukul 8.30 malam.

Allahuakhbar ramainya orang. Tak menang tangan dibuatnya.

Pukul 9.

Kiosk bersebelahan mula tutup.

Kami masih meneruskan tugas.

Kali ni kiosk kami menjadi pilihan utama.

Allah, ramainya yang beratur menunggu giliran.

Jam menganjak ke pukul 10.

Bekalan tinggal penghujungnya.

10.10 malam. Habis kesemuanya.

Ada wajah kecewa terpamer diraut wajah.

Maaf. Rezeki tak memihak kepada awak malam ni.



AN : Selagi ada waktu untuk diri.

 

Sunday, August 2, 2015

Peribadi.


Satu petang.


Duduk sebentar di surau berhampiran sementara menanti bas kunjung tiba.


Ada beberapa orang turut menanti sama.


Sedang leka membaca buku yang ada.


Ada satu susuk tubuh menghampiri.


Manis wajahnya beserta dengan baju pink yang dipakainya.


Tangan dihulur, salam disambut bersama senyuman terlakar.


Semua yang ada disitu turut disalaminya.


Gerak hati berbicara.


"Allahu bagusnya budak ni, boleh ke aku jadi macam dia?"


Masih kekok pabila berhadapan dengan 'public'.


Peribadinya diselami.




AN : Jangan dinilai pandangan manusia. Tetapi, nilailah pandangan Allah.



Thursday, July 23, 2015

Pakaian = Perisai


Pakaian muslimah itu perisai kepada muslimat itu sendiri.


Suatu petang.


Bergegas menaiki bas seperti yang tercatat di atas helaian tiket bas.


Alhamdulillah. Tarik nafas lega. Tak ada orang duduk di sebelahnya.


Pantas tangannya mengalihkan beg ke arah kerusi yang kosong disebelahnya.


Bas mula bergerak menuju ke hentian yang seterusnya.


Ramai yang menerpa ke arah bas yang baru tiba dihentian tersebut.


Sedang leka menghadam bait2 ayat di dalam buku pilihan hati.


Kelihatan ada seseorang menghampiri.


Gerak pembacaan terganggu seketika.


Pantas gerak langkah seseorang itu duduk di kerusi yang kosong di seberang sana.


5 minit berlalu, penumpang semakin ramai menaiki bas tersebut.


Seseorang itu bangun dan menegur.


"Boleh alihkan beg sekejap? Ni tempat saya. Kalau tak ada orang duduk kat sana saya pindah semula."


Kaku seketika.


Gerak perlahan mengalihkan beg yang ada.


Seketika kemudian. Bas mula bergerak.


"Saya pindah ke sana ya"


"Ok. Terima kasih" Balasnya antara dengar dan tidak.


Tarik nafas lega.